Isnin, 28 September 2026

BILA TENGKU MUKRIZ CELAH SEMUA AKAN BERES


KES ADAT N9 INI

MELERET-LERET

RAKYAT NAIK BOSAN

AMIN

BILA TENGKU MUKRIZ

CELAH SEMUA BERES

KHALAS

LANTIK PECAT YAM TUAN KUASA UNDANG BEROMPEK


LANTIK PECAT

YAM TUAN ADALAH

BIDANG KUASA  

UNDANG BEROMPEK

AMIN

LANTI PECAT

EXCO ADALAH

BIDANG KUASA MB

AMIN

RAJA JANGAN

CAMPUR JADI

PAK SIBUK

KHALAS


Dakwa MB, EXCO turunkan takhta Tuanku Muhriz adalah tohmahan, fitnah - Undang

SEREMBAN: Dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan,  Ismail Lasim serta barisan ahli EXCO cuba menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir didakwa dilakukan untuk kepentingan pihak tertentu.

Menyifatkan ia tohmahan dan fitnah, Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai,  Mubarak Dohak, mendakwa tohmahan itu dirancang demi kepentingan peribadi kumpulan berkenaan.

"Kumpulan itu sebenarnya menjadi punca dan dalang kepada kemelut adat dan institusi Diraja di negeri ini berpanjangan.

"Memang Menteri Besar dan EXCO tidak mempunyai kuasa itu (menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar) sebaliknya hanya melaksanakan tugas perlembagaan bagi mematuhi ketetapan dibuat oleh Undang Yang Empat di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

"Tindakan itu bagi memelihara kedudukan kami sebagai Raja Pemerintah Negeri ini sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 28 UUTKNS 1959.

"Oleh itu, kami mengecam sekeras-kerasnya setiap usaha pihak tertentu yang terang-terangan mahupun berselindung cuba mencabuli prerogatif dan hak perlembagaan kami di negeri ini," kata Mubarak yang membacakan kenyataan bersama itu pada sidang media di Balai Undang Luak Sungei Ujong di sini, hari ini.

Hadir sama, Undang Johol, Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Muhammed Abdullah,  Maarof Mat Rashad, dan Abdul Rahim Yassin.

Mubarak berkata, mereka turut mengingatkan pemimpin kerajaan dan Jabatan Peguam Negara supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan khususnya di bawah Perkara 10 dan Perkara 11 UUTKNS 1959.

Beliau berkata, tindakan terbabit hanya akan menimbulkan keadaan tidak baik di Negeri Sembilan sekali gus boleh menyebabkan lumpuhnya pentadbiran eksekutif kerajaan negeri.

"Tindakan yang tidak berperlembagaan sebegitu jika diteruskan adalah satu perlanggaran sumpah Perdana Menteri di bawah Jadual Keenam di samping pecah amanah terhadap Perkara 71 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta melanggari konsep federalisme.

"Janganlah semata-mata kerana laba dan pengaruh politik atau tunduk kepada tekanan pihak tertentu, Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja tanpa menggunakan akal dan hati nurani malah tidak segan silu melanggar prinsip keluhuran Perlembagaan," katanya.

Mereka turut menegaskan supaya semua pihak luar yang tiada kena mengena dengan hal adat Melayu dan pemerintahan kerajaan negeri ini terutamanya parti politik pembangkang untuk tidak menangguk di air keruh dan memutarbelitkan fakta sehingga mengeluarkan komen jelek terhadap kerajaan negeri dan institusi Adat serta pemerintahan Negeri Sembilan.

Menurut mereka, tiada mana-mana parti politik yang mempunyai kuasa menurunkan mana-mana Raja dan kuasa itu diperuntukkan semata-mata kepada punca kuasa yang sah yang mana konteks di Negeri Sembilan ia adalah kuasa Undang Yang Empat.

"Kami ingatkan bahawa, adat yang telah diamalkan ini telah berlangsung lebih daripada 500 tahun. Sudah tentulah kami selaku Pemerintah dan Ketua Adat lebih memahami apa yang berlaku," katanya.

Mereka turut mendakwa keputusan Tuanku Muhriz mengarahkan pengumuman untuk memberhentikan barisan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan adalah salah, tidak berpelembagaan dan tiada kuat kuasa.

"Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan perlu memberikan segala keistimewaan, pemakaian dan pemakanan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kepada Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar serta merta.

"Kami ingin menegaskan, krisis adat dan pemerintahan di Negeri Sembilan telah pun selesai dengan sempurnanya proklamasi Perkara 10 UUTKNS 1959.

"Malah pemakluman rasmi berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan pemilihan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 telah pun dibuat oleh Kerajaan Negeri Sembilan," menurut mereka.



"Malah pemakluman rasmi berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan pemilihan 


TEATER DAP ADA SKRIP TAMBAHAN

 


TEATER DAP

ADA  SKRIP

TAMBAHAN

KAH KAH KAH

RAFIZI NIK NAZMI

LETAK JAWATAN

TAK PERLU RESTU

DARI MAT BURUT

AMIN

DAH SEMINGGU

BALIK DARI CHINA

TEATER  MASIH

BERJALAN

KHALAS

Terserah PM dan parti tentukan kedudukan saya’


PETALING JAYA: Timbalan Se­tiausaha Agung DAP, Steven Sim Chee Keong menyerahkan kepada Perdana Menteri,  Anwar bin Ibrahim dan parti untuk menentukan kedudukannya sekiranya jawatan Menteri Pengangkutan perlu dipangku susulan hasrat Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan.

Sebaliknya, Steven Sim yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, tumpuannya ketika ini adalah memastikan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2027.

Katanya, soal pelantikan pemangku Menteri Pengangkutan bukan bidangnya kerana perkara itu merupakan budi bicara Perdana Menteri selepas mene­rima cadangan daripada parti.

IRAN TERUS MENYERANG - BILA AMERIKA NAK BALAS?

 

IRAN TERUS 

MENYERANG

AMIN

BILA AMERIKA

NAK BALAS

KAH KAH KAH

AMIN

ANGKAT SENJATA JALAN TEPAT UNTUK MERDEKA

 

PULO BIPP

MUJAHIDIN HANYA 

ADA NAMA

KAH KAH KAH

TAKDA GERILA

TAK PERNAH

ANGKAT SENJATA

LAWAN SIAM

KAH KAH KAH

MUNGKIN SIAM

AKAN GUNAKAN

GENG INI UNTUK

GAGALKAN

GERAKAN

PATANI MERDEKA

KHALAS


BRN tolak kumpulan lain sertai dialog damai Selatan Thai


NARATHIWAT (THAILAND): Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menolak cada­ngan membawa masuk beberapa kumpulan pembebasan lain ke meja dialog damai Selatan Thai yang berlangsung bersama Kerajaan Thailand.

Jurucakap Pasukan Perun­ding BRN, Dr. Nikmatullah Seri berkata, rundingan akan menjadi lebih sukar sekiranya kumpulan pembebasan lain turut menyertai meja dialog kerana ia boleh menjejaskan strategi dan perancangan BRN.

Katanya, Kerajaan Thailand mahu rundingan melibatkan semua pihak termasuk Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO), Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP) dan Gerakan Mujahideen Islam Patani (GMIP), namun BRN berpanda­ngan kumpulan berkenaan bebas menga­dakan rundingan de­ngan kerajaan secara berasingan.

“Bagaimanapun, jika memin­ta mereka untuk menyertai rundingan yang sedang berjalan dengan BRN, saya fikir ia menjadi agak sukar kerana seperti yang telah saya katakan, BRN adalah organisasi rahsia terutama mengenai rundingan damai.

“Ada orang yang tidak terlibat dalam rundingan (duduk di meja rundingan) menyertai tetapi kita tidak boleh mendedahkan individu-individu ini kepada orang ramai. Contoh­nya, hari ini kita mempunyai wakil untuk bertemu dengan wartawan, kita tidak membawa orang yang tidak berkaitan bersama kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas hasrat Tha­nut untuk membawa semua kumpulan pembebasan menyer­tai Proses Dialog Damai Selatan Thai yang akan disambung semula tidak lama lagi.

Sebelum ini, Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thailand (PEDP/RTG) pernah mengadakan rundingan damai dengan Majlis Syura Patani (MARA Patani) yang dianggotai PULO, BIPP dan GMIP, namun gagal mencapai sebarang keputusan sebelum dialog diteruskan hanya dengan BRN.

Dr. Nikmatullah berkata, BRN menganggap kumpulan pembebasan lain sebagai rakan seperjuangan dan tidak menghalang mereka berunding dengan mana-mana pihak.

Katanya, satu mesyuarat le­bih besar membabitkan semua kumpulan pembebasan perlu diadakan terlebih dahulu sekiranya meja rundingan mahu dibuka kepada pihak selain BRN. – UTUSAN


NEGARA MISKIN MAUT MUDAH DATANG


BANJIR SAMPAI

BAWA MAUT

AMIN

PANAS SAMPAI

BAWA MAUT

AMIN

BILA NEGARA

MISKIN RAKYAT

RAMAI MAUT

MUDAH SAMPAI

KHALAS


Hujan lebat berterusan cetus banjir di utara India, sekurang-kurang 56 maut


MOSCOW: Sekurang-kurang 56 orang maut, manakala 46 lagi cedera di utara India berikutan hujan lebat berterusan yang mencetuskan banjir, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik The Times of India, semalam.

Laporan yang memetik Pesuruhjaya Bantuan Negeri Uttar Pradesh, Hrishikesh Bhaskar Yashod itu turut menyatakan lebih 1,000 bangunan di wilayah berkenaan dilaporkan rosak.

Hujan lebat yang bermula malam Jumaat lalu menyebabkan banjir di seluruh timur laut India, mengorbankan nyawa serta merosakkan infrastruktur.

Dalam laporan berasingan, stesen penyiaran CNBC TV18 semalam melaporkan paras air di Sungai Ganges di utara India mencapai tahap berbahaya susulan hujan lebat berkenaan.

Pihak berkuasa menggesa penduduk tempatan dan pengunjung di Bandar Rishikesh agar tidak mendekati tebing sungai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Reuters pula melaporkan paras air di sekurang-kurang lima sungai di wilayah itu, termasuk Sungai Ganges, telah mencecah paras bahaya.

PERGI TAK AKAN KEMBALI

 

PERGI TAK AKAN

KEMBALI

SELAMAT JALAN

 


SELAMAT JALAN

INGATAN

BERKEKALAN

AMIN


Dr Hasmah dikebumikan di Pusara Negara


Allahyarham Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir hari ini akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dan dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor pada 1.30 tengah hari bagi pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir.

“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid As-Syarif dan seterusnya dikebumikan di Pusara Negara Presint 20, Putrajaya.

“Kerajaan memutuskan supaya Allahyarham Siti Hasmah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara,” menurut kenyataan itu.

JPM memaklumkan pakaian bagi pelawat lelaki Islam ialah baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam, manakala bagi bukan Islam ialah lounge suit gelap selain pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai.

“Pakaian bagi pelawat wanita Islam ialah baju kurung/kebaya labuh berwarna gelap dengan selendang/tudung putih, manakala bagi bukan Islam pakaian sopan berwarna gelap dan berselendang putih selain pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai,” menurut kenyataan itu.

Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.- Bernama

BILA NAK TANGKAP AZAM BIN BAKI

 

 

WAJIB SOKONG

KEMPEN TANGKAP

PERASUAH

AMIN

TAPI PASAI APA

AZAM BIN BAKI

FARHASH BIN WAFA

MAFIA KORPORAT

TAK DI DAKWA

KHALAS


Unknown commented on

 "APA AKAN JADI DENGAN AIR ASIA?"

SPRM banyak kerja sekarang, semua milik bumiputera semua milik Melayu akan siasat, apabila siasat dapati semua songlap semua elemen rasuah semua seludup duit, atas nama diketuai oleh personaliti tokoh alim ulama, semua mempengerusikan projek kaut keuntungan percuma, jadi berhati-hatilah SPRM pantau semua yang terlibat dahulu dan kini, 

ramai terperanjat ramai terkejut ramai songlap dalam komuniti Hadhari Madani kah kah kah kah dua kali lima selalunya hasil sama, orang boleh bertukar tetapi perangai tetap sama amin amin amin amin 

syukur alhamdulillah selagi ada peluang selagi ada ruang carilah kekayaan kerana matlamat menghalalkan cara walaupun cara haram kah kah kah kah

DAUN YANG GUGUR


DAUN

YANG GUGUR

AMIN


Unknown commented on
 "PAGI INI"

bila daun gugur akan ada yang gugur ( kematian ) pokok pun mati bila daun gugur berterusan,…


Unknown commented on 
"IRAN TERUS SERANG 
KAPAL PERANG AMERIKA"

TUN DR. SITI HASMAH MENINGGAL DUNIA DI IJN.

Pada 28 SEP 2026 jam 0920, Tun Dr. SITI HASMAH binti MOHD ALI, Isteri Tun Dr. MAHATHIR MOHAMAD telah meninggal dunia dan jenazah masih berada di ICL, IJN, Jalan Tun Razak KUALA LUMPUR. 

Beliau telah dibawa ke IJN pada 27 SEP 2026, jam 1315 dan difahamkan dalam keadaan lemah semasa dibawa. Beliau dipantau rapi di Bilik A150, Tingkat 1, Blok A IJN dan dibawa ke ICL pada jam 28 SEP 2026, jam 0700.

SPY AMERIKA KANTOI LAGI !

 

DRONE INTIP

DALAM AIR AMERIKA

KANTOI  LAGI

KHALAS

SEJAHTERA DAMAI


AL-FATIHAH


Jenazah Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di Presint 20 Putrajaya

KUALA LUMPUR: Jenazah Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan dibawa ke Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini untuk disolatkan, petang ini.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan selepas solat Asar di masjid berkenaan petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Terdahulu, jenazah dibawa pulang ke kediaman di The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada 10.48 pagi tadi.

Allahyarhamah Dr Siti Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.

Dilahirkan di Kampung Jawa, Klang, Selangor, pada 1926, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura, menerusi biasiswa kerajaan dan satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya.

Di situlah beliau bertemu Dr Mahathir Mohamad sebelum mereka berkahwin pada 1956.

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai pendamping setia Dr Mahathir, malah turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat.



Dr Siti Hasmah diberi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham  Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Perdana Menteri,  Anwar bin Ibrahim, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),  Malek Razak Sulaiman, membantu pengurusan serta melaksanakan istiadat berkenaan.

"Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di IJN pagi tadi.

"Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Allahyarham," katanya dalam kenyataan hari in




Dr Siti Hasmah banyak menyumbang dalam bidang kesihatan, kebajikan wanita, kanak-kanak negara' - Radzi Jidin

KUALA LUMPUR: Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali banyak menyumbang kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan dan kebajikan wanita serta kanak-kanak, kata Naib Presiden BERSATU,  Dr Radzi Jidin.


RON DALAM AIR DITAWAN


DULU IRAN

TAWAN DRON

AMIN

SAINTIS IRAN

KAJI DAN TIRU

AMIN

KALI INI TAWAN

DRON SELAM

PASTI AKAN

DI TIRU & BUAT

KHALAS




Iran rampas dron bawah air canggih milik AS di Selat Hormuz


ISTANBUL: Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran semalam mengumumkan tentera lautnya telah merampas sebuah dron bawah air milik Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut IRGC dalam satu kenyataan disiarkan penyiar rasmi kerajaan IRIB, pasukan tentera lautnya berjaya merampas Remus 600 - sebuah kenderaan bawah air tanpa pemandu yang canggih - dan ia kini 'berada di tangan pakar untuk pengekstrakan maklumat'.

"Tentera laut IRGC secara tegas mengisytiharkan Selat Hormuz ditutup, dan kami sedang mengambil tindakan tegas serta berterusan terhadap pergerakan berbahaya dan laluan tanpa kebenaran di selat ini," menurut kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah usaha diplomatik yang sedang berjalan untuk membuka semula Selat Hormuz, iaitu laluan maritim penting yang ditutup oleh Tehran susulan serangan AS-Israel pada Februari lalu serta sekatan maritim ke atas Iran.

BERSEDIA KE JALAN RAYA


 BERSEDIA

KE JALAN RAYA

AMIN

Unknown commented on
 "DEMO DEPAN PEJAT MAT BURUT"

Kerana duit semua kaku, kerana duit semua diam, kerana harta kedudukan kekayaan semua berdiam diri menyaksikan rompakan demi rompakan, tak ada marah tak ada bising tak ada teriak, pemimpin yang bising teriak kerana stokin senyap menyap, malah pencuri yang dalam penjara mahu dibebaskan, mahu kesian mahu simpati, 

kutipan mencapai 10 juta kepada orang yang berjaya mencuri berbillion kah kah kah kah, inilah dunia alam Melayu sebenarnya, semuanya terbalik semuanya songsang, 

orang raba bontot dibebaskan, orang sondol bontot dilepaskan, orang mencuri berjuta dilepaskan, orang rasuah berjuta-juta dibebaskan, semuanya kerana duit semuanya kerana agenda agama bangsa keturunan ketuanan kah kah kah kah

APA AKAN JADI DENGAN AIR ASIA?



APA AKAN

JADI DENGAN

AIR ASIA?

AMIN


Unknown commented on
 "AIR ASIA JATUH BANGKRAP ?"

Suntikan dana sukuk bantuan kerajaan ada atau tidak? Hanya untuk MAS ? Kah kah kah kah

AL- FATIHAH


ALFATIHAH

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tun Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kata anaknya,  Mokhzani Mahathir

Difahamkan, Dr Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi. - BERNAMA