Jumaat, 5 April 2013

PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEMUA




PENGUMUMAN DAN INGATAN
ada diberitahu kepada semua bakal pengundi
kepada semua yang akan pulang mengundi
kepada semua warga ayang akan mengundi

sila layari laman resmi spr
lihat tengok nama sendiri
dua hari sekali sekuarnhg kurangnya
pasti nama ada
pastikan alamat tempat memgundi di ketahui

INI KERANA
semakin banyak nama bakal pengundi hilang
semakin banyak bakal pengundi mengadu kepada BERSIH
semakin banyak bukti ditemui

kes terbaru di taman medan
yb haniza telah menemui 4,000 lebih pengundi taman medan
hilang nama mereka entah kemana

dulu yb charles santiago dari parlimen pelabuhan klang
telah hilang 5,000 lebih nama pengundi

DUA INI SAJE KAH YANG HILANG NAMA PENGUNDI
tidak  bukan
banyak kerjadian hilang nama sedang berlalu
di pelabuhan klng
di taman medan
ditemui kerana ini kawasan yang TELAH dimenangi
justeru ada kajian kerana para yb memiliki dana
untuk membuat kaji selidik

bagaimana kawasan lain
yang belum di menangi
tetapi dalam pru12  hanya tewas
dengan angkan dibawa 1000

HILANG UNDI DI RANCANG
menghilangkan nama pengundi ini
adalah sebahagian dari rancangan 
ini dilakukan oleh spr
untuk memastikan tuanya
united malays national organisation akan menang

cara menghilangkan nama  cukup senang
di kampong medan yang dihilangkan  ialah nama china 
china yang pasti akan mengundi pkr
di perlabuhan klang yang hilang nama ialah india dan china
india  dan china yang akan mengundi dap 

SILA BUKA KOMPUTER
sila layari sekarang
lihat nama sendiri
ada atau telah dihilangkan




----------

SEDIH DAN PILU - BESI PUN ANTI GEROMBOLAN





BERAT SANGAT
DUIT RASUAH
HINGGA 
TUMBANG BENDERA
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH




10 minutes ago via mobile 

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, Nanti jawap Najib Tiang Bendera dah tumbaaaaang" !




MALAM INI
DI STADIUM KAJANG


MALAM INI
DI KAMPONG GAJAH
PERAK


BUKU INI AKAN KELUAR
TIDAK LAMA LAGI


----------

RAKYAT AKAN TERPERANJAT - PEROGOL DAN RASIS PUN ADA





SIAPA RASIS
BEKAS PENGARAH BTN 
AKAN BERTANDING?


Senarai calon BN: Tunggu kejutan - Najib

Cetak

Kuala Lumpur: Najib Razak semalam berkata akan ada kejutan dalam pemilihan 727 calon Barisan Nasional (BN) dan perubahan kerusi yang ditandingi 13 parti komponen BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, perubahan calon dan pengagihan 222 kerusi Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukan untuk mengelirukan rakyat, sebaliknya memberi peluang kepada pengundi untuk terus memberikan kepercayaan kepada BN. 
Berikutan itu katanya, BN mengambil strategi drastik dengan mengumumkan calon dan perubahan pengagihan kerusi lebih awal daripada hari penamaan calon, tidak seperti pilihan raya sebelum ini. 


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MEMANG SATU KEJUTAN.... kah kah kah..

kah kah kah... ADA PEROGOL BERTANDING.... kah kah kah..

kah kah kah... ADA PEMBUNUH BERTANDING... kah kah kah..

kah kah kah...ADA PERASUAH BERTANDING... kah kah kah..

woit...PALING MENGEJUTKAN  ADA RASIS  BERTANDING...kah kah kah..

kah kah kah...RASIS  BEKAS PENGARAH BTN .... kah kah kah


jeng jeng jeng
jeng jeng jeng
jeng jeng jeng

woit...  SIAPA RASIS BEKAS PENGARAH BTN INI?.... kah kah kah

--------

UTUSAN SEDANG CARI JALAN BELI INSURAN






KOMENTAR TUKAR TIUB

bagaimana membaca berita ini?
apa yang tersirat dalam berita ini?

jelas berita ini sekali baca
seolah-olah anti pakatan rakyat
seolah-olah  mengutuk pakatan rakyat
seolah-olah menibai para jenral

tidak tidak TIDAK
jangan salah baca

laporan berita ini
untuk pertama kali
pembaca utusan di beritahu
utusan melaporkan bahawa najib 
mendapat gelaran NAJIB ALTANTUYA
bahawa anak lelaki iskandar kutty 
mendapat gerlaran NYANYUK

ini sejarah

dalam menibai 
dalam mengutuk 
dalam mencerca pakatan sebenarnya
berita ini secara halus sedang memberi tahu
tentang najib altantuya dan mahathir nyanyuk

ini untuk pengetahun bani ketuanan melayu

baca pula tentang laporan risikan
berita ini mempertikaikan
tetapi berita ini juga sedang memberi tahu
bahawa laporan risikan tentera  dan polis menunjukkan
pakatan rakyat akan ke putrajaya

dalam dunia penulisan
dalam dunia propaganda
ini dipanggil tembak kiri membunuh kanan
ini strateji licik

ertinya ada wartawan dalam utusan
yang telah mula memainkan peranan
untuk menyediakan suasana menyokong
pakatan rakyat


PRU-13: Bekas pemimpin tentera terus hina, caci pemimpin negara
GERIK 5 April - Ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin terasa, empat bekas pemimpin tentera yang diperalatkan pakatan pembangkang semakin biadab apabila menggunakan pentas-pentas ceramah bagi melemparkan penghinaan dan ungkapan kasar terhadap pemimpin-pemimpin negara.

Selain  Najib Razak yang diberi gelaran seperti 'bangang', 'bodoh' dan 'Najib Altantuya', mereka turut menjadikan  Mahathir sebagai sasaran dengan memberi gelaran 'nyanyuk' kepada negarawan itu.

Tindakan mereka ternyata tidak disenangi orang ramai apabila sebahagian hadirin yang mendengar ceramah anjuran pembangkang di Taman Semarak, di sini malam tadi, tidak memberi tindak balas atau respons setiap kali penghinaan tersebut dilemparkan.

Tidak cukup dengan itu, empat bekas pemimpin tentera tersebut iaitu Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab terus melemparkan tohmahan terhadap kerajaan.

Antara tuduhan yang dibuat ialah aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.

Namun, tidak seorang pun daripada empat bekas pemimpin tentera tersebut yang bakal menjadi 'calon payung terjun' pakatan pembangkang mengemukan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Sebaliknya hanya membuat tuduhan secara membuta tuli bagi mengelirukan rakyat.
Tidak cukup dengan itu, Abdul Ghafir cuba memperbodohkan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa perisikan polis dan tentera meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal menang pada PRU-13.

"Saya ingin menyatakan daripada ramalan polis dan perisikan tentera telah meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU-13.

"Oleh kerana polis telah membuat ramalan, sudah tentu persediaan telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang diupah naik motor, baling batu dan sebagainya," katanya

Tindakan beliau itu dilihat sebagai strategi untuk menagih sokongan rakyat supaya pengundi pakatan pembangkang yang kononnya bakal menawan Putrajaya pada PRU-13. - MELOYO ONLINE

PADA JAM 4:00 PETANG
TUKAR TIUB
AKAN MENAYANGKAN  SATU KLIP VIDEO
SILA TUNGGU
SILA NANTI




---------

TUNGGU JAM 4 PETANG DI TUKAR TIUB




NOTA
tunggu jam 4:00 petang
tukar tiub akan memuatkan
satu video
sila layari tukar tiub

MAT SKODENG
RAKAM  MINAH SKODENG

Ronasina Kartunis
Terkini: jam 4 petang nanti blog Tukar Tiub akan keluarkan video.
Tunggu!


---------

KEBEBASAN HILANG KECUALI SOKONG AATU TM






HILANG HAK
KEBEBASAN
BERPOLITIK
LIHAT DAN BACA - BAGAIMANA KEBEBASAB HILANG
Subject: GARIS PANDUAN WARGA TM SEPANJANG MUSIM PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU13)

Warga TM sekalian,

Seperti sedia maklum, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, pihak Syarikat ingin mengambil kesempatan ini untuk menyarankan setiap anggota TM untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara apabila tiba masanya kelak.

Dalam pada kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai warganegara, perlu diingatkan juga bahawa terdapat beberapa garis panduan berasaskan nilai-nilai teras KRISTAL dan juga Kod Etika Perniagaan yang perlu kita patuhi sebagai warga pekerja TM di sepanjang musim PRU13 ini. Garis panduan ini tertakluk kepada perkara-perkara berikut dan tidak terhad kepada:

v Anggota TM adalah dilarang menerbit atau mengedar buku-buku atau artikel atau risalah yang mengandungi pandangannya sebagai warga TM (termasuk melalui emel syarikat) jika pandangannya itu boleh dianggap secara munasabah sebagai menyebelahi mana-mana parti politik.
v Anggota TM adalah dilarang membuat pernyataan sebagai warga TM kepada orang ramai sama ada secara lisan atau bertulis yang menyebelahi mana-mana parti politik mengenai perkara yang menjadi pertikaian di antara parti-parti politik.
v Anggota TM adalah dilarang mengambil bahagian dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon bagi sesuatu pilihan raya.
v Anggota TM adalah dilarang bertindak sebagai agen pilihan raya atau tempat mengundi atau bertindak dalam sebarang peranan untuk atau bagi seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri.
v Anggota TM tidak dibenarkan menaja air mineral atau apa-apa cenderamata yang tertera logo TM kepada mana-mana parti politik.
v Anggota TM juga adalah dilarang memakai pakaian yang tertera logo TM semasa menghadiri ceramah pilihanraya oleh parti-parti politik yang terlibat.
v Anggota TM tidak dibenarkan menggunakan kenderaan pejabat, permis TM dan waktu pejabat untuk menghadiri atau memberi ceramah politik oleh parti-parti politik.
v Anggota TM yang berhasrat untuk melibatkan diri secara sepenuh masa dalam mana-mana parti politik termasuk memegang sebarang jawatan di mana-mana peringkat Jawatankuasa parti hendaklah meletakkan jawatan mereka sebelum memegang sebarang jawatan di dalam parti tersebut.
v Mana-mana anggota TM yang berhasrat untuk menyandang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik mestilah memaklumkan dan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan (CHCO).
v Anggota TM hendaklah memastikan semua kenderaan TM tidak mempamerkan apa-apa pelekat atau bendera yang mewakili mana-mana parti politik.
v Anggota TM tidak dibenarkan memasang bendera/banner atau melekat apa-apa risalah parti-parti politik di dalam premis TM.
v Semua kenderaaan persendirian yang memasang bendera/logo mana-mana parti politik adalah dilarang memasuki premis TM.
v Anggota TM dilarang memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti politik di dalam premis TM sama ada pada waktu bekerja atau di luar waktu bekerja.
v Anggota TM dilarang membawa masuk orang perseorangan yang memakai pakaian berlogokan mana-mana parti politik atau membawa masuk kenderaan orang luar yang mempunyai bendera/logo mana-mana parti politik melainkan jika ianya adalah acara rasmi syarikat.

Sebagai warganegara dan warga TM yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama mempamerkan nilai-nilai murni sepertimana yang terkandung dalam nilai-nilai KRISTAL 1TM kitasepanjang musim PRU13 ini. Laksanakan hak anda sebagai pengundi dengan penuh hemah dan patuhilah setiap garis panduan di atas serta yang termaktub di dalam Kod Etika Perniagaan kita. 

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan garis panduan di atas, sila hubungiHuman Capital Business Drivers atau HC State berdekatan anda.

Sekian. Terima kasih.



--------