SAPA REMBAT
DUIT INI?
CHINA MERAH
KATA SEMUA
DAH BAYAR
NAJIB KATA
BELUM BAYAR
Semua pembayaran ditunaikan,
kata IWH-CREC mengenai Bandar Malaysia
TRX City Sdn Bhd sebelum ini berkata perjanjian untuk menjual 60% Bandar Malaysia terbatal kerana konsortium gagal menunaikan tanggungjawab pembayaran.
KUALA LUMPUR: Konsortium Malaysia-China yang merancang untuk membeli pegangan majoriti dalam projek pembangunan hartanah milik bekas unit dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan dakwaan mereka gagal menunaikan tanggungjawab pembayaran.
Awal minggu ini, TRX City Sdn Bhd – bekas unit 1MDB yang kini dimiliki kementerian kewangan – berkata perjanjian untuk menjual 60% Bandar Malaysia terbatal kerana konsortium gagal menunaikan tanggungjawab pembayaran.
Dalam kenyataan hari ini, Iskandar Waterfront Holdings (IWH), milik taikun tempatan Lim Kang Hoo, dan China Railway Engineering Corp (CREC) berkata “tidak boleh terima” dakwaan TRX mengatakan perjanjian penjualan saham sudah terbatal.
Konsortium sudah menunaikan semua tanggungjawab pembayaran kepada TRX seperti yang dinyatakan dalam perjanjian, katanya.
SAPA REMBAT
DUIT INI?
JHO LOW?
RIZA AZIZ?
BIK MAMA?
MAT MONGOL?
SAPA SAPA?
-------------------