Isnin, 22 Januari 2024

PENJAWAT AWAM TAK SOKONG MADANI



Gaji penjawat awam tidak mampu tampung peningkatan kos sara hidup – CUEPACS

SUNGAI PETANI – Kedudukan gaji penjawat awam pada masa ini dilihat tidak mampu menampung beban perbelanjaan, susulan peningkatan kos sara hidup yang semakin ketara kini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),  Dr Adnan Mat.

Beliau berkata, justeru langkah menaikkan gaji penjawat awam wajar dilaksanakan segera tanpa perlu menunggu pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Walaupun kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan sistem ini mungkin siap penghujung tahun ini namun bagi CUEPACS, sama ada siap atau tidak, ia adalah perkara yang baik. Tetapi kami mahu kenaikan gaji penjawat awam dinaikkan lebih awal.

Ini kerana ramai dalam kalangan penjawat awam yang tidak lagi mampu menghadapi kos sara hidup yang tinggi ketika ini berbanding kedudukan gaji semasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS amat berharap agar peningkatan itu dapat dilaksanakan lebih awal tanpa perlu menunggu SSPA siap sepenuhnya.

“Apa yang kami cadangkan ialah kenaikan RM300 dan ia akan diselaraskan semula apabila SSPA siap kelak.

Jika kerajaan tidak mampu, CUEPACS akan tetap meneruskan tuntutan. Mungkin bukan dalam bentuk gaji sebaliknya dalam bentuk elaun khas sistem saraan dan elaun ini akan ditutup apabila sistem siap dan pelarasan gaji diumumkan oleh kerajaan,” katanya.

Menurut Adnan lagi setakat ini kesemua tuntutan yang dikemukakan CUEPACS dipandang secara serius oleh kerajaan.

“Perdana Menteri menyebut agar penjawat awam mendapat pulangan yang baik dan diberi gaji yang lebih adil dengan pekerjaan mereka.

Semua tuntutan CUEPACS dipertimbangkan oleh kerajaan, mungkin sedikit terlewat dari segi pelaksanaan sistem saraan ini, maka disebabkan itu kami minta kenaikan gaji dibuat lebih awal,” katanya.- BERNAMA




WOIT

PENJAWAT AWAM

TAK SOKONG

MADANI

AMIN

NAMPAKNYA

BILA SABSIDI 

LUPUS DAN CUKAI

SST SAMPAI

RAKAYAY AKAN

TURUN KE JALAN

KHALAS

Tiada ulasan: