Sabtu, 8 April 2023

MUSTAHIL AGONG TAKDA KERJA LAIN



Umno mohon mengadap Agong, rayu pengampunan penuh Najib

Pimpinan tertinggi Umno akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Najib Razak susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas perdana menteri itu berhubung kes SRC International. 

Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini. 

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan petang ini turut mengkritik keputusan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai hakim Abdul Rahman Sebli, satu-satunya hakim yang menentang penghakiman tersebut.

Abdul Rahman antara lain berpendapat adalah salah bagi Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada Ogos tahun lalu, tidak membenarkan penangguhan bagi membolehkan peguam baru bekas perdana menteri itu untuk membuat persediaan dalam rayuan terakhirnya. 

Pandangan Abdul Rahman itu diulangi oleh Umno hari ini, yang berkata keputusan "tidak adil" itu membawa kepada "kedukacitaan dan keresahan yang amat sangat di kalangan ahli akar umbi Umno".

Asyraf juga berkata sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara menyerahkan memorandum menggesa kepimpinan tampil membela bekas presiden parti itu "yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara".

"Justeru, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersetuju memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berserta dengan memorandum yang ditandatangani oleh seluruh kepimpinan Umno daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan Sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno," tambahnya.

Najib, yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14, dikenakan beberapa pertuduhan jenayah selepas berundur daripada jawatan tertinggi itu.

Kes SRC International menyaksikan dia didakwa atas tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta. 

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan kesemua tujuh pertuduhan itu, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021, manakala Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac turut menolak permohonan semakan kehakiman bekas presiden Umno itu.

WOIT

BARU MASUK JIL

DAH NAK DIAMPUN

AMIN

NANTI AMPUNKAN

ISA SAMAD

AMPUNKAN ZAHID

AMPUNKAN ROSMAH

BUNG MOKHTAR

AMIN

BILA NAJIB MASUK

SEKALI LAGI

KES 1MDB

AGONG AMPUN

 LAGI SEKALI

AMIN

WOIT

AGONG TAKDA

 KERJA LAIN KE ?

ASIK AMPUNKAN

  PENCURI & PERASUAH

KHALAS

DEMO SOKONG PALESTIN JUMAAT 14 APRIL



BERSETIA KAWAN

DENGAN RAKYAT

PALESTIN

  
TURUN BERAMAI RAMAI
JUMAAT 14/4/2023
JAM 2 PETANG
DEPAN  KEDUTAAN AMERIKA
JALAN AMPANG

ZIONIS YANG BAIK



Seorang maut, 5 cedera dalam serangan di Tel Aviv

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggerakkan polis dan tentera simpanan petang semalam susulan seorang lelaki terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam serangan rempuhan kereta di tengah Tel Aviv.

Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom dalam satu kenyataan berkata seorang lelaki berusia 30 tahun maut dan lima lagi dibawa ke hospital kerana cedera dalam satu serangan.

“Semua mangsa adalah pelancong,” katanya, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan kewarganegaraan mangsa.

Tiga daripadanya, termasuk seorang remaja berusia 17 tahun, cedera parah sementara dua lagi mengalami kecederaan ringan, kata pihak berkuasa.

Jurucakap polis berkata pengganas terbabit ditahan dalam insiden keganasan terhadap orang awam itu.

Awal pagi semalam, dua beradik perempuan warga Britain-Israel berusia 16 dan 20 tahun terbunuh sementara ibu mereka cedera parat dalam satu serangan tembakan di Tebing Barat.

Tiada pihak setakat ini yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Serangan berlaku beberapa jam selepas Israel mengebom Lubnan.

Keganasan semakin teruk menjelang cuti perayaan keagamaan Yahudi, Muslim dan Kristian.

Ia susulan serangan polis rusuhan Israel di masjid Al-Aqsa pada Rabu lalu. – AFP, 8 April, 2023.

ZIONIS YANG

BAIK ADALAH

ZIONIS YANG

DAH MATI

KHALAS

REJIM ARAB SENYAP MENIKUS


REJIM ZIONIS 

DI KUTUK

AMIN

REJIM ARAB SENYAP

KHALAS

RAYO DAH DOKEK


RAYO MAKIN 

DOKEK


SABTU 8/4/2023
ARI RAYO MAKIN DOKEK
HUJUNG MINGGU  MALAM NI
KODAI DI JALAN TAR
PASTI PONOH

BERASAK ASAK
NAK BOLI BAJU RAYO

KETIKA KITA BERGUMBIRA
JANGAN LUPA
ADA SEDARA MARA KITA
YANG  SUSAH

PUASA TAHUN INI
JELAS DI BANTU OLEH ALAM
HUJAN PETANG 
KEMUDIAN TEDUH
HUJAN  BERHENTI  KETIKA  TERBAIK
PELANGGAN MERAYAU 
 KE BAZAR RAMADAN
AMIN

KOREA SELATAN
SYARIKAT SAMSUNG
PENGELUAR MICRO CHIP
SUSUT UNTUNG

MICRO CHIP 
KINI MELAMBAK DI PASARAN
TAK DA SAPA NAK BELI

PALESTIN
KEADAAN MAKIN TEGANG
SOLDADU ZIONIS MENGGANAS
DALAM MASJID AL-AQSA

ISRAEL
NETANYAHU BERI ARAHAN
SEMUA TENTERA BERSEDIA
MENGHADAPAI KEADAAN
YANG SEDANG TEGANG

AMERIKA
MAKLUMAT TENTANG UKRAINE
BOCOR
PANTAGON SEDANG SIASAT
APA MAKLUMAT ITU?
JENG JENG JENG

HOKKIEN
BASAH  DAN SEJUK
BERKABUS 
TAMBAH PULA  ASAP
DARI MERCUN COLOK 
DAN ASAP
MEMBAKAR DUIT NERAKA

GUA IKUT NAIK BUKIT
KL & KL SENTRAL
DAN MID VALLEY
BERKABUS

MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA TERLINDUNG

DI JALAN BANYAK KERETA
KAUM KELUARGA DATANG
SEMBAHYANG

PAGI INI ADA RELA
ADA PENGAKAP MEMBANTU
PERJALANAN TRAFIK
TAPI TIDAK SERAMAI
SABTU LEPAS

HARI INI GUA HARAP
AKAN PANAS
GUA NAK GI PASAR
RUTIN MINGGUAN GUA
AMIN

BRO
SENYUM KITA
SAMBUT SABTU PAGI
YANG SEJUK

BRO
KITA RENDAHKAN HATI
AGAR DERAJAT KITA
TINGGI

BRO
JANGAN BERHARAP
PADA SOSOK YANG
TAK SUKA PADA LU
LU HARGAI MEREKA
YANG PEDULI SAMA LU

BRO
MISKIN BERMULA
DARI HATI BUKAN
KERANA TIDAK BERHARTA

BRO
BODOH BUKAN
KERANA TIDAK MENGERTI
TAPI KERANA TIDAK PEDULI

BRO
JIKA LU NAK JADI HAPPI
LU BERSYUKUR
DENGAN NIKMAT
APA YANG LU ADA

BRO
JANGAN TERLALU YAKIN
DENGAN HARAPAN
KERANA MASA AKAN
MENENTUKAN NYA

BRO
KREATIF BERFIKIR
JANGAN HANYA BERHARAP
PADA KOMPUTER

BRO
BILA LADANG TIDAK DI BAKAR
HUJAN TURUN RUMPUT  BERKEMBANG
BILA HUTANG TIDAK DIBAYAR
TURUN TEMURUN DISEBUT ORANG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI NI

SELAMAT BERPUASA


TUMPANG KERETA KAWAN



TAK PA BOLEH

NAIK BAS LRT

TUMPANG KAWAN 

AMIN 

ASALKAN SAMPAI

KHALAS

Unknown commented on 
"CERITA DARI
 BAZAR RAMADAN"
gi la mabik lesen tt.. lesen free dah skang.. gua dengar..lesen free.. nak belajar je kena bayar.. kah kah kah
pemikir commented on
 "CERITA DARI 
BAZAR RAMADAN"

Terima kasih tuan isham, ini kali kedua komen saya diulas. Ulasan padu..

byk cerita & sosok disebalik tulisan2 yg dihasilkan. Terima kasih atas pencerahan. Pengorbanan seorang kawan.

Semoga kawan tuan & tuan diberikan kesihatan, keberkatan, kerahmatan & dipermudahkan segala urusan.

Ingin tahu tamadun sesuatu bangsa, lihatlah pasarnya..

Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat hari raya..