Memaparkan catatan dengan label minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak. Papar semua catatan

Ahad, 21 Februari 2010

KANG KONG BUAT REKOD



KALAU KANG KONG NAK BUAT REKOD - MULA KAN DENGAN INI




BARU DAPAT YANG INI



USM CATAT REKOD PEMENTASAN TEATER MONOLOG TERPANJANG DI MALAYSIA
– mStar

Universiti Sains Malaysia (USM) pada Sabtu berjaya mementaskan teater monolog selama enam jam tanpa henti yang hanya dilakonkan oleh seorang pelakon, sekaligus mencatat rekod sebagai teater monolog terpanjang di Malaysia.

Kejayaan itu akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Rekod terdahulu teater monolog terpanjang adalah selama 4.4 jam yang dicatat pada tahun 2003 di Johor.

Teater USM tersebut yang bertemakan "Pencegahan Rasuah Tanggungjawab Bersama" dipentaskan bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Budaya USM.

KAH KAH KAH..


woit... MACAM MACAM PEKARA KANG KONG DIBUAT... kah kah kah..

woit ... DULU DEWAN BAHASA DAN PETAKA BUAT DEBAT TIGA HARI TAK HENTI HENTI.... kah kah kah

woit... APA KE JADAHYA BOOK OF RECORD INI... kah kah kah...

kah kah kah.... KALAU BETUL NAK BUAT REKOD... SENANG SAJE...kah kah kah..

woit... TAK PERLU MASA YANG SAMA... kah kah kah...

kah kah kah... TANGKAP MALAON BESAR PENGAMAL RASUH... kah kah kah..

kah kah kah... JUMLAH YANG KENA TANGKAP PASTI AKAN MENJADI REKOD DUNIA... kah kah kah



Isnin, 22 Jun 2009

SATU LAGI NAK KUNTAU





MUSTAPA AKAN PERJELAS ISU ROYALTI KEPADA TRAKYAT KELANTAN
-melayau


KUALA KRAI 21 Jun — Kerajaan pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Mustapa Mohamed berkata beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu berkenaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan terperinci dibuat kepada rakyat agar isu itu tidak terus dikelirukan.

“Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mendakwa kerajaan pusat belum menjelaskan tunggakan royalti petroleum RM1 bilion.

KAH KAH KAH…


kah kah kah.. NAK PUTAR LAGI… kah kah kah..

kah kah kah… NAK KELENTONG LAGI…kah kah kah…

woit… CUKUPLAAA… JANGAN TIPU MELAYU…kah kah kah…

woit… INI HAK RAKYAT KELANTAN… NAK TIPU BUAT APA?... kah kah kah..

kah kah kah… NAK BUAT MONSOON CUP DI KOTA BAHRU KE?… kah kah kah..

kah kah kah… LEBIH BAIK BUAT PERADUAN LOMPAT KATAK DI PASIR MAS…. kah kah kah..

kah kah kah... JAMIN RAMAI YANG AKAN DATANG...kah kah kah



Khamis, 7 Mei 2009

APA DAH JADI DENGAN PUNK ROCKERS !!



JANGAN PAKAI BAJU HITAM ESOK, KATA KPN
- mStar

KUALA LUMPUR: Para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak esok.

Ketua Polis Negara Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

kah kah kah… APA PUNYA TuuuuuR INI… kah kah kah..

kah kah kah…. SAMPAI NAK PAKAI BAJU HITAM TAK DIBENARKAN…kah kah kah..

woit … KPN NI TAK ADA KERJA LAIN KOT…. kah kah kah…

kah kah kah… UNTUK MEMASTIKAN WARGA TAK PAKAI BAJU HITAM…. kah kah kah…

kah kah kah… KESIAN TENGOK BUDAK BUDAK PUNK ROCKERS….DAN ANARKO…. kah kah kah…



Selasa, 2 September 2008

IRAN AKAN DI SERANG ? – BERITA DI GELAPKAN

Ketika dunia sedang sibuk dengan sukan Olympik, bala tentera laut Amerika Syarikat telah bergerak ke Telok Parsi.

Hari ini dua ‘aircraft carrier’ Abraham Lincoln dan Peleliu sedang berlabuh di Telok Parsi.

Sebuah lagi kapal Iwo Jima telah mula bergerak pada 22hb Ogos yang lalu juga menuju ke Telok Parsi.

Dua lagi kapal Theodore Roosevelt dan Ronald Reagan dikatakan sedang dalam perjalanan tetapi belum ada kepastian yang sahih.

Berita-berita ini telah dilaporkan oleh Jerusalem Post dan telah dipungut oleh sebuah akhbar di Mesir. Dunia Arab kelihatan sedar akan apa yang sedang berlaku walau pun media antarabangsa menggelapkan berita ini.