Isnin, 30 Jun 2025
KETUA HAKIM - SAMBUNG KERJA ATAU BERHENTI ?
Kedudukan Tengku Maimun masih jadi tanda tanya
KUALA LUMPUR – Persoalan sama ada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bersara atau diberi lanjutan tempoh perkhidmatan enam bulan lagi, masih belum terjawab hingga kini.
Hingga berita ini ditulis, masih tiada pengumuman kerajaan sama ada beliau diberi lanjutan masa selama enam bulan iaitu tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang atau bersara secara mandatori.
Ketua Hakim Negara ke-10 itu dijadual bersara secara rasmi apabila mencapai usia 66 tahun pada 2 Julai ini (Rabu) iaitu umur persaraan wajib hakim.
Hari terakhir perkhidmatan beliau pada Selasa ini.
Berdasarkan Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga mencapai usia 66 tahun dan boleh dilanjutkan enam bulan lagi atas perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Jika beliau tidak mendapat lanjutan masa enam bulan, perkara penting yang bakal mendapat perhatian umum adalah calon yang akan menggantikan beliau.
Ketika ditemui pihak media selepas majlis pelantikan hakim pada 20 Mei lalu, Tengku Maimun mengesahkan belum menerima tawaran untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan.
Selain beliau, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim juga dijadual bersara apabila mencapai umur persaraan wajib pada 3 Julai. Hari terakhir beliau pada Rabu ini.
Tengku Maimun yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dilantik memegang jawatan tertinggi kehakiman pada 2 Mei 2019 menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara wajib.
Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 26 November 2018 selepas memulakan tugas sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Januari 2013.
Tengku Maimun merupakan hakim wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1982.
Menurut laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Tengku Maimun memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara (AGC).
Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson dan Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu.
Antara jawatan lain yang dipegangnya termasuk Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Hakim Besar Malaya dan kepada Ketua Hakim Negara selain memegang jawatan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.
Pada 2 Oktober 2006, Tengku Maimun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Pada 5 September 2007, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam. –
SELALU KITA
BERTANYA
KENAPA SOSOK
JUJUR DAN TELUS
SELALU DI KETEPIKAN
AMIN
KENAPA YANG
JAHAT LAGI RASUAH
DIANGKAT DIJULANG
KHALAS
TUAN HAKIM HINA MAHKAMAH !!!
INI BERAT
KAH KAH KAH
TUAN HAKIM
DI TUDUH
HINA MAHKAMAH
BETUL KE ?
KAH KAH KAH
AMIN
ANTARA PERASUH DENGAN YANG JUJUR
Nasib Ketua Hakim Ditangan Kuasa Politik
Malaysia kini sedang berdepan detik penting dalam sejarah institusi perundangan. Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat. seorang tokoh yang tegas mempertahankan kebebasan kehakiman kini bakal menamatkan perkhidmatannya pada 1 Julai 2025.
Namun setakat catatan ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai status samada beliau akan dilanjutkan tempoh perkhidmatan atau tidak, meskipun Perlembagaan memperuntukkan kemungkinan lanjutan enam bulan.
Dalam suasana ketidaktentuan ini, rakyat sedang menyaksikan satu perbandingan yang menjengkelkan bilamana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, telah menerima tiga kali lanjutan perkhidmatan walaupun beliau pernah menjadi tumpuan kontroversi apabila integritinya dipersoalkan secara terbuka.
Perbandingan ini membuka persoalan fundamental tentang prinsip keadilan, pemisahan kuasa, dan hala tuju institusi negara.
Tengku Maimun seorang ketua hakim yang dilihat berani menyentuh isu akar sistem termasuk mencadangkan agar kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan hakim dikurangkan.
Beliau juga konsisten menolak sebarang tekanan atau campurtangan politik terhadap proses mahkamah. Beliau menzahirkan kesungguhan untuk melindungi maruah institusi kehakiman daripada tohmahan, manipulasi dan ketirisan integriti.
Namun kini, diamnya kerajaan dalam isu status jawatan beliau seakan menghantar mesej senyap iaitu keberanian itu ada harga, dan harga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tiada tempat dalam regim ini.
Pada masa yang sama, Azam Baki walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan dan tuntutan awam, bukan sahaja dikekalkan, malah diberi lanjutan demi lanjutan dengan mudah.
Kita perlu ingat, ini tidak berlaku dalam ruang kosong. Ia berlaku di bawah pentadbiran yang katanya juara reformasi institusi.
Balik semula ke pangkal jalan isu ini. Masalah sebenar bukan tentang individu A atau B. Tetapi ia tentang mesej yang dihantar kepada seluruh sistem perkhidmatan awam iaitu jangan terlalu lantang, jangan terlalu berani.
Ketika kerajaan menyeru kepercayaan rakyat dan menjanjikan reformasi, rakyat pula sedang menyaksikan satu demi satu contoh dwi-standard yang menambah sinisme.
Jika seorang Ketua Hakim Negara yang berprinsip pun tidak pasti kedudukannya, apa jaminan terhadap penjawat awam lain yang mahu menegakkan integriti?
Dan jika individu dengan rekod integriti yang tercalar boleh terus memegang jawatan utama dalam penguatkuasaan, bagaimana rakyat mahu mempercayai sistem?
Perbezaan layanan antara Ketua Hakim Negara dan Ketua SPRM adalah cerminan yang sangat jelas bagaimana sistem boleh dimanipulasi menerusi kuasa politik. @analitiko
KALAU LU
JAHAT
LU TIPU
LU RASUAH
KERJA LU AKAN
DI SAMBUNG
AMIN
KERANA LU
MUDAH JADI BARUA
AMIN
JIKA LU JUJUR
LU BAIK KERJA
LU TELUS
KERJA LU
TAK DISAMBUNG
KERANA LU BAHAYA
UNTUK MADANI
KHALAS
RASIONALISASI MAKNANYA LUPUS SABSIDI
RASIONALISASI
MAKNANYA
HAPUS SABSIDI
AMIN SAJA GUNA
PERKATAAN PELIK
UNTUK BODOHKAN
ORANG KAMPONG
KHALAS
Unknown commented on
"PANDANGAN DARI ISHAM JALIL"
Modal orang politik, air liur basi, Madani dah nampak, nak tegak benang basah kah kah kah, matematik mudah, siapa buat hutang, siapa curi siapa rompak siapa untung siapa rugi, apapun niat hutang semuanya ditanggung oleh rakyat, bukan kerajaan, kerajaan jadi orang perantaraan sekarang,
mereka membawa hutang atas nama kemajuan bantuan subsidi rasionalisasi subsidi sebagai ayat-ayat suci digunakan kah kah kah mampoos bodoh dah ramai cakap tapi susah sedarkan orang yang memang bodoh
PEMBANGKANG GAGAL
PEMBANGKANG
GAGAL
MENGGERAK
KERESAHAN
RAKYAT
AMIN
Unknown commented on
"TANGKAP SAMSENG"
Kalau pokok rebah, Bangla berak atas kepala, kah kah kah, setiap hari setiap masa ada saja video dikeluarkan TikTok, marah meluat jijik sebabnya pemerintahan sekarang, adakah semuanya tidak betul? Paling pelik pembangkang tunggu apa? Kah kah kah dua kali lima saja mereka asal gaji elaun masuk syurga tanpa dihisab selepas kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)




