Khamis, 6 Februari 2014

BERITA RASUAH YANG PELIK





KOMENTAR TUKAR TIUB
kita tidak menyokong rasuah
tapi kita sokong koperal ini
bukan sokongan kerana rasuah
tapi kerana koperal ini dijadikan mangsa
untuk menunjukkan ada  kempen polis  anti rasuah

hanya 300 ringgit
kalau 30 ringgit pun rasuah
kalau 30 sen pun rasuah
bukan jumlah  sebagai bukti rasuah atau tidak

apa yang dimuskilkan ialah
perasuah 300,000 ringgit tak kena tangkap
perasuah 300 juta ringgit tak kena rasuah

lihat kes pkfz
semua tak ada kes
beratus juta duit negara lesap
tak ada seorang kena tahan

koperal ini
siap ada gambar dalam akhbar
gambar besar dalam akhbar

NOTA
diharapkan anak muda
akan dapat kumpul dana
untuk sokong koperal ini
ini tanda kita bersetiakawan

NOTA
diharapkan
ada peguam datang bantu

NOTA
tim tukar tiub memulakan dengan 100 ringgit
kepada anak muda di kuantan
sila dapatkan butiran koperalk ini
wassalam





KUANTAN 5 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah daripada warga Indonesia bagi menyalurkan maklumat mengenai operasi Jabatan Imigresen, dua tahun lalu.

Mohd. Azreey Ramlan, 27, yang bertugas di Pondok Polis Sri Makmur, Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh suapan wang tunai RM300 daripada Herman Sandika dan seorang lagi dikenali sebagai Wahyudi bagi memaklumkan maklumat awal operasi tangkapan tersebut kepada mereka dan lapan lagi rakan mereka yang dikatakan tidak mempunyai permit kerja yang sah.


YANG INI 
RASUAH BERJUTA

----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji TT

Lembu mana ada main rasuah , tahu kunyah kangkong saja.

Tak mumgkin nak simpan lembu dalam jel sebab lembu tu binatang dan juga ketemtuan Allah , lembu tak masok opis.

Tiada lah kes lembu , nama pun lembu.

Unknown berkata...

kalau tukar penama itu kepada "PUAN LEMBU", rasanya boleh kan..?????

Unknown berkata...

kalau tukar penama itu kepada "PUAN LEMBU", rasanya boleh kan..????? seperti Mr. Tiger Wood .....