Selasa, 23 Julai 2013

LAGI AMARAN TENTANG SUNNI





Negara dalam bahaya, kata NGO



SHAH ALAM – Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung gelombang Sunni Wal Rasuah yang kini berada di paras bahaya sehingga boleh mencetuskan krisis.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),  Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kealpaan semua pihak membendung penularannya menjadi punca Sunni Wal Rasuah berkembang pesat di Malaysia.

“Pada awal 1990-an, bilangan pengikut Syiah sekitar 400 orang sahaja, tetapi kini kita tidak ambil perhatian dengan perkembangan itu.



“Pada awalnya, mereka menyebarkan ajaran itu di universiti-universiti, tetapi gerakan Sunni Wal Rasuah  telah mengeksploitasikan perkembangan masyarakat Malaysia melalui  hubungan antara masyarakat, politik, NGO dan perdagangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya bagaimana ajaran Sunni Wal Rasuah  ini mampu berkembang dengan cepat, beliau berkata, antara strategi yang digunakan adalah melalui tarkiyah (berpura-pura) di sebalik badan NGO dan politik.

Katanya, satu ketika dahulu Malaysia pernah menerima kunjungan seramai 70,000 pengikut Sunni Wal Rasuah.

“Ini proses normalisasi, apabila ada pemimpin politik dan gerakan Islam yang menjadi pendukung Sunni Wal Rasuah, masyarakat akan anggap ia tidak bahaya.

“Apabila ada perkara buruk dilemparkan terhadap kumpulan ini, akan ada pemimpin cuba neutralkan keadaan dengan memberitahu kebaikan Sunni Wal Rasuah,” katanya.



--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro TT, PAS kasi petrol percuma utk kempem k.besut. ini bukan rasuah pilihanraya ke?

Tanpa Nama berkata...

http://the-truths.com/2013/07/22/5-conspiracy-theories-which-turned-out-to-be-true/2/