Rabu, 24 Julai 2013

KAJIAN UM BAWA BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA







SENYUM MEMBAWA MAKNA



NOTA
ini adalah gambar
malikul paling rare
malikul tak pernah senyum

gambar ini diambil 
satelah 3 bulan berlatih untuk senyum
kah kah kah


Muhyiddin lebih popular dari Najib, isterinya lagi popular

KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Najib Razak di dalam Umno.

“Malah isteri Muhyiddin  Norainee lebih popular daripada Rosmah ,” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.

“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.

Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak  Daim Zainuddin dan Anak Lelaki Kutty.

“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.

Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.


SATU JEMPUTAN
PETANG AHAD INI
DI MADRASAH TARBIAH 
KAMPONG BANDAR DALAM
GOMBAK

-----------

LIHAT DAN SENYUM PAGI INI




BAHAGIAN AKHIR INI
DI GAM DAHULU
KINI MUNCUL KEMBALI
SILA HAYATI
kah kah kah


-----------

BAHAYA DARI FAHAMAN SUNNI WAL RASUAH




Bertegas dengan penganut Sunni Wal Rasuah

KUALA LUMPUR 23 Julai - Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan tegas terhadap penganut fahaman Sunni Wal Rasuah dan membendung pengembangannya di negara ini sebelum nasi menjadi bubur.

Ahli Dewan Negara, Senator Rohani Abdullah berkata, gejala perpecahan, berebut harta negara dan kuasa antara pengikut  Ahli Sunni Wal Rasuah  akan  membawa kepada bencana peperangan  saperti di beberapa negara di Asia Barat wajar dijadikan iktibar.

Menurut beliau, pengembangan fahaman Sunni Wal Rasuah  di negara ini telah menarik pengikut yang terdiri daripada golongan profesional, ahli politik, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang awam.



SATU JEMPUTAN


----------

APA MAKNANYA BERITA INI?





 Jangan Timbul Kontroversi Sepanjang Proses Pengundian Esok - Ketua Polis Terengganu

BESUT: Polis pada Selasa mengingatkan penyokong parti bertanding tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pada Rabu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... APA MAKNA KENYATAAN INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MAKNA NYA PENIPUAN SEDANG DIRANCANG.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MAKNANYA KALAU ADA PENIPUAN... JANGAN KOMPLAIN... kah kah kjah..

kah kah kah...KALAU KENA TIPU...JANGAN BUAT BISING...kah kah kah..

kah kah kah...KALAU KENA TIPU BUAT BODOH MACAM IBRAHIM ALI... kah kah kah


SATU JEMPUTAN

--------

Selasa, 23 Julai 2013

LAGI AMARAN TENTANG SUNNI





Negara dalam bahaya, kata NGO



SHAH ALAM – Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung gelombang Sunni Wal Rasuah yang kini berada di paras bahaya sehingga boleh mencetuskan krisis.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),  Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kealpaan semua pihak membendung penularannya menjadi punca Sunni Wal Rasuah berkembang pesat di Malaysia.

“Pada awal 1990-an, bilangan pengikut Syiah sekitar 400 orang sahaja, tetapi kini kita tidak ambil perhatian dengan perkembangan itu.



“Pada awalnya, mereka menyebarkan ajaran itu di universiti-universiti, tetapi gerakan Sunni Wal Rasuah  telah mengeksploitasikan perkembangan masyarakat Malaysia melalui  hubungan antara masyarakat, politik, NGO dan perdagangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya bagaimana ajaran Sunni Wal Rasuah  ini mampu berkembang dengan cepat, beliau berkata, antara strategi yang digunakan adalah melalui tarkiyah (berpura-pura) di sebalik badan NGO dan politik.

Katanya, satu ketika dahulu Malaysia pernah menerima kunjungan seramai 70,000 pengikut Sunni Wal Rasuah.

“Ini proses normalisasi, apabila ada pemimpin politik dan gerakan Islam yang menjadi pendukung Sunni Wal Rasuah, masyarakat akan anggap ia tidak bahaya.

“Apabila ada perkara buruk dilemparkan terhadap kumpulan ini, akan ada pemimpin cuba neutralkan keadaan dengan memberitahu kebaikan Sunni Wal Rasuah,” katanya.



--------

JAGA JAGA BAHAYA SUNNI WAL RASUAH



 SUNNI WAL RASUAH
 Pemimpin politik didakwa 
terlibat fahaman Sunni Wal Rasuah

ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mendakwa terdapat segelintir pemimpin parti politik di negara ini terlibat dengan kegiatan ajaran  Sunni  Wal Rasuah.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kegiatan itu mula dikesan pihaknya hasil pemerhatian yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

“Dalam kalangan pemimpin parti politik memang ada yang mengikut dan menyokong ajaran Sunni Wal Rasuah. Walaupun segelintirnya tidak beramal, tetapi dia tetap menyokong.

“Apa yang saya tahu sekurang-kurangnya terdapat belasan pemimpin dari parti politik di negara ini turut terlibat dengan ajaran tersebut,” katanya.



Beliau mendakwa, di Kedah ada lebih kurang enam pemimpin parti politik  termasuk seorang India Muslim  yang terlibat dengan kegiatan itu. Saorang  daripadanya adalah pemimpin utama sebuah parti, selebihnya pula sebagai jawatankuasa dalam parti berkenaan.

Mengulas mengenai cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Sunniah Wal Rasuah di negara ini, beliau berkata, satu tindakan tegas perlu diambil kepada mereka terlibat.

“Saya sarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya perhatikan ajaran Sunni Wal Rasuah tidak menular kerana tekah terbukti bahawa Sunni Wal Rasuah ini amat aktof dalam pasokan  polis,” katanya.


PERTANG AHAD INI
MADRASAH TARBIAH 
KAMPONG DANDA DALAM GOMBAK



---------