Jumaat, 21 Disember 2012

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJEEEEB - MALIKUL NAK TAHTHA




 MALAM ESOK 
 DI PARIT BUNTAR

NOTA
warga malaysia
bersedia untuk 
mendapat pm baru

dah sediakah anda?
kah kah kah

bersediakah anda
untuk menjadi  rakyat
di bawah malikul sembab
kah kah kah

Muhyidin buat arahan penting 

kepada Media Prima

Harakahdaily,21 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Arahan yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan Media Prima baru-baru ini.

Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi selama dua hari bermula semalam.

"Biasanya arahan sebegini keluar dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada Harakahdaily.

Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan.

Arahan ini dikeluarkan ketikan berita angin semakin kencang akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara awal tahun depan.

Seorang pemerhati politik dari Dubai dalam satu pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily berkata, beliau mendapat maklumat akan berlaku peralihan kuasa tampuk kerajaan awal tahun ini.

Ketika ditanya, dari manakah sumber itu, beliau menjawab, "Pirates of Putrajaya."

Kesemua 'berita angin' ini sampai kepada Harakahdaily ketika tekanan semakin hebat terhadap pimpinan utama kerajaan ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan. 

Kini, media alternarif, Majlis Peguam dan para peguam serta bekas menteri memberikan tekanan terhadap seorang peguam kanan yang dikatakan terlibat dalam membuat draf akuan bersumpah kedua (SD 2) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Beliau didakwa membuat akuan bersumpah itu tanpa berbincang dengan PI Bala manakala PI Bala pula mendakwa ia dibuat dalam tekanan.

Dalam SD yang pertama, PI Bala mendakwa pemimpin kanan negara terlibat dalam kematian tragis Altantuya Shariibuu manakala dalam SD 2, Bala menafikan sepenuhnya dakwaan dalam SD yang pertama itu.




JELAS MAKNA 

KEMPEN INI



JENG JENG JENG

JENG JENG JENG

JENG JENG JENG


woit... BETUL TAK APA YANG TUKAR TIUB 

TULIS 3 HARI DULU?.... kah kah kah..


kah kah kah,.... ADA BANYAK LAGI AKAN 

MUNCUL.... kah kah kah...


kah kah kah.... KAH KAH KAH.... kah kah kah




----------

PROGRAM MENGHASUT DISANA SINI - TWEETER MENGHASUT



PENGUMUMAN
Sila ikuiti twitter rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat 
untuk maklumat  dari semasa ke semasa.

@KualaLumpur112

@Bangkit112

Dan dan dan

Gunakan hashtag #KL112 untuk terus menghasut!
Satu Juta Rakyat turun ke Kuala Lumpur 12 Januari 2013

KUALA LUMPUR 
12 JANUARI 2013

DEWAN CHINA MALAM ESOK

MELAKA  1 JANUARI 2013

JOHOR BAHRU 5 JANUARI 2013


 LIHAT DAN TENGOK
TARIKH MENGHASUT
DI WILAYAH ANDA


------

KIAMAT BELUM SAMPAI - KITA BERHIMPUAN 12 JANUARI




 21 DISEMBER 2012
ADALAH TARIKH TAMATNYA
KALENDER MAYA


12 JANUARI 2013
ADALAH  TARIKH 
TAMATNYA KALENDER
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION 
 


------

12 JANUARI BUKAN ARAB SPRING TAPI MALAYSIAN DURIAN


PENGUMUMAN

kepada ngo diseluruh negara
jika ingin bersama  untuk menjadi kerabat
himpunan  sejuta rakyat sila hubungi 
seketeriat :

adib: 019- 266- 13-23

NGO NGO BARU MASUK
bersih melaka
bersih johor
anak muda anti keganasan polis
solidariti punk dabn skin head semalaysia

SILA BUAT PERSEDIAAN
sila tempah tiket bas dari sekarang
sila tempah tiket kereta api dari selakarang
sila pastikan ada tempat tingal
sila pasti ada bilik untuk bermalam

DOKTOR DI SERU
tuan doktor
dari seluruh negara
yang ingin menjadi sukarelwan
sila hubungi seketeriat
himpunan ini memerlukan 
sebanyak mungkin tabib, bomoh dan doktor


 SATU JUTA  DI KUALA LUMPUR


HIMPUNAN KEBANGKIATAN RAKYAT KE KUALA LUMPUR 12 JANUARI



December 20, 2012
SHAH ALAM, 20 Dis — Sebuah perhimpunan besar-besaran yang digelar Himpunan Kebangkitan Rakyat akan dianjurkan di Kuala Lumpur pada 12 Januari tahun hadapan untuk memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum ke 13 bagi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh.
Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianggotai oleh parti pembangkang dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.
"Kami akan berhimpun di Stadium Merdeka. Di beri atau tidak satu juta akan turun," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamad mobilisasi dari seluruh negara sudah dilakukan semenjak dua bulan lalu untuk memastikan angka sejuta dapat dicapai pada perhimpunan yang bermula pukul 2.00 petang itu.
Pengerusi jawatankuasa teknikal bagi perhimpunan ini Hishamuddin Rais mengatakan perhimpunan yang dianjurkan ini bukanlah mirip perhimpunan Arab Spring.
"Perhimpunan ini adalah Malaysian Durian. Keras tapi akhirnya manis," katanya.
Perhimpunan ini turut disokong oleh Himpunan Hijau yang menentang Kilang Pemprosesan Nadir Bumi, Lynas.
"Hanya regime change yg akan menamatkan kilang Lynas," kata pengerusinya Wong Tuck.
Menjelang pilihan raya 2008, parti pembangkang dan NGO pernah menganjurkan dua perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Hindraf berhimpun di Kuala Lumpur pada penghujung 2007 sehingga dikatakan menjadi punca "Tsunami Politik" yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.

TUNJUKAN KEMARAHAN
PADA 12v JANUARI




------

HARGA SAWIT DAN GETAH AKAN DI GORENG SEBELUM PRU13



KOMENTAR TUKAR TIUB
sila baca berita betul betul
tanda pru akan sampai ialah
apabila harga getah dan sawit naik

harga sawit dan getah ini naik
bukan kerana permintaan  pasaran dunia
tetapi dibeli oleh kerajaan untuk beli undi

kerajaan akan beli dengan duit kerajan
duit kerajaan ialah duit orang ramai
duit orang ramai ini dipinjam melalui hutang
ertinya peladang sawit dan getah
tak sedar duit mereka sendiri digunakan
untuk membeli getah dan sawit

inilah kerja united malays national organisation
selama 54 tahun ini 
tipu orang melayu

Harga getah, kelapa sawit dijangka naik Januari

PENDANG 20 Dis. - Harga komoditi getah dan kelapa sawit dijangka meningkat ke tahap lebih kukuh apabila kerajaan menyusun beberapa strategi baru mulai Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat rungutan para petani ekoran penurunan harga komoditi itu sekarang.

Ekoran itu, katanya, satu strategi berkesan telah disusun dan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini bagi menyelesaikan masalah terbabit secepat mungkin.

"Kita ada strategi sendiri. Malah baru-baru ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok telah membentangkan kepada Kabinet.




---------

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI SUNGAI PETANI




Kenyataan media
Disember 20, 2012

Menerangkan isu sebaran berita direka di Sungai Petani

Salam semua teman2 dan kenalan. Saya ingin mengesahkan bahawa isu pergaduhan remaja India dgn Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda. Cumanya ianya melibatkan dua kaum. 

Ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.

Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sg Petani. 

Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu.

Saya amat2 berharap teman2 membantu saya dan polis memadamkan berita yang tidak betul ini dan meyakinkan rakyat yg keadaan sudah kembali normal. 

Terima kasih. 

Dato' Johari Abdul, MP Sg Petani.




-----------