Isnin, 22 Januari 2024

KES INI TIDAK PELIK


Suri rumah rugi hampir RM1.5 juta diperdaya individu menyamar polis


SEORANG suri rumah mengalami kerugian hampir RM1.5 juta selepas terperdaya dengan panggilan penipuan oleh individu menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan berkait modus operandi sindiket panggilan penipuan melibatkan kerugian RM1,491,832.82 itu pada Jumaat.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali menyamar sebagai polis dan menyatakan mangsa adalah suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran wang ke beberapa akaun bank milik individu tidak dikenali.

Mohamad Hatta berkata susulan itu orang ramai dinasihatkan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. – Bernama, 22 Januari, 2024.

WOIT

KES INI 

TAK PELIK

AMIN

DARI MANA

MINAH INI 

DAPAT DUIT ?

AMIN

BAGAIMANA PENIPU

TAHU MINAH INI

ADA DUIT ?

AMIN

KENAPA MINAH

INI TAKUT DITUDUH

MENIPU ?

JENG JENG JENG

PENIPU & MINAH

INI MUNGKIN

DARI TIM YG SAMA

KHALAS

PENJAWAT AWAM TAK SOKONG MADANI



Gaji penjawat awam tidak mampu tampung peningkatan kos sara hidup – CUEPACS

SUNGAI PETANI – Kedudukan gaji penjawat awam pada masa ini dilihat tidak mampu menampung beban perbelanjaan, susulan peningkatan kos sara hidup yang semakin ketara kini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),  Dr Adnan Mat.

Beliau berkata, justeru langkah menaikkan gaji penjawat awam wajar dilaksanakan segera tanpa perlu menunggu pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Walaupun kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan sistem ini mungkin siap penghujung tahun ini namun bagi CUEPACS, sama ada siap atau tidak, ia adalah perkara yang baik. Tetapi kami mahu kenaikan gaji penjawat awam dinaikkan lebih awal.

Ini kerana ramai dalam kalangan penjawat awam yang tidak lagi mampu menghadapi kos sara hidup yang tinggi ketika ini berbanding kedudukan gaji semasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS amat berharap agar peningkatan itu dapat dilaksanakan lebih awal tanpa perlu menunggu SSPA siap sepenuhnya.

“Apa yang kami cadangkan ialah kenaikan RM300 dan ia akan diselaraskan semula apabila SSPA siap kelak.

Jika kerajaan tidak mampu, CUEPACS akan tetap meneruskan tuntutan. Mungkin bukan dalam bentuk gaji sebaliknya dalam bentuk elaun khas sistem saraan dan elaun ini akan ditutup apabila sistem siap dan pelarasan gaji diumumkan oleh kerajaan,” katanya.

Menurut Adnan lagi setakat ini kesemua tuntutan yang dikemukakan CUEPACS dipandang secara serius oleh kerajaan.

“Perdana Menteri menyebut agar penjawat awam mendapat pulangan yang baik dan diberi gaji yang lebih adil dengan pekerjaan mereka.

Semua tuntutan CUEPACS dipertimbangkan oleh kerajaan, mungkin sedikit terlewat dari segi pelaksanaan sistem saraan ini, maka disebabkan itu kami minta kenaikan gaji dibuat lebih awal,” katanya.- BERNAMA




WOIT

PENJAWAT AWAM

TAK SOKONG

MADANI

AMIN

NAMPAKNYA

BILA SABSIDI 

LUPUS DAN CUKAI

SST SAMPAI

RAKAYAY AKAN

TURUN KE JALAN

KHALAS

BAHAYA HITLER MUNCUL KEMBALI


BAHAYA HITLER

MUNCUL KEMBALI

AMIN

MUTU KERJA SELEKEH


MUTU KERJA

SELEKEH

AMIN

Unknown commented on
 "LANGKAH BETUL 
LAWAN SELUDUP"

Negaraku ada 1.6 juta penjawat awam, paling terbesar dalam dunia kah kah kah baru nak tempat baru nak cari pejabat baru nak tahu kerja sendiri, selama ini buat apa? Saja tanya sedikit boleh? Patut perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat kah kah kah, tapi kena bagi orang-orang biasa tunjuk kerja, mana lubang mana kambus jalan, 

mana nak tampal jalan, sungai mana sekat, jalan mana rosak, pasal itulah orang-orang dahulu kata, semakin banyak semakin rosak kerana orang-orang kita amin kah kah kah lagi ramai lagi rosak mutu kerja selekeh sungguh, semua nak makan bebas berak berakhir wangi kah kah kah

7 OKTOBER 2023 - HARI BERSEJARAH


7 OKTOBER 2023

HARI BERSEJARAH

KHALAS

Unknown commented on 
"NEGARA EROPAH 
AMBIL GARIS ANTI ZIONIS"

Kena berani kerana benar, semua tuduh Hamas tetapi kalau tidak berlaku pencerobohan maka dunia akan lupa keperitan hidup negara Palestin, kah kah kah

MURAI BERKICAU


MURAI BERKICAU


SENIN 22 JANUARI 2024
PAGI YANG INDAH
DI PINTU  MASUK
GUA DI SAMBUT OLEH MURAI

SUARA MURAI 
DARI HUTAN BELUKAR
MENJADI KAN PAGI INI INDAH

MASUK KE HOKKIEN
GUA TERDENGAR CENGKERIK
BERSIMPONI
TERKUKUR BERLAGU

MELINTAS DEPAN ARA
MASIH ADA SUARA UNGGAS
DALAM RIMBUNAN DAUN ARA

MATAHARI BARU NAK MUNCUL
DARI WILAYAH SUNGAI BESI
LANGIT DI TEPI MATAHARI BERWARNA
 LAGIT BIRU MUDA
AWAN PUTIH DI SANA SINI

KL & KL SENTRAL BERJEREBU
GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS

TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI MENUNGGU
CAHAYA MATAHARI SAMPAI
AMIN

KOREA SELATAN
TAHUN 2023
KOREA MEMBUAT REKOD
JUALAN KIM CHI KE LUAR NEGARA
44 RIBU TAN
BERNILAI 156 JUTA DOLAR
BUDAYA K POP MEMBUKA
PASARAN KIM CHI

AMERIKA
RON DE SANTIS
GOVERNOR FLORIDA
TARIK DIRI DARI
DI CALONKAN OLEH REPUBLIKAN
KINI MENYOKONG TRUMP

GERMAN
LEBIH 1 JUTA  BERDEMO
DI PELBAGAI KOTA DI GERMAN
100,000 DI BERLIN
100,000 DI MUNICH
MEREKA MENENTANG
GARIS EKTREME KANAN
PARTI AFD

ISREAL
NETANYAHU TOLAK
CADANGAN HAMAS
UNTUK BERTUKAR TAWANAN

MOSCOW
WARGA RUSIA BERHIMPUN
DI MAKAM LENIN
UNTUK MEMPERRINGATI
100 TAHUN KEMATIAN LENIN

HOKKIEN
PAGI SENIN NAN INDAH
MENUNGGU  MATAHARI SAMPAI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SENIN
DENGAN GUMBIRA

BRO
DALAM SEMUA KEBAIKKAN KITA
KITA ADA JUGA KEBURUKAN

BRO
LU SEORANG
LU SENDIRIAN
LU MASIH BOLEH LAKUKAN SESUATU
LU TAK BOLEH BUAT SEMUA
TAPI LU BOLEH BUAT
APA YANG LU BOLEH

BRO
KALAU LU BUAT
BUKAN UNTUK LU
SAPA AKAN BUAT UNTUK LU
KALAU LU BUKAN LU
SIAPA LU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MULA BEKERJA