Jumaat, 23 November 2018

BIAR LAMBAT








BIAR LAMBAT 

ASAL BODOH

Tajuddin: Saya dah lama curiga pada 1MDB, Jho Low Anggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengakui yang beliau telah lama menyimpan rasa curiga terhadap 1MDB sejak dua tahun lalu, lebih-lebih lagi terhadap Jho Low. Katanya, beliau telah pun mendesak bekas perdana menteri Najib Razak supaya mengambil tindakan kepada pengurusan 1MDB 
dan juga lembaga pengarahnya setelah mendapati banyak transaksi 1MDB tidak mengikut peraturan. “Saya masih ingat kata-kata saya ketika itu, kalau tunggu lama-lama nanti kita akan kehilangan kepercayaan di kalangan rakyat. Rakyat tak boleh tunggu, mereka mahu tindakan diambil. 
“[...]Dia senyap (ketika itu). Jadi saya sebagai seorang anggota parti dan satu pasukan, peranan kita menyuarakan, memberi pendapat, menegur. “[...] Malah ketika Arul Kanda cuba menjelaskan kepada ahli majlis tertinggi seolah-olah tidak ada apa-apa yang tak betul berlaku, saya persoalkan bayaran beratus juta yang dibuat kepada syarikat Aabar Investment yang dikatakan on
 SEMUA TERBARAI
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 11/22/18



-----------------

NOAM CHOMSKY







ADA APA 
DENGAN

NOAM CHOMSKY



--------------

ADA APA 16.2.19







ADA APA

16.2.19

TUNGGU & NANTI





----------------

CARI MEE BANDUNG








CARI
DAN SIRAP

 BANDUNG



---------------

DI UIA LAGI






ICERD tidak akan jejas hak Melayu


MENGIKTIRAF Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan menjejaskan hak Melayu, kata panel sebuah forum mengenai konvensyen antarabangsa itu malam tadi.

“Walaupun Artikel 2 ICERD menyatakan dasar tindakan afirmatif positif perlu diambil, tidak ada arahan yang memaksa Malaysia memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan,” kata aktivis Liga Pemuda Malaysia Amir Abd Hadi.

Memetik Thailand sebagai contoh, Amir berkata menjadi kebiasaan bagi negara-negara untuk menandatangani perjanjian dengan klausa tambahan.

“Thailand menambah klausa itu, menjadikan menandatangani ICERD tidak bermakna ia akan mengubah undang-undangnya.

“Dan Malaysia boleh buat yang sama berkaitan Artikel 153,,” katanya pada forum bertajuk Apa Perlunya ICERD Untuk Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara ini dan ICERD tidak akan melangkauinya.

“Kalau sesiapa mahu meminda Artikel 153 sekalipun, ia perlu mendapatkan kelulusan Majlis Raja-Raja,” katanya yang juga bekas peguam.


Amir berkata keistimewaan Melayu di bawah Artikel 153 (2) juga terbatas kerana keistimewaan itu hanya diberikan selagi Raja menganggapnya perlu.
Beliau berkata isu itu hanya dimainkan oleh parti politik seperti Umno dan PAS untuk kekal dalam politik.

Bagaimanapun, satu kelebihan jika menandatangani ICERD ialah ia akan memberikan Malaysia kelayakan untuk mempersoalkan rekod negara lain tentang diskriminasi.

“Kita akan mendapat lebih hak moral untuk mengkritik Israel dalam isu Palestin atau Myanmar terhadap Rohingya. Ironinya, Israel sudah menandatangani perjanjian itu tetapi masih mengamalkan diskriminasi,” kata Amir.


Pengulas politik Hasmi Hashim berkata polemik tentang ICERD hanya timbul kerana 9 Mei.

“Sebelum ini, Umno dan Barisan Nasional juga mahu meratifikasikannya tetapi tidak ada isu. Tetapi semua ini timbul selepas 9 Mei,” katanya.
Forum itu turut menampilkan aktivis Hishamuddin Rais, yang baru tiga hari lalu dilarang memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menghadiri satu lagi forum.

“Ini kali pertama saya jejak kaki di UIAM dan ia hanya dapat berlaku selepas perubahan dalam kerajaan.

“Isu seperti ICERD sepatutnya dibincangkan secara rasional di tempat seperti ini dan bukan hanya protes, di mana ramai lagi yang mungkin tidak pernah baca tentang perjanjian itu atau pun Perlembagaan,” katanya.

Forum itu ditaja oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon dan dikendalikan oleh pengarang MMO Fathi Mat Aris. – 23 November.



-------------

MALAM KELMARIN DI UIA





Kerajaan patut bincang dulu isu ICERD, kata Forum Telawi

KERAJAAN sepatutnya berbincang dengan semua pihak berkepentingan sebelum mengumumkan hasrat mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang sekarang jadi polemik, kata ahli panel sebuah forum malam tadi.

Mereka berpendapat perkara sensitif seperti ICERD wajar diputuskan secara rundingan kerana ia melibatkan persoalan identiti, yang masih belum selesai di negara ini sejak lebih empat dekad lalu.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy sepatut mengambil pengajaran daripada langkah VT Sambanthan dulu semasa cuba menyelesaikan isu perpaduan selepas tragedi berdarah 13 Mei, 1969.

“Apa yang dilakukan dulu mereka bincangkan, bukannya hendak meluluskan dulu baru buat mesyuarat meja bulat.

“Ini proses demokrasi, kena faham ini,” katanya, mengimbau penglibatannya dalam perbincangan itu dulu sebagai wakil mahasiswa.

Hishamuddin berkata sebelum Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 1971 pun, ada perbincangan dibuat dengan pihak yang berkepentingan.

“Inilah cara sepatutnya ia (isu ICERD) dilakukan. Ini penting kerana kita semua adalah pemegang taruh.

“Saya tidak melihat Waytha Moorthy sebagai menteri perpaduan tetapi menteri perpecahan,” katanya dalam forum Apa Perlunya ICERD Untuk Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Acara dianjurkan Forum Telawi, sebuah kumpulan percambahan idea dengan kerjasama Komuniti Artport dan sukarelawan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM.

Pada 26 Oktober lalu, Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Bagaimanapun Isnin lalu, ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2019 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, beliau berkata kerajaan hanya akan meratifikasikan ICERD jika ada keperluan, selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

Pendapat yang sama dikongsi ahli panel Amir Abd Hadi dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menyifatkan suasana tegang sekarang timbul kerana kerajaan gagal menjelaskan mengenai ICERD kepada rakyat dan pihak berkepentingan, termasuk Majlis Raja-Raja.

Kesilapan kerajaan itu memberi ruang kepada kelompok yang selama ini berpaut pada isu agama dan kaum untuk kekal relevan dalam arena politik negara dengan memainkan isu berkenaan.

“Saya rasa perlu dan penting untuk kerajaan buat perbincangan dan penerangan apa itu ICERD sebelum ia ditandatangani dan diratifikasi seperti yang dimaklumkan oleh menteri.

“Saya rasa perbincangan ini perlu dilakukan segera kerana keadaan sekarang ini sudah menjadi kacau bilau dan menakutkan,” katanya.

Dua parti terbesar Melayu Islam, PAS dan Umno bergabung untuk mengadakan Himpunan Bantah ICERD secara besar-besaran pada 8 Disember depan di Kuala Lumpur. Sebelum itu, beberapa perhimpunan dijadual diadakan di beberapa tempat di seluruh negara hari ini selepas solat Jumaat.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam beberapa kenyataan menggesa semua pihak menolak cadangan kerajaan mengiktiraf ICERD, manakala Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran orang Melayu akan mengamuk jika ia dimeterai.

Meskipun melihat tindakan Umno dan PAS itu sebagai ekstrem, penulis dan penganalisis politik, Hasmi Hashim merasakan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan juga bersalah kerana tidak faham dengan agenda perubahan dan reformasi.

“Ada (pemimpin) yang hendak merampas perubahan untuk pandangan yang dia faham sebagai menguntungkan pihak tertentu. Kita kena ikhlas dan jujur.

“Semua tahu Umno jahat tetapi kita ini macam mana? Benar dan suci semuakah? Faham agenda perubahan dan reformasi? Tidak,” katanya.

Hasmi berkata tindakan pemimpin yang tidak sensitif dengan perasaan orang Melayu menimbulkan kemarahan mereka kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Ini bukan soal orang Melayu faham Perlembagaan (Persekutuan) atau tidak. Tetapi mereka tahu ada hal yang tidak kena.

“Hendak faham macam mana kalau kita latarkan ICERD ini dengan surat menteri yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan. Makcik di kampung terasa apabila papan tanda nama jalan bukan bahasa kebangsaan. Jadi ada hal yang belum selesai,” katanya. – 23 November, 2018.




-----------------