Ahad, 16 Julai 2023

CADANGAN BAIK DARI BERSIH


Bersih cadang pakatan kerajaan perpaduan dan Perikatan untuk kestabilan politik

BERSIH mahu kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dan pembangkang Perikatan Nasional menandatangani perjanjian damai antara gabungan untuk memastikan kestabilan politik sebaik sahaja enam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos berakhir tanpa mengira keputusan pilihan raya.

Mereka berkata perjanjian sebegitu boleh mengetepikan perbincangan mengenai sebarang perubahan kerajaan pertengahan penggal yang hanya menjejaskan kestabilan politik dan keyakinan pasaran.

Bersih merujuk kepada perjanjian antara parti sebelum ini yang ditandatangani oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan pada September 2021.

MoU itu membolehkan 13 bulan kestabilan politik termasuk meluluskan undang-undang anti lompat parti dan beberapa langkah reformasi Parlimen.


Bersih juga berkata Parlimen boleh memainkan peranan utama untuk keamanan politik yang mampan sehingga akhir penggal penuh pada 2027.

“Ini memerlukan pemerkasaan ahli Parlimen pembangkang dan pelapis kerajaan sebagai pertukaran kepada janji Pembangkang untuk tidak merancang menjatuhkan kerajaan.

“Penghormatan terhadap keputusan pilihan raya dan pembentukan kerajaan mesti berjalan seiring yang membolehkan pembangkang bersaing secara konstruktif dan profesional.

“Hanya selepas itu, kerajaan dan pembangkang boleh bersaing dalam dasar dan tadbir urus serta tidak memainkan politik identiti seperti kaum, agama dan royalti (3Rs),” kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Badan pemantau pilihan raya itu berkata perjanjian damai yang dicadangkan itu perlu memasukkan antara lain Akta Parlimen Penggal Tetap (FTPA) untuk Parlimen ke-15 bertempoh penuh sehingga 18 Disember 2027 dan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengumumkan tarikh pilihan raya asal.

Bersih menambah perjanjian itu juga harus membenarkan pembiayaan pembangunan kawasan pilihan raya yang sama rata untuk semua ahli Parlimen.

“Kami berharap kedua-dua kerajaan perpaduan dan PN akan menyambut baik gesaan ini sebahagiannya untuk mengatasi kelesuan politik dan sikap tidak ambil peduli yang terdapat dalam kalangan ramai pengundi dan berkemungkinan mengakibatkan peratusan keluar mengundi sangat rendah dalam pilihan raya negeri,” katanya.

Bahang politik semakin memuncak menjelang pilihan raya negeri dengan PH, BN dan PN saling menuduh sebagai tidak cekap dan mempermainkan isu kaum, agama serta royalti untuk meraih sokongan daripada pengundi.

Terdapat juga cakap-cakap berterusan mengenai kerajaan persekutuan semasa akan tumbang pada akhir tahun ini. – 16 Julai 2023.

NEGARA TAK

STABIL

MASIH KACAU

AMIN

INI CADANGAN

BAIK BERSIH

AMIN

LEBIH MOLEK

LAGI BAWA MASUK

PAS DAN PN

DALAM KERAJAAN

AMIN

BARU NEGARA

STABIL DAN

BOLEH SAHIH

DI PANGGIL

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: