INi NAMANYA
BARiSAN
BERSATU
PKR, AMANAH mahu bersama Mahathir, enggan ungkit sejarah silam
Anwar Ibrahim dulu masa dalam kerajaan pun banyak mendatangkan kesusahan kepada pembangkang. Kita serang Mahathir semasa beliau menjadi pemerintah, sekarang beliau sudah tidak berkuasa kita bersama menentang kegagalan Najib mentadbir negara.
KUALA LUMPUR: PKR dan AMANAH tidak mahu ‘mengungkit’ kekejaman pemerintahan yang dilakukan Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mahu bersama bekas diktator itu untuk menyelamatkan Malaysia.
Ketua Whip PKR, Johari Abdul berkata, apa yang telah dilakukan Mahathir semasa mentadbir negara biarlah berlalu kerana perjuangan pembangkang ketika ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada kekejaman pentadbiran Najib.
“Kita bincang masalah sekarang dan akan datang (masa hadapan), saya ingat pendekatan itu adalah betul, soal maaf ke tak maaf ke itu cerita lain. Masalah yang kita hadapi ialah masalah pemerintah yang kelam kabut, ekonomi yang kelam kabut.
“PKR tidak akan ungkit benda lama (sikap Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri), kita fokus isu yang berlaku kepada negara sekarang, isu harga barang, isu pendidikan, isu keselamatan dan isu-isu besar seperti salahguna kuasa yang kita hadapi, berbanding bincang siapa salah siapa betul.
Kalau bincang benda lepas ia tak akan selesaikan masalah,” katanya.
Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH, Hanipa Maidin beliau berkata, tidak ada guna pembangkang menyerang Dr Mahathir sebagai usaha membalas dendam diatas kekejaman yang dibuat semasa mentadbir negara.
“Kita lawan Mahathir masa dia ada kuasa sekarang dia tak ada kuasa dan sekarang bersama-sama kita nak lawan orang yang ada kuasa Najib..
“Presiden AMANAH cakap semalam dia pun pernah kena tahan di bawah ISA dua kali, tapi sekarang kalau kita nak serang dia tak ada guna.
“Kalau nak ungkit banyak benda boleh ungkit, Anwar dulu masa dalam kerajaan pun banyak dia mendatangkan kesusahan kepada pembangkang,” katanya.
KENALi MUSUH
UTAMA
SASARAN UNTUK
MUSUH UTAMA
ITU NAMANYA
STRATIJi
UNITED FRONT
-----------