Ahad, 20 September 2026
KEMBALIKAN NAJIB KE KAJANG
LANGKAH MUDAH
KEMBALIKAN NAJIB
KE KAJANG
AMIN
NAK JOLOK
SAPA UNTUK
DAPAT AMPON
SEKALI LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
'Apa jadi jika rayuan 1MDB Najib berlanjutan selepas tahanan rumah tamat 2028...'
KUALA LUMPUR: Walaupun Najib Razak dibenar menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, perjalanan prosiding undang-undang membabitkan beliau belum berakhir termasuk rayuan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu membolehkan Najib menjalani baki hukuman enam tahun di rumah bagi kes SRC International Sdn Bhd, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat ditetapkan terhadapnya.
Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tidak membabitkan kes 1MDB yang berasingan.
Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib atas 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dana kira-kira RM2.3 bilion milik 1MDB, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.4 bilion.
POLIS JAGA NAJIB
INI MELIBATKAN
KOS NEGARA
AMIN
JIMAT DANA
SIMPAN NAJIB
DI KAJANG
KHALAS
Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib bermula esok
Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman Najib Razak mulai esok.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Anuar Bakri Abdul Salam berkata penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, dijadualkan bermula 7 pagi di kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.
Beliau berkata penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan.
“Ia untuk kawalan semasa proses kembalinya beliau sahaja (jika kediaman ini dipilih) bagi menjaga keselamatan pemberita luar dan dalam negara, jiran-jiran serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan kehadiran penyokong.
AMK NGOK
AMK INI
BETUL NGOK
KAH KAH KAH
KERAJAAN INI
TAKADA MANDAT
RAKYAT
AMIN
INI KERAJAAAN
TITAH
AMIN
SEKARANG DAH
JADI KERAJAAN
KENA TITIK
KHALAS
AMK tolak andaian Kerajaan Perpaduan 'hampir karam'
ALOR SETAR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menolak dakwaan UMNO Kedah bahawa Kerajaan MADANI 'hampir karam' hanya kerana tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, semalam.
Naib Ketua AMK, Mohammed Taufiq Johari, berkata dakwaan yang dibuat Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri itu termasuk menggesa Parlimen dibubarkan, tidak berasaskan fakta serta tidak mencerminkan realiti negara ketika ini.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menegaskan, kestabilan sesebuah kerajaan ditentukan mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat dan bukan kerana sentimen atau gesaan mana-mana pemimpin peringkat negeri.
"Kerajaan Perpaduan kekal memegang mandat tersebut. Pembubaran Parlimen ialah kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak wajar dijadikan alat tekanan politik.
RUSIA DI SERANG DRON
RUSIA DISERANG
DUNIA TUNGGU
APA JAWAPAN
AMIN
EROPAH BERSEDIA
UNTUK
PERANG BESAR
AMIN
Moscow diserang ratusan dron, 2 maut
MOSCOW: Sekurang-kurang dua maut, manakala sebuah loji penapisan minyak utama mengalami kerosakan akibat serangan ratusan dron yang menyasarkan Moscow dan wilayah sekitarnya pada hari terakhir Pilihan Raya Parlimen Russia, hari ini.
Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata lebih 1,600 dron berjaya dipintas dan ditembak jatuh yang mana 450 daripadanya menyasarkan Moscow.
Beliau turut menuduh Ukraine cuba mengganggu pilihan raya itu yang berlangsung selama tiga hari bawah kawalan ketat dan dijangka terus mengukuhkan penguasaan Presiden Russia, Vladimir Putin.
"Serangan yang tidak pernah berlaku seumpamanya itu jelas dirancang dengan tujuan untuk mengganggu pilihan raya berkenaan. Musuh tidak berjaya," katanya melalui Telegram.
Gabenor Wilayah Moscow, Andrey Vorobyov, dalam kenyataan melalui platform media sosial pula memaklumkan bahawa sekurang-kurang dua terbunuh membabitkan masing-masing seorang wanita berusia 44 tahun dan lelaki warga emas di dua lokasi berasingan.
Vorobyov berkata, kebakaran berlaku apabila sebuah dron terhempas ke sebuah bangunan 21 tingkat menyebabkan 400 orang terpaksa dipindahkan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asal dron berkenaan.
Serangan itu berlaku ketika Kyiv meningkatkan kempen serangan dron jarak jauh terhadap Russia sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutama ke atas infrastruktur tenaga bertujuan menjejaskan sumber pendapatan penting Kremlin untuk membiayai usaha perang yang sudah memasuki tahun kelima.
"Sebuah kemudahan di kawasan Moscow Oil Refinery mengalami kerosakan," kata Sobyanin sambil memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini, dan pasukan perkhidmatan kecemasan telah berada di lokasi.
Loji penapisan utama itu telah menjadi sasaran serangan Ukraine sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
Serangan terbaru itu menyusul selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin minggu lalu berkata Ukraine dan Russia telah bersetuju untuk tidak saling menyasarkan fasiliti tenaga.
Ia juga berlaku selepas proses pengundian oleh rakyat Russia bermula Jumaat lalu dalam Pilihan Raya Parlimen yang pertama sejak Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada Februari 2022.
Hanya parti yang menyokong Putin dan kempen ketenteraan Kremlin telah didaftarkan untuk bertanding.
Moscow turut mengadakan pengundian di wilayah Ukraine yang diduduki Russia.
PETIR HUJAN SAMPAI
PETIR MEMANAH
HUJAN NAK TURUN
JAM 4 PETANG
GURUH BERDENTUM
PETIR MELEDAK
KILAT MEMANCAR
TAPI HUJAN BELUM LEBAT
SEMUA MENUNGGU
SEMUA MENANTI
POKOK MENUNNGU
CENGKERIK BERDOA
UNGGAS MERAYU
MANUSIA BERHARAP
BILA PETIR MEMANAH
MELEDAK KUAT
BURUNG DI HUTAN
TERPERANJAT LALU BERSUARA
HUJAN MAKIN LEBAT
GUA DENGAR CURAHAN AIR DARI DINDING
GURUH TERUS BERDENDANG
BERDENTUM
MEMBAWA
HUJAN RAHMAT
HUJAN MEMBAWA SEJUK
HUJAN PENGHALAU JEREBU
LEBAT DAN BANJIRILAH
KUALA LUMPUR
KAMI DAH LAMA MENUNGGU
INI HUJAN LEBAT
DAH SAMPAI
JIKA KUALA LUMPUR BANJIR
PETANG INI
SEMUA SKSN BERGUMBIRA
BANJIR HALAU PUAKA JEREBU
AMIN
TEATER LETAK JAWATAN
TONY LOKE
BUKAN LETAK
JAWATAN
KAH KAH KAH
INI TEATER
HANYA TAWAR
NAK LETAK
JAWATAN
KAH KAH KAH
JAP LAGI
MAT BURUT
AKAN TOLAK
KAH KAH KAH
INI PROJEK NAK
SEDAPKAN HATI
PENYOKONG DAP
KAH KAH KAH
KHALAS
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib n Razak.
Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan perbincangan kira-kira tiga jam hari ini bagi menentukan pendirian dan tindakan parti susulan keputusan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tawaran peletakan jawatan itu hanya membabitkan dirinya sebagai anggota Jemaah Menteri dan bukan menteri atau timbalan menteri DAP yang lain.
Menurutnya, wakil DAP yang memegang jawatan dalam kerajaan akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan.
“Ahli-ahli Jemaah Menteri yang lain yang mewakili DAP termasuk menteri dan timbalan menteri serta jawatan-jawatan lain akan kekal terus berada dalam kerajaan kerana kita tahu bahawa ada pihak-pihak yang menunggu DAP untuk keluar daripada kerajaan.
“Ini akan menyebabkan ketidakstabilan politik dan menyebabkan Perdana Menteri tidak mempunyai majoriti dan seterusnya Parlimen terpaksa dibubarkan ataupun perubahan kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini.
Keputusan itu dicapai selepas CEC DAP bermesyuarat selama kira-kira tiga jam bermula jam 3 petang di ibu pejabat parti itu di sini.
AMERIKA DAH KALAH
AMERIKA
DAH KALAH
AMIN
TAK PERLU EEK
TAK PERLU HUUK
AMIN
IRAN KUASA
BARU
TIMUR TENGAH
AMIN
Pangkalan tentera AS di Asia Barat rosak teruk akibat serangan Iran - Laporan
HAMILTON: Pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat serangan Iran, berdasarkan foto dan rakaman video diperoleh ABC News tatkala Pentagon menilai kesan perang dilancarkan Washington sejak lebih enam bulan lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Laporan itu menyebut imej berkenaan menunjukkan bangunan serta sebuah pesawat mengalami kerosakan di tiga pangkalan di Kuwait dan sebuah pangkalan di Arab Saudi yang menempatkan aset AS, dengan sebahagian aset terbabit sudah dipindahkan keluar.
Satu daripada foto itu dipercayai menunjukkan pesawat pengawasan E-3 Sentry bernilai AS$270 juta mengalami kerosakan pada akhir Mac lalu di Pangkalan Udara Prince Sultan, Arab Saudi.
"Pangkalan-pangkalan ini mengalami kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.
"Jika kita memilih untuk membinanya semula, ia akan mengambil masa berdekad-dekad," kata seorang anggota kanan tentera AS yang enggan dikenali.
Anggota tentera itu juga menuduh Pentagon tidak telus mengenai keadaan sebenar, sambil mendakwa bahawa serangan dron serta peluru berpandu balistik terus mengenai pangkalan berkenaan setiap hari.
Laporan Ketua Pemeriksa Pentagon yang dikeluarkan pada Isnin lalu menunjukkan 'ratusan bangunan dan struktur' mengalami kerosakan.
Badan pemantau itu menganggarkan kos perang mencecah AS$33 bilion, manakala Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) menganggarkan kos sebanyak AS$38 bilion.
Menurut Jabatan Pertahanan AS, seramai 18 anggota tentera AS terbunuh dan 824 lagi cedera sejak perang bermula pada 28 Februari lalu.
Serangan paling buruk berlaku pada hari kedua perang apabila enam anggota tentera terbunuh di Pelabuhan Shuaiba, Kuwait.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata perlindungan anggota tentera menjadi keutamaan utama, namun mengakui sebahagian senjata Iran berjaya melepasi sistem pertahanan.
ROSMAH MASIH ANAK DARA
LU CAYA
CAKAP DAP
SAMA MACAM LU
CAYA ROSMAH KLIM
MASIH DARA SUNTI
KHALAS
Unknown commented on
"KES 1MDB NAJIB
MASUK KE KAJANG SEKALI LAGI ?"
DAPig kata najib lepas DAPig nak letak jawatan menteri..
Najib lepas.. DAPig kata ada orang yang nak DAPig keluar kerajaan
kalau jumpa keling dengan tonilok.. katok tonilok dulu
kah kah kah
JEREBU PEMBUNUH BERSIRI
PEMBUNUHAN
BERAMAI - RAMAI
OLEH JEREBU
AMIN
Unknown commented on
"JEREBU ADALAH GENOSIDA !!!"
Najib dapat house arrest kita semua ikut skali...stay at home and dont fucking go oit cause the haze is like the mentality of the majority. Kakakakak...
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 20 SEPTEMBER 2026
EROPAH BERSEDIA UNTUK BERPERANG
EROPAH
UK , German, France sedang bersiap sedia untuk berperang dengan Rusia. Warga telah di beri ingatan untuk bersedia – simpanan makanan dalam tin.
EROPAH yang membantu Ukraine dengan senjata kini akan di amuk oleh Rusia.
JIKA PERANG PECAH INI PERANG DUNIA KE TIGA.
SAUDI ARABIA
RIYADAH di serang lagi – hebat ANSAR ALAH – kini BERJAYA meledakkan dron dan peluru berpandu kepada ibu kota Saudi.
Paip minyak Saudi terus di serang. Ini laluan bawa minyak Saudi dari Timur Ke Laut Merah tanpa melalui Selat Hormuz. Amin.
DAP SAPA LETAK JAWATAN?
Berita tersebar Toni Loke letak jawatan – kah kah kah – ini untuk kaburi mata penyokong DAP yang mahu DAP tinggalkan kerajaan Anwar bin Ibrahim.
APA JADI DENGAN NGA KOR MENG kah kah kah – dulu heboh nak berhenti – kenapa tak berhenti – NAJIB DAH BEBAS – kah kah kah.
HOKKIEN
Pagi ini masih berjerebu – langit masih kelam – matahari dah keluar – cahaya lemah – KL & KL Sental lesap di telan jerebu.
Pagi ini ramai menunggu – bukan saja Tim Mak Tetek Lanjut – Tiong pun dah menunggu sama.
Pagi ini Tiong makan bersama Tim Mak. Wow – ramai datang – gua gumbira.
Berjalan ke Wakaf Dua - Geng Putih berlari datang – salakan dah kurang – semua dapat nasi – ha ha – gua kena masak lebih kerana ada dua kumpulan yang nak makan nasi.
Berjalan pulang Jantan Putih Baik ikut sampai ke Wakaf Pertama. Tadi masa gua bersenam dia duduk dekat gua, Maka gua beri hati dan keropok – dia dah jadi kawan baik dengan Tak Tak.
Mata gua mencari PUPPY KERDIL – tak nampak – Siti pun dah tak muncul.
Hujan – kami masih menunggu. Amin.
BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUM GUMBIRA
BRO
Lu bila berjanji – datang tepat dengan waktu tempat yang dijanjikan.
BRO
Banyak perkara tak perlu di janjikan tapi di lakukan.
BRO
Janji macam hutang wajib di bayar – jika tidak lu jangan buat janji. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)















