KAUM BURUH BANGUN MELAWAN
KAUM TANI BANGUN MELAWAN
MAHASISWA PELAJAR BANGUN MELAWAN
SATUKAN SELURUH TENAGA
MENDIRIKAN DEMOKRATIK MALAYSIA
KOMENTAR TUKAR TIUB
peguam telah ke jalan raya
pemandu teksi telah ke jalan raya
pelajar telah ke jalan raya
warga india telah ke jalan raya
warga china telah ke jalan raya
warga penan sednag di jalan raya
himpunan hijau telah ke jalan raya
setinggan telah ke jalan raya
semua ini berita baik
lagi banyak turun ke jalan raya
lagi meriah gerakan demokrasi negara kita

ESOK ESOK ESOK
esok pekerja KTMB pulak ke jalan raya
ini maknanya tekanan sedang diasak
ini maknanya tekanan sedang digunakan
.jpg)
BERI SOKONGAN
semua warga wajib beri sokongan
semua warga wajib bersetia kawan
bersama menyokong kaum buruh

HANYA SATU YANG DITUNGGU TUNGGU
hanya kaum tani belum ke jalan raya
kaum tani memiliki sejarah besar
pada disember 1974 beribu ribu kaum tani
dari utara kedah telah turun ke jalan raya
dari baling sik tikam batu kaum tani miskin
telah berdemo di jalan raya

STAF
KTM SELURUH NEGARA BERPIKET ESOK BANTAH PENSWASTAAN KTMB – keadilan daily
KUALA
LUMPUR 11 Oktober: Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KPPKTMB) akan berpiket esok di hadapan Ibu Pejabat KTMB di Stesen KTM Kuala
Lumpur bagi membantah penjualan badan itu kepada MMC Berhad milik Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Setiausaha
Agung KPPKTMB, Jaafar Alias berkata, peserta akan berkumpul di Stesen KTM Kuala
Lumpur pada jam 5.25 petang dan berarak ke ibu pejabat KTMB.
Katanya,
piket yang dijadual berlangsung hingga 6.30 petang itu akan disertai lebih 700
kakitangan KTMB seluruh negara, antaranya dari Johor Bharu dan Alor Setar.
“Piket
esok tertumpu kepada pekerja KTMB sendiri, tetapi kami tidak halang jika badan
seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan juga rakyat yang ingin
hadir memberi sokongan,” katanya ketika dihubungi.
Melalui
piket tersebut, Jaafar berkata, KPPKTMB berharap Najib Razak memberi perhatian terhadap
tuntutan mereka dan tidak meneruskan penjualan itu.
KITA BERHIMPUAN LAGI
SABTU 13 OKTOBER JAM 4:00 PETANG
BERSIH ROCKS




.jpg)






.jpg)







