Sabtu, 19 September 2026

KES 1MDB NAJIB MASUK KE KAJANG SEKALI LAGI ?


APAKAH LEPAS 

INI KES 1MDB

NAJIB KEMBALI

KE KAJANG ?

KHALAS

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang berjalan – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Najib Razak kekal tidak berubah walaupun bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan bersyarat, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) i Abd Halim Aman.

Abd Halim berkata setiap kes perlu dikendalikan secara berasingan mengikut isu dan siasatan yang terlibat.

“Bagi pihak kami, kes-kes yang masih tertangguh akan kekal seperti biasa. Seperti yang ada sekarang, status quo kekal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib akan memberikan kesan terhadap kes 1MDB dan rayuan yang masih berjalan.

Abd Halim berkata sesuatu kes tidak boleh disamakan dengan kes yang lain kerana setiap siasatan melibatkan tuduhan dan isu yang berlainan.

“Kita perlu faham bahawa setiap kes adalah berbeza antara satu sama lain. Ia tidak boleh dikendalikan sebagai kes yang sama dan kes-kes itu berbeza memandangkan sesuatu siasatan itu ditujukan kepada apa yang sedang disiasat, berhubung isu tertentu yang dibangkitkan atau aduan yang dibuat,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara. – BERNAMA

HANYA SATU NAK TANYA - TIDUR SORANG ATAU DENGAN BINI ?


SATU 

NAK TANYA

AMIN

TIDUR SORANG

ATAU 

DENGAN BINI?

KAH KAH KAH

KHALAS



Pegawai Penjara lawat rumah Najib, dipercayai nilai kesesuaian untuk tahanan rumah


Dua kenderaan yang tertera logo Jabatan Penjara dilaporkan dilihat memasuki kediaman bekas perdana menteri Najib Razak, di kawasan mewah di Jalan Langgak Duta hari ini.

Menurut laporan New Straits Times, kenderaan berkenaan yang dipercayai membawa beberapa pegawai Jabatan Penjara memasuki kawasan kediaman itu kira-kira jam 9.40 pagi.

Menurut laporan itu, pegawai berkenaan berada di situ untuk menilai kesesuaian kediaman tersebut sebagai lokasi Najib menjalani tahanan rumah.

Beberapa pegawai kemudiannya dilihat memeriksa kawasan sekitar kediaman selama kira-kira 15 minit sebelum kembali ke kawasan rumah.

Pegawai berkenaan dilaporkan meninggalkan kediaman itu kira-kira jam 11.50 pagi.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Najib, Ahmad Lutfi Azhar, untuk mendapatkan komen.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Bagaimanapun, pengampunan itu disertakan syarat bahawa Najib perlu membayar denda RM50 juta dan mematuhi semua syarat yang dikenakan di bawah pengampunan berkenaan.

Semalam, Peguam Negara Dusuki Mokhtar menjelaskan bahawa pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib hanya terpakai terhadap hukuman penjara yang dikenakan dalam kes SRC International.

Penjelasan Dusuki bermakna Najib mungkin perlu kembali ke penjara kerana masih berdepan beberapa pertuduhan jenayah lain di mahkamah.

Ini termasuk hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu selepas dia disabitkan atas 25 pertuduhan dalam kes 1MDB. Mahkamah turut memerintahkan Najib membayar denda RM11.38 bilion.

Najib kini sedang merayu terhadap sabitan tersebut.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu kini menjalani hukuman penjara atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM42 juta milik SRC International.

Bekas presiden Umno itu pertama kali disabitkan atas semua pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 selepas menjalani perbicaraan panjang, dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya serta mengekalkan sabitan terhadapnya.

Bagaimanapun, pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjara daripada 12 tahu kepada enam tahun dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Ketika itu, lembaga berkenaan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

KJ CALON SALEPAS ZAHID


PASANG TAJUR

AWAL-AWAL

KAH KAH KAH

LEPAS ZAHID

KJ MASUK CALON

KAH KAH KH

KHALAS



Zahid Hamidi dirujuk bakal PM: Ini penjelasan KJ

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menjelaskan bahawa gelaran 'bakal Perdana Menteri' (prime minister-in-waiting) yang dirujuknya terhadap  Ahmad Zahid Hamidi, bukan satu bentuk sokongan untuk melantik Presiden parti itu sebagai Perdana Menteri.

Khairy berkata, kenyataannya itu dibuat berdasarkan penilaian beliau terhadap ucapan Ahmad Zahid yang dilihat menggariskan visi lebih luas untuk Malaysia, berbanding ucapan berteraskan politik kepartian semata-mata.

"Saya katakan ia adalah ucapan seorang 'bakal Perdana Menteri'. Sudah tentu kritikan dangkal daripada sesetengah pihak mendakwa bahawa ia cuma 'melepaskan batuk di tangga' atau mengampu.

"Bukan itu maksud saya. Maksud yang saya ingin sampaikan ialah beliau (Ahmad Zahid) telah memikirkan apa yang mahu dilakukannya sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri kelak," katanya dalam episod terbaru audio siar (podcast) 'Keluar Sekejap'.

Khairy berkata, beliau pernah mendengar pelbagai ucapan dasar Presiden UMNO sejak era Dr Mahathir Mohamad, dan sudah terbiasa dengan gaya ucapan Ahmad Zahid sebagai Presiden parti.

Namun, beliau menyifatkan ucapan terkini Ahmad Zahid agak menonjol kerana menggariskan apa yang dilihatnya sebagai visi untuk negara.

"Saya fikir ini kali pertama beliau menggariskan visi untuk negara. Ia bukan sekadar ucapan politik. Ia ucapan mengenai negara, satu visi untuk negara," katanya.

Khairy merujuk kepada penekanan Ahmad Zahid berhubung 'Agenda Malaysia Biru' dan lapan inisiatif strategik yang bertujuan menyediakan Malaysia menjelang sambutan ulang tahun ke-100 kemerdekaan pada 2057.

Antara bidang digariskan ialah sains dan teknologi, ekonomi masa depan, transformasi sosioekonomi luar bandar dan keterangkuman kaum, serta cadangan berkaitan hasil kerajaan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Ini bukan ucapan presiden parti yang biasa. Ini adalah ucapan seseorang yang sedang 'menjalani uji bakat' untuk jawatan Perdana Menteri," katanya.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan sama ada Ahmad Zahid akhirnya menjadi Perdana Menteri atau tidak, ia bergantung sepenuhnya pada keputusan pengundi.

"Sama ada beliau akan menjadi Perdana Menteri atau tidak, itu tertakluk kepada penentuan pengundi. Namun 'point' saya di sini, ini bukan ucapan presiden parti yang biasa.

"Ia adalah ucapan seseorang yang mempunyai cita-cita lebih besar, yang menyampaikan mesej bahawa 'saya bersedia, ini visi saya apabila menjadi Perdana Menteri nanti'," katanya.


KOTA RIYADH DI SERANG DRONE


KOTA RIYADH

DISERANG DRON

AMIN

JEREBU ADALAH GENOSIDA !!!


KENAPA 

NAMA SYARIKAT

PUNCA JEREBU

DIRAHSIAKAN?

AMIN

INI GENOSIDA

SEPERTI DI GAZA

KHALAS


Jerebu: 17 Kawasan catat IPU tidak sihat setakat 4 petang


KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sarawak merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat iaitu IPD Serian (178), Kuching (171), Sri Aman (168), Samarahan (164), Sibu (157), Sarikei (152) dan Bintulu (106).

Di Johor, tiga kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Larkin (158) , Pasir Gudang (155) dan Tangkak (102), diikuti Kuala Lumpur dengan Cheras (149) dan Batu Muda (121).

Seri Manjung, Perak mencatatkan bacaan 159, manakala Shah Alam, Selangor merekodkan 152.

Putrajaya (121), Nilai, Negeri Sembilan (111) dan Bukit Rambai, Melaka (108) turut berada pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, sebanyak 38 kawasan lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan merekodkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

DIMANA YB NGA SEKARANG ?


DI MANA YB

NGA KOR MENG

SEKARANG ?



INI TANDA SOKONGAN RAKYAT !!!


BUKTI

HOUTHI DAPAT

SOKONGAN RAKYAT

AMIN

KERAJAAN TITIK


DULU BANGGA

KLIM

KERAJAAN TITAH

AMIN

SEKARANG

PADAN MUKA

KENA TITIK

KHALAS


Anwar, kerajaan


bertanggungjawab 


terhadap


 pengampunan Najib - 


LFL


Pengarah Lawyers for Liberty, Rania Aljunied berkata Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim dan kerajaan pimpinannya perlu memikul “tanggungjawab penuh” terhadap pengampunan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam kenyataan hari ini, Rania berkata anggota Lembaga Pengampunan mempunyai kaitan dengan kerajaan atau dilantik atas nasihat Putrajaya.

Dia turut merujuk Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa pengampunan atas nasihat Lembaga Pengampunan, selain kes Mahkamah Rayuan pada 2023 yang melibatkan Anwar dan peguam Khairul Azam Abdul Aziz.

Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa “kuasa prerogatif pengampunan diraja merupakan kuasa eksekutif”.

“Adalah mustahil dari segi undang-undang dan perlembagaan untuk Anwar dan kerajaan melepaskan diri daripada tanggungjawab berhubung pembebasan Najib dari penjara untuk menjalani tahanan di rumah atau berpura-pura bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya.

Dia menggesa Lembaga Pengampunan bersidang semula dan memberikan “nasihat yang disemak semula” kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan perlembagaan serta prinsip kedaulatan undang-undang.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberikan pengampunan kepada Najib, membolehkan dia menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah, dengan syarat bekas Ahli Parlimen Pekan itu membayar denda RM50 juta serta mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Sebagai respons, Anwar bin Ibrahim berkata pengampunan tersebut berada di bawah budi bicara mutlak Agong, manakala tanggungjawabnya sebagai perdana menteri hanyalah memberikan nasihat berkaitan implikasi undang-undang, kestabilan negara dan kedaulatan undang-undang.

Dia memberi jaminan bahawa komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah tidak terjejas dan pendirian yang sama turut disahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Perdana Menteri berkata pengampunan itu tidak bermakna negara tunduk kepada rasuah atau perbuatan mencuri.

Sementara itu, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum maklumat berkaitan keputusan pengampunan Najib, termasuk asas undang-undang bagi penahanan di rumah, semua syarat yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu, pemantauan dan penguatkuasaan syarat berkenaan, serta mekanisme perlindungan bagi mengelakkan persepsi wujudnya 'dwistandard'.

Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah G Naidu, mengulangi tuntutan supaya undang-undang hak kepada maklumat diwujudkan, selain menekankan komitmen kerajaan Madani terhadap kebertanggungjawaban.

"Agenda antirasuah yang berwibawa tidak boleh hanya bergantung kepada siasatan dan pendakwaan kes rasuah.

"Ia juga mesti menjamin ketelusan dalam institusi dan proses yang menentukan bagaimana hukuman yang dikenakan terhadap rasuah kemudiannya diubah atau dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR (AMK), Kamil Abdul Munim berkata pengampunan Najib tidak memadamkan kesan skandal 1MDB terhadap reputasi dan kewangan Malaysia.

Sambil menegaskan bahawa sayap itu menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Kamil berkata kerajaan masih menanggung liabiliti sekurang-kurangnya RM20.1 bilion, termasuk obligasi sukuk 1MDB berjumlah RM8.9 bilion.

"Setiap sen yang disalurkan bagi membayar faedah dan prinsipal hutang 1MDB ini adalah dana yang terpaksa dikorbankan daripada perbelanjaan pembangunan negara.

"Dana berbilion ringgit tersebut sepatutnya disalurkan untuk membina sekolah baharu, menaik naik taraf kemudahan hospital awam, memperkasakan infrastruktur luar bandar, serta menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Peguam Negara Dusuki Mokhtar mengesahkan bahawa pengampunan tersebut hanya terpakai terhadap hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib dalam kes SRC International. Dalam kes berkenaan, Najib disabitkan atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM42 juta.

Najib pertama kali disabitkan bersalah atas semua pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 selepas perbicaraan yang panjang. Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan tersebut.

Bagaimanapun, pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib mungkin perlu kembali ke penjara kerana dia masih berdepan beberapa kes jenayah lain di mahkamah.

Antaranya ialah hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu selepas dia disabitkan atas 25 pertuduhan dalam satu lagi kes berkaitan 1MDB. Mahkamah turut memerintahkan Najib membayar denda RM11.38 bilion.



PRU16 DIAWALKAN ?


PRU16

DIAWALKAN ?

KAH KAH KAH

KHALAS

TEATER AZEEEZ


ORANG RAMAI

NAK TAHU BILA

SPRM NAK TANYA

BERAPA HARTA 

FARHASH?

AMIN

MAKA

TEATER AZEEZ

DI PENTAS UNTUK

LAWAN WAYANG

NAJEEB BEEBAS

KAH KAH KAH

AZEEZ & NAJEEB

SATU GENG

MEROMPAK

TABUNG  HAJEEE

KAH KAH KAH

KHALAS



SPRM minta Azeez Rahim, keluarga isytihar harta dalam tempoh sebulan


KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan notis kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Abd Halim Aman, berkata pihaknya menyerahkan notis berkenaan kepada Azeez, ahli keluarga termasuk anak-anaknya minggu ini mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, borang tertentu turut diberikan kepada pihak terbabit bagi tujuan pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM.

"Kami juga sudah menyerahkan notis kepada Datuk Seri Azeez dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan hartanya dalam tempoh sebulan seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Notis berkenaan disampaikan kepada beliau dan ahli keluarganya dan ada borang tertentu diberikan bagi pelaporan harta tersebut dilakukan atau dilaporkan kepada pihak SPRM," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media di Maktab Penjara Kajang hari ini.

Pada 9 September lalu, Abdul Azeez didakwa atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Setakat 18 September, SPRM sudah mendakwa enam individu berkaitan lapan isu atau kes dalam rangka siasatan RCI Tabung Haji, manakala lima lagi siasatan masih berjalan.


AKAN BAIKI KELEMAHAN


TERIMA KASIH

AMIN

AKAN BAIKI

AKAN 

KERJA KERAS

AMIN

Unknown commented on
 "TAKDA JAWATAN"

sebagai pengahasut pun lu dah gagal..

SAUDI BARUA ZIONIS AMERIKA


SAUDI

BARUA

ZIONIS  AMERIKA

KHALAS

Unknown commented on
 "PERANG IALAH PERNIAGAAN"

Kah kah kah untuk berbunuhan sesama sendiri bangsa sendiri agama sendiri kafir bantu jual senjata amin, cerdik sungguh kalau jadi majoriti memang jadi hampeh kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 19 SEPTEMBER 2026

NAJIB BEBAS


NAJIB BEBAS
HEBOH – INI BUKAN SALAH DAP
BUKAN SALAH HANNAH YEOH

Ini bermula dengan klim INI KERAJAAN TITAH – jangan lupa berhari hari berbulan bulan Fahmi Fadil umum INI KERAJAAN TITAH – titah dari Agong – kah kah kah

SEKARANG KERAJAAN TITAH dah jadi KERAJAAN KENA TITIK – kah kah kah.

TAHANAN DI RUMAH ?
Jeng jeng jeng
Rumah sapa? 
Najib ada dua bini – kah kah kah
BINI PERTAMA?
BINI KE DUA
Kah kah kah

Kalau rumah Rosmah NAJIB AKAN TERUS TERSEKSA – kah kah kah.

NAJIB BETUL BETUL BEBAS bila Rosmah  di hantar ke Kajang – kah kah kah. Amin

HOKKIEN
Pagi ini BERJEREBU – Kl & KL Sentral hodoh – langit kelam – matahari dah keluar – cahaya lembut. Ada kelihatan sikit awan keranA kemarin hujan.

Gua lihat Tim Mak  tak ada – jalan kosong – bila gua sampai di jalan besar baru gua nampak – semua berlari datang – gua beri friskies dan nasi. Siti dah 4 hari tak kelihatan. Gua gumbira ramai makan.

Berjalan ke Wakaf Tiga – Geng Putih sampai – kali ini gua ada lagi nasi untuk mereka – ramai nak datang makan TAPI Tak Tak marah pada saekor jantan – Tak Tak kejar . tapi  ada meneruskan makan.

Jantan Putih Baik mengekor gua hingga ke Wakaf Tiga dan pulang  ke wakaf Satu – gua beri hati dan keropok.

Aduh ! Di tempat gua  letak nasi  untuk Tim Mak  gua nampak PUPPY KERDIL – Aduh – bila gua sampai dia lari – gua harap esok akan jumpa lagi.

Jap lagi nak ke Chow Kit – ha ha  Tomato dah jatuh harga – dah jadi 5rm sekilo  di NSK. Di Chow Kit  berapa sekilo ?
Hujan sial datang lagi. Ribut datanglah -  halau jerebu. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUMAN

BRO
Angin yang sama tidak akan berhembus ke muka lu dua kali.

BRO
Bumi, air, api  dan angin – dimana mereka  BERKUMPUL AKAN menjadi tenaga pasti ada kehidupan.

BRO
Angin yang lu rasa itu adalah cinta udara pada dirinya sendiri. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI