PAGI INI
KHAMIS 1 JANUARI 2026
HARI BERMULA
SELAMAT TAHUN BARU
Kita kembali memperbaharui tekad. Berjanji teguh untuk melakukan apa yang kita rancang.
Masa hadapan cerah dan terang. Semua bergantung pada diri kita sendiri - tepuk dada tanya apa nak buat.
Apa yang perlu di lakukan – kita lakukan. Tahun 2026 tahun milik kita semua. Kita anak semua bangsa - kita bangsa dari semua agama – KITA LAH YANG MENJAGA KITA. Amin
HOKKIEN
Pagi ini semasa gua buka pintu flet gua dengar suara How Wow – jauh di atas bukit tinggi. Belum sampai pintu masuk saekor Keng Keng melintas sambil menjerit.
Pagi ini rebas. Gua pakai payung masuk ke Hokkien. Rintik akan besar. Sampai ke Hokkien ujan berhenti. Gua simpan payung.
Langit kelam. Matahari tidak kelihatan. KL & KL Sentral berkabus. Mungkin asap BUNGA API menambah kelam.
Tiga Abang Potong rumput bekerja di Hari Cuti Am – gua harap dibayar 3 kali ganda.
Gua ternampak – sekor melintas. Gua panggil - saekor lagi datang. Yang lain TIDAK muncul – Siti dan Jantan Baik bertandang entah di mana.
Lalu gua tabur Friskies di tepi Wakaf Pertama. Nasi bersama rangka ayam gua bawa pulang. Tengok petang ini – di harap ramai datang.
Gua berjalan ke arah Wakaf Ke Tiga – juga tak ada Siti dan Keluarga.
Tak Tak berjalan seorang diri – melintas lopak air. LE Chateau gagah berdiri 2025 – KL Sentral menjadi latar.
Berjalan pulang di tepi pagar pintu masuk saekor burung besar terbang rendah – gua tak kenal – mungkin helang – warna kelabu.
Gua rasa hari ini akan panas. Ketika gua menulis ini sinar matahari dah masuk ke balkoni gua.
Renyai pagi tadi hanya air mata 2025 untuk menyambut 2026. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI HARI
PERTAMA TAHUN 2026
BRO
Lu jangan hidup hanya ikut majoriti – kita hidup ini untuk merayakan hidup dan cita diri.
BRO
Lu kawal fikrah lu – lu jaga disiplin diri - jangan gelabah dan gelojoh.
BRO
Kita tak perlu orang lain beri kebenaran. Kita hidup dengan prinsip bukan dengan pandangan orang. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MEMBUKA 2026





1 ulasan:
Selamat Tahun Baru 2026 Bro Tukar Tiub. Didoakan panjang umur murah rezeki supaya anak beranak di kuburan sentiasa diberi makanan dan keselesaan. Amin. Dalam banyak-banyak tahun baru mengikut agama, mengikut bangsa mengikut budaya keturunan tahun baru Gregorian tetap dianuti di seluruh dunia sebab itulah bahasa Inggeris terpaling penting, orang yang suka duduk bawah tempurung kelapa memang tidak akan faham atau memahami amin, jangan buang masa memikirkan orang bodoh malas tidak kelayakan langsung tetapi meraikan sambutan Tahun Baru dengan selamat sejahtera selalunya, syukur alhamdulillah kita masih bernyawa masih berjalan masih ada makanan pakaian dan kesenangan hidup di bumi bertuah ini. Amin
Catat Ulasan