Khamis, 12 Februari 2026

KELUARKAN BANYAK LESEN SENAPANG


BABI IMPORT

LANGKAH BETUL

AMIN

BERI BANYAK

LESEN SENAPANG

UNTUK BURU

BABI LIAR YANG

JADI MUSUH

DI KAMPUNG

KHALAS



Ladang babi sedia ada di Selangor akan ditutup, keperluan daging diimport sepenuhnya

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi di negeri ini manakala penutupan ladang penternakan babi sedia ada akan dipercepatkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketetapan itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung isu yang memberikan kesan kepada rakyat pada ketika ini.

"Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah terbaharu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda menzahirkan tidak memperkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.

"Sejak Januari lalu, kerajaan negeri sudah memberhentikan pengeluaran lesen penternakan babi dan memfokuskan kepada pengosongan tapak ladang sedia ada di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebagaimana titah Sultan Selangor yang dizahirkan pada bulan lalu.

"Dalam menjunjung kasih titah terbaharu Tuanku, kerajaan Negeri tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi kepada mana-mana pihak di negeri Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, pembaharuan lesen sedia ada adalah setiap enam bulan berdasarkan kriteria yang di tetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang mana tarikh terakhir pembaharuan ialah pada Januari lalu.

Amirudin berkata pada masa sama, bagi ladang penternakan yang beroperasi sebelum ini, kawasan terbabit akan ditutup dengan 'kadar lebih pantas secara berperingkat' dengan kerjasama JPV Selangor.

"Setakat ini, 70 peratus daripada keperluan masyarakat bukan Islam bagi daging babi bersumberkan import dari negeri-negeri lain.

"Dan selepas keputusan MMKN, keseluruhan keperluan tempatan akan diimport sepenuhnya oleh industri terbabit," katanya.

Beliau berkata sebarang pengeluaran dan kelulusan lesen import akan dirujuk kepada Kerajaan Persekutuan selaras dengan bidang kuasa pemberian lesen.

Beliau menjelaskan, keputusan ini diambil bagi menjaga sensitiviti masyarakat yang khuatir terhadap impak ladang penternakan ini kepada alam sekitar termasuk saliran air dan pencemaran bau.

"Dengan keputusan ini, sebarang polemik berkaitan isu babi harus dihentikan dan tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak yang mungkin bertujuan menggugat keharmonian dan menimbulkan perasaan syak wasangka di antara masyarakat negeri Selangor yang berbilang kaum dan agama," katanya.

Tiada ulasan: