DENGAR KAN SAJAK BARU PAK SAMAD
AKAN DIBACA DI PERHIMPUAN
BERSIH ROCKS
BAHASA ROJAK HAKIS
KEKUATAN BAHASA KEBANGSAAN – meloya
NILAI 10 Okt. -
Penggunaan Bahasa Melayu rojak" yang berleluasa dalam kalangan masyarakat
adalah satu kes kehilangan bahasa, yang mana jika tidak dibendung akan
beransur-ansur menghakis kekuatan bahasa itu sendiri.
Muhyiddin Yassin berkata, kehilangan bahasa
boleh berlaku pada tahap masyarakat umum, apabila sejumlah besarnya tidak fasih
lagi menggunakan bahasa ibunda atau bahasa etnik mereka sepenuhnya, sama ada
secara lisan atau tulisan.
"Dengan adanya
kecanggihan alat media dan komunikasi seperti siaran radio, televisyen,
internet, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial seperti facebook dan
twitter, sering kali ejaan dan sebutan tidak digunakan dengan betul.
"Penggunaan
Bahasa Melayu yang betul dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia
globalisasi. Ini merupakan satu petanda yang amat buruk bahawa bangsa berkenaan
sedang mengalami kehilangan bahasa," katanya..
Muhyiddin yang juga
Menteri Pelajaran berkata, masyarakat perlu berhenti daripada berasa malu
menggunakan bahasa kebangsaan dan menggunakannya dengan rasa bangga dalam
kehidupan seharian seperti sewaktu menghadiri persidangan, mesyuarat, menulis
laporan atau berbual dengan rakan sekerja.
Katanya, setelah
negara merdeka sejak 55 tahun lalu, tidak ada alasan untuk masyarakat untuk
tidak memahami bahasa kebangsaan, sehinggakan terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris
terutama dalam majlis-majlis yang dianjurkan.
"Bukanlah
bermakna Bahasa Inggeris tidak penting, tetapi jika kita tidak menggunakan
bahasa kebangsaan, bermakna kita tidak memartabatkan bahasa kita.
Sekiranya kita tidak
memartabatkan bahasa kita, masakan orang lain akan melakukannya," katanya.
– TIEWNAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...YOU KNOW
LAAA.... kah kah kah..
kah kah kah...I DAH
TAHU YOU KNOW.... kah kah kah..
kah kah kah..SO BILA
NAK JUMPA YOU?.... BIZI KE?.... kah kah kah..
kah kah kah...WHAT IS
THE BECAUSE?....kah kah kah..
kah kah kah...BECAUSE
YOU TINGGAL PRESIN MANA DI PUTRAJAYA?... kah kah kah.
kah kah kah... YOU
KNOWLAAA BUJET NI ALL BUKAN I TAHU
PUN.... kah kah kah..
kah kah kah...... SO YOU TINK WAT... MI SPIK INGLIS LAA... kah kah
kah
TURUN JANGAN TAK TURUN
6 ulasan:
Kerajaan sendiri tak peka, banyak ejaan bahasa melayu yang salah, dewan bahasa dan pustaka harus beri nasihat.....seperti "bandaraya" sepatutnya bandar raya...."tengahari" - tengah hari.....UMNO - ?????!!!!
Masa saya bekerja dengan jabatan kerajaan.. Jabatan kerajaan sendiri yang suka speaking.. camno.. Majlis depa pon dalam bahasa Ingeris website dsb..
Bahkan saya pernah tanya pengarah saya kena kita tak guna Bahasa Malaysia dalam laman sesawang kita.. Dia kata kita perlu pakai bahasa ingeris.. :|
what to say.. :) Kome jalan tak betul suruh orang jalan betul.. Piiii rah..
kahkahkahkah kalau kau buat karangan bahasa ingeris campok campok ni ok jugak isham.. jamin lawakkkkkkk... kahkahkah
sorry wak din, i mothertongue is minang gombak, therefor i no speak jawa.
U know la,wat u toking ebot...rain rain go away..come again anader dey.... Dey apa..DEY MACHA
Rojak berasal daripada rojak Mamak.
Semua rakyat Malaysia terutamanya bahasawan-bahasawan dan sasterawan-sasterawati harus tahu bahawasanya kebanyakan perkataan-perkataan didalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Tamil dan Sanskrit.
Mengapa? Sebab pada zaman dahulu, nenek moyang kita beragama Hindu. Sejak kebelakangan ini banyak perkataan-perkataan Arab diperkenalkan, contoh wasatiyyah.
Perkataan-Perkataan Sanskrit & Tamil:
Agama
acara
adakala
aneka
anggota
bahawa
bahasa
rajah (gopal)
jawi
rencana
rugi
rupa
sakti
kali
jampi
janda
saksama
sari
satria
sediakala
belanja
belaka
dan beribu-ribu perkataan lagi.
Boleh dikatakan semua perkataan Melayu yang tidak berasal daripada bahasa Arab, Latin, dan Inggeris berasal daripada bahasa Sanskrit dan Tamil.
Kalau tak percaya, sila tanya lebai Google.
KAH KAH KAH
Catat Ulasan