BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH DI KUALA TERENGGANU
TERBENGKALAI
PATUT SIAPA SEPTEMBER 2008.
PEMAJU MESTI SERAH TAPAK SEKOLAH – berita hairan
Nor Mohamed Yakcop mendedahkan ada pemaju perumahan di Pulau Pinang enggan menyerahkan tapak yang dicadangkan bagi pembangunan sekolah di kawasan projek mereka walaupun ia ditetapkan dalam pelan perancangan projek terbabit.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemaju terbabit, beliau berkata, tindakan itu bukan saja menjejaskan pelaksanaan projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tetapi juga menyusahkan rakyat.
KAH KAH KAH…woit…
BARU SEKARANG SEDAR…. kah kah kah..
woit….
BARU SEKARANG NAK TIMBULKAN…. kah kah kah…
kah kah kah…
BARU SEKARANG TAHU RAKYAT SUSAH….kah kah kah..
woit…
PEMAJU SENTIASA MENIPU… kah kah kah…
kah kah kah…
ADA TIPU SIMIN… ADA TIPU BATU MAMAR… kah kah kah…
woit…
ADA REMBAT TANAH LEBIH LUAS DARI YANG DIBELI…kah kah kah..
woit….
ADA PEMAJU DUIT SUDAH AMBIL… KEMUDIAN LARI…kah kah ka
woit…
BUKAN SUSAH NAK LULUS CF… SUAP AJE… MESTI LULUS…kah kah kah…
woit…
TAK PAYAH RASA KECEWALAA….kah kah kah…
woit…
JANGAN NAK BUAT MUKA EEEE SEDIH… kah kah kah…
nota:pernah dengar pemaju kena tahan?
pernah dengar pemaju masuk penjara?
pernah dengar pemaju kena hukum bunuh?
tapi selalu dengar pemaju tipu
tapi selalu dengan bangunan baru tiba-tiba retak
tapi selalu dengar bagunan baru paip bocor
tapi selalu dengar pemaju curi air
tapi selalu dengar rumah runtuh orang mati
tapi selalu dengar banguan runtuh oarang terkorban
tapi selalu dengar rumah tak siap pemaju lari
paling selalu didengar pemaju pakai buruh murah
bila projek siap panggil polis untuk tangkap buruh
tak payah bayar gaji kah kah kah
DARI ARKIB BERITABerita Harian 04/03/2006
KERAP kali media massa mendedahkan isu rumah terbengkalai. Namun, pihak terbabit khususnya pemaju perumahan seakan-akan memekakkan telinga.
Pendedahan isu itu sebenarnya boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai untuk membeli rumah.
Menerusi pendedahan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan sering memberikan cadangan termasuk meminta pembeli membuat laporan polis, menggunakan khidmat guaman, bersemuka dengan pemaju dan sebagainya.
Ada sesetengah cadangan itu bagaikan melepaskan tanggungjawab membela nasib pengguna yang teraniaya.
Laporan polis memang diakui baik untuk rekod, tetapi kerajaan bertanggungjawab memantau perkara berkenaan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengelak kejadian berulang.
Di sini, saya ingin mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan kaedah atau sistem senarai hitam kepada pesalah (pemaju). Ikutlah seperti dilakukan bank tempatan yang mempunyai senarai mereka yang gagal menjelaskan pembiayaan pinjaman dan namanya akan disenaraihitamkan.
Kaedah itu juga perlu dipraktikkan kepada pemaju degil. Kita juga mahu pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan supaya nama syarikat dan pengarahnya disiarkan di dalam akhbar utama.
Ini menunjukkan kerajaan amat tegas dan tidak berkompromi dengan pemaju yang gagal dalam projek itu dan mereka tidak seharusnya diberi peluang untuk membuat projek lain atau membuka syarikat perumahan baru bagi projek seterusnya.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga boleh membuat semakan menerusi senarai itu bagi mengelakkan mereka yang disenaraihitamkan mendapat projek baru untuk dilaksanakan.
Walau apapun, kebajikan dan kepercayaan rakyat perlu dijaga. Jangan sekali-kali khianati amanah yang mereka beri untuk membela nasib mereka.
IBNU NORED,Perlis.