Ahad, 16 Julai 2023

MCA HANYA SOKONG UMNO ZAHID



MCA hanya bantu kempen UMNO – Ka Siong


KUALA LUMPUR – Keputusan MCA untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan adalah muktamad, tegas Presiden MCA,  Wee Ka Siong.

Malah, menurutnya, parti itu hanya akan membantu kempen UMNO mengambil kira parti tersebut pernah membantu MCA ketika bertanding di PRN Johor, tahun lalu.

“Keputusan sudah dibuat seperti mana yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibahim, dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi).

“Saya kata kita sudah buat keputusan muktamad dan akan hanya memainkan peranan sebagai parti komponen BN,” katanya kepada media selepas menghadiri Konvensyen MCA Selangor di ibu pejabat parti itu, hari ini.

MCA sebelum ini memaklumkan tidak akan mengambil bahagian dalam PRN enam negeri pada 12 Ogos depan.

Pendirian sama turut diambil satu lagi komponen BN, MIC.

Pada PRN Johor yang diadakan 12 Mac tahun lalu, UMNO turun berkempen bagi calon MCA, Ling Tian Soon yang memenangi kerusi itu dengan 7,218 undi.

Untuk rekod pada PRN itu, MCA memenangi tiga kerusi itu DUN Yong Peng, DUN Pekan Nenas dan DUN Paloh.

Ditanya berapa kerusi yang ditawarkan BN, Ka Siong bagaimanapun tidak mahu memperincikan jumlah tersebut.

Tegasnya, perkara itu tidak lagi berbangkit selepas MCA mengambil pendirian untuk tidak bertanding.

WOIT

MCA DAH

BELOT KE ?

AMIN

INI AKAN JADI

BEBAN PADA

UMNO ZAHIDAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: