Khamis, 1 November 2012

SABTU JAM 4 KITA KUMPUL DI SEREMBAN



PENGUMUMAN  MEGA DEMO  SABTU INI - IBU SEGALA DEMO
 
POLIS TAK BENARKAN HIMPUAN KEBANGKITAN RAKYAT - harakah daily

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, pihak polis sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu ini.

Katanya, alasan yang dibangkitkan berhubung pengisian borang permohonan tidak lengkap adalah perkara kecil dan beliau percaya pihak penganjur akan mengambil maklum perkara itu.

"Apa yang penting adalah tempat yang telah ditetapkan untuk perhimpunan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan undang-undang dari sudut keselamatan.

"Isu pengisian borang yang tidak mengikuti peraturan adalah perkara yang kecil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly semalam bahawa  himpunan yang dijadualkan Sabtu ini itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Saiful Azly berkata sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Ini kerana borang permohonan dari penganjur tidak dapat diproses ekoran maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki undang-undang.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihak polis wajar membenarkan himpunan itu kerana ianya peluang untuk rakyat mendengar amanat daripada pemimpin mereka.

"Perhimpunan tersebut tetap diteruskan dan ia merupakan perhimpunan terakhir untuk rakyat dan pengundi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

JAM 4 PETANG DEKAT TOL SENAWANG
KITA BUAT RAMAI
KITA TIBAI NAJIB DAN ROSMAH

6 ulasan:

kahak berkata...

Pakatan makin celaru

2 ahli PKR bakal lompat parti? http://bit.ly/Y5QiuU

kahkahkah

albert magic berkata...

nak berhimpun tak dapat permit dari pdrm, lebeh baik jual nombor ekor haram tak payah pakai permit

Tanpa Nama berkata...

aku hingat niage aje perlu mintak permit. ghupanya pehimpunan pun kene mintak permit jugek.

didi kota belud berkata...

sabotaj bn/umno...fiesta hiruk pikuk dirancang di bandar seremban 3 nov nanti......jemputan artis...salem iklim......mari kita meriahkan perhimpunan bantah sampai jadi di seremban nanti....iklan kecik je kat chanel bn/umno kek tv...tapi non stop........takutkan mereka dengan kebenaran.....hiiiii...geram mak....kimak tul......

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak nak bagi diaorg buat demo tak apa, diaorg akan akur tapi dengan syarat bagilah diaorg juga dpt berucap dan sampaikan amanat dalam media arus perdana, takkan itu pun buat2 tak faham...aduhai..

Tanpa Nama berkata...

OCPD Seremban akan dinaikkan pangkat jadi CPO Negeri Sembilan.