Memaparkan catatan dengan label MP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MP. Papar semua catatan

Isnin, 8 September 2008

TOLAK SYOR WUJUD EMPAT TIMBALAN PERDANA MENTERI -Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 7 Sept - Beberapa ahli akademik meminta kerajaan tidak melayan cadangan Pemuda MCA Kedah supaya melantik empat lagi Timbalan Perdana Menteri (TPM) pelbagai kaum bagi mengatasi masalah perkauman.

Menurut mereka, sistem seorang Perdana Menteri (PM) dan seorang TPM setakat ini terbukti berjaya mewujudkan suasana stabil dan harmoni dalam negara.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan tersebut jelas bertujuan memberi tekanan kepada UMNO yang menjadi tunjang utama dalam komponen Barisan Nasional (BN).

''Jawatan TPM hanya untuk seorang sahaja dan jika kerajaan memenuhi cadangan tersebut maka kita akan ada TPM daripada semua kaum misalnya Dayak, Iban, Dusun dan Kadazan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Seorang lagi penganalisis, Prof. Madya Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, unsur perkauman tidak ada kena-mengena dengan jumlah jawatan TPM yang perlu diwujudkan.

Beliau menegaskan, cadangan tersebut mencerminkan keadaan politik elit sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang yang terpaksa bertarung untuk terus hidup.

''Politik negara sedang bergelumang kerana setiap parti mahu terus hidup dan sebab itu masing-masing berusaha mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah berbangkit,'' katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Agus Yusof berpendapat, cadangan melantik empat lagi TPM sememangnya tidak sesuai dengan keperluan semasa.

Kah kah kah….. tiga ekor kang kung tak tahu apa yang mereka cakap. Bukan 1 atau 50 TPM yang penting…. semua ini tak masuk pot.

Yang penting Ketuanan Rakyat bukan Ketuanan TPM…. Ngok…. macam mana kang kong – kang kong ini dapat mengapong di universiti….kah kah kah.

Bertarung untuk hidup ? apa yang kang kung ni cakap? gua tak faham laaaa….
Siapa yang nak jadi PM atau TPM  - yang penting bukan dia melayu atau cina atau banjar atau india…. yang penting ialah fikiran orang itu…. Melayu PM kalau tido sepanjang ari pun tak guna juga kah kah kah…. TPM yang hanya pandai ambil komisen pun tak guna juga…. Kah kah kah.

Napa kang kung-kang kung ini bebal sangat….. mereka ini dari sintok ke…..kah kah kah

Jumaat, 5 September 2008

“SAYA PASTIKKAN 16 SEPTEMBER TIDAK AKAN BERLAKU ”�Abdullah

PUTRAJAYA 5 Sept. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak ada anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,� kata Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali berkata, bahawa ramai anggota Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 September ini.

Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 September.


Kah kah kah….. betul betul…..saya sukun….. mana ada YB lagi …semua dah lari ke Australia…. Kah kah kah….

Woit … tak kan depa tu nak tinggal sana kot…. nak belajar BI… ka kah kah.

Bila depa balik nanti cam naaaaaa….. ni yang suspens ni….. macam nak tunggu tok mudim …. kaki dah ngeletar….. dah duduk atas batang pisang….. kain sarong dan buka.... kah kah kah….