Isnin, 22 Januari 2024

KES INI TIDAK PELIK


Suri rumah rugi hampir RM1.5 juta diperdaya individu menyamar polis


SEORANG suri rumah mengalami kerugian hampir RM1.5 juta selepas terperdaya dengan panggilan penipuan oleh individu menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan berkait modus operandi sindiket panggilan penipuan melibatkan kerugian RM1,491,832.82 itu pada Jumaat.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali menyamar sebagai polis dan menyatakan mangsa adalah suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran wang ke beberapa akaun bank milik individu tidak dikenali.

Mohamad Hatta berkata susulan itu orang ramai dinasihatkan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. – Bernama, 22 Januari, 2024.

WOIT

KES INI 

TAK PELIK

AMIN

DARI MANA

MINAH INI 

DAPAT DUIT ?

AMIN

BAGAIMANA PENIPU

TAHU MINAH INI

ADA DUIT ?

AMIN

KENAPA MINAH

INI TAKUT DITUDUH

MENIPU ?

JENG JENG JENG

PENIPU & MINAH

INI MUNGKIN

DARI TIM YG SAMA

KHALAS

Tiada ulasan: