Selasa, 26 Ogos 2025

DEMO - BELAJAR DARI INDONESIA



Protes di Indonesia bantah elaun perumahan ahli Parlimen AS$3,000 sebulan


JAKARTA: Ribuan rakyat Indonesia mengadakan protes membantah elaun perumahan baharu serta kenaikan elaun bulanan kepada ahli Parlimen ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan langkah penjimatan kerajaan.

Elaun perumahan bulanan baharu sebanyak 50 juta rupiah (hampir RM13,000) untuk ahli Parlimen adalah hampir 10 kali ganda gaji minimum di ibu kota dan bandar terbesar Indonesia, Jakarta.

Elaun itu diumumkan beberapa hari selepas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan langkah penjimatan ketat dan perbelanjaan kerajaan yang lebih berkesan.

Justeru pengumuman itu dianggap 'tidak peka' oleh penganalisis serta rakyat biasa.

Selepas beberapa hari meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial, ribuan rakyat daripada kumpulan pelajar dan pertubuhan lain mengadakan protes di luar bangunan Parlimen di Jakarta.

Penunjuk perasaan turut menuntut pemansuhan beberapa undang-undang, termasuk yang memperluaskan peranan tentera dalam pentadbiran.

Mereka cuba merempuh penghadang besi dan konkrit menyebabkan pihak berkuasa bertindak balas dengan gas pemedih mata dan meriam air.

Beberapa peserta mendakwa mereka hadir kerana kecewa dengan sikap wakil rakyat yang seolah-olah tidak mempedulikan kesusahan rakyat biasa.

Ini kerana ramai masih berpendapatan kurang daripada 50,000 rupiah (RM12) sehari.

Gaji guru di negara itu pula hanya sekitar 1.2 juta hingga 7 juta rupiah (RM310 hingga RM1,814) sebulan.

Dalam pada itu, polis di Jakarta berjaya menahan penunjuk perasaan kira-kira 500 meter dari pintu utama Parlimen, namun mereka berkumpul semula beberapa jam kemudian.

Selepas itu, cubaan kedua dibuat untuk merempuh masuk dan sekali lagi pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat tangkapan atau kecederaan dalam tunjuk perasaan itu. Protes di Jakarta turut menyebabkan beberapa jalan ditutup serta perkhidmatan tren dan bas tergendala selama beberapa jam.

Penunjuk perasaan di beberapa bandar lain di seluruh Indonesia juga mengadakan demonstrasi serentak semalam.

Elaun ahli Parlimen itu diumumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Adies Kadir, beberapa hari selepas Prabowo membentangkan Belanjawan tahun depan dalam ucapan sulung Kenyataan Negara pada 15 Ogos lalu.

Adies memberi penjelasan kepada media mengenai sama ada belanjawan Parlimen akan ditingkatkan tahun depan. Indonesia mempunyai 580 ahli Dewan Perwakilan Rakyat, iaitu dewan rendah yang lebih berkuasa.

Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Rakyat, Indra Iskandar, sebelum ini pada Oktober tahun lalu berkata, ahli Parlimen tidak lagi disediakan kediaman rasmi kerana banyak rumah berkenaan sudah usang dan tidak sesuai diduduki.

Sebelum ini, mereka ditempatkan di sebuah kompleks perumahan berpagar yang dibina pada akhir 1980-an, kira-kira 10 kilometer dari bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen kemudian memohon diberikan elaun tunai, dan Indra berkata jumlah elaun perumahan itu masih dalam perbincangan pada ketika itu.

Selain elaun perumahan, ahli Parlimen juga akan menerima kenaikan elaun beras daripada 10 juta rupiah (RM2,591) kepada 12 juta rupiah (RM3,109) sebulan, serta elaun bahan api daripada 5 juta rupiah (RM1,295) kepada 7 juta rupiah (RM1,814) sebulan.

Menurut kumpulan advokasi ketelusan, Fitra, tanpa elaun perumahan sekali pun, ahli Parlimen sudah pun memperoleh sehingga 230 juta rupiah (RM59,603) sebulan daripada pelbagai elaun dan bayaran kehadiran yang mereka layak terima. – AGENSI

  WOIT

WAJIB BELAJAR

DARI INDON

AMIN

BUAT DEMO

SERENTAK

SELURUH NEGARA

AMIN

TAKTIK BARU

SELEPAS DEMO 

ARWAH ZARA

AMIN

BELAJAR DARI

YANG BIJAK

KHALAS

SELAMATKAN NEGARA TOLAK MADAFAKA


SELAMATKAN

NEGARA

TOLAK MADAFAKA

AMIN

Unknown commented on 
"KESEDARAN LAMBAT SAMPAI"

katun dalam madafaka & madani nak jaga jawatan ma!! tunggang madafaka dan madani, rakyat atau apa saja yg boleh balun pulun kah kah kah tunggang tungging tali kecapi kenyang kenyang suka hati!


Unknown commented on 
"BERANI MAHU TOLAK UMDAP"

aitt macam fire down below kah kah kah umno umdap dua2 dalam madafaka sapa api dalam sekam hehehehe

HINA SEJARAH PERANAN MELAYU


HINA SEJARAH

PERANAN MELAYU

AMIN

JANGAN GANGGU MENTERI PENDIDIKAN


Menteri Pendidikan Fadhlina Tiada Sifat Kepimpinan


Kementerian Pendidikan sepatutnya menjadi benteng pertama melindungi anak-anak kita. Namun, kelemahan kepimpinan yang ada hari ini menjadikan sekolah semakin jadi tempat tidak selamat.

Menteri Pendidikan  Fadhlina Sidek dilihat lebih sibuk mempertahankan imej politik, sibuk mengajak murid sekolah mengucapkan Happy Birthday kepada PM, daripada memberi fokus jaminan terhadap keselamatan pelajar.

Kes terbaru melibatkan Zara Qairina menjadi bukti paling jelas. Bagaimana tragedi ini berlaku di dalam kawasan sekolah yang seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk setiap pelajar. Kejadian ini mendatangkan keresahan ibu bapa.

Malangnya, respon kementerian terlalu lambat, terlalu retorik, dan langsung tidak menampilkan pelan tindakan konkrit. Menteri hanya mengulangi kenyataan umum, tanpa strategi jelas untuk mencegah kes serupa daripada berulang.

Isu buli bukan perkara kecil. Ia bukan sekadar “kenakalan pelajar” seperti yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu, tetapi persoalan keselamatan nyawa dan masa depan anak-anak.

Apabila seorang pelajar boleh dipukul, dihina, dan dibiarkan tanpa perlindungan yang sewajarnya, itu bermakna sistem kawalan keselamatan di sekolah sudah runtuh.

Lebih membimbangkan, kementerian gagal memberi garis panduan yang tegas kepada pihak sekolah  bagaimana menangani aduan buli, bagaimana melindungi mangsa, dan bagaimana menghukum pelaku secara adil.

Akibatnya, guru terpaksa bertindak tanpa arah, ibu bapa hilang keyakinan, manakala pelajar terus hidup dalam ketakutan.

Kelemahan Menteri Pendidikan ini bukan sahaja soal kelemahan individu, tetapi kelemahan sistemik yang sedang membahayakan generasi. Seorang menteri yang gagal menjamin keselamatan pelajar di sekolah telah gagal dalam tanggungjawab asasnya.

Malaysia tidak boleh terus dipimpin dengan sikap acuh tak acuh. Kementerian Pendidikan memerlukan seorang peneraju yang berani, jelas visinya, dan pantas bertindak.

Selagi kepimpinan lemah dibiarkan, kes buli di sekolah akan terus menghantui sekolah-sekolah kita dan masa depan anak bangsa akan terus terancam.


FADHLINA ADALAH

MENTERI TERBAIK

AMIN

DIA SEDANG

 MENAIKKAN

KEBENCIAN

RAKYAT PADA

MADAFAKA

AMIN

TERUSKAN

JANGAN GANGGU

KERJA BAIK

DARI MENTERI INI

KHALAS

DAH MINTA MAAF


PAK CIK INI

DAH NGAKU SILAP

DAH MINTA MAAF

TAK PERLU DISEBAT

KHALAS

GUNA OTAK SENDIRI



SEBELUM GUNA

ROBOT AI SILA

GUNA OTAK

SENDIRI

AMIN

Unknown commented on 
"APA TERJADI DENGAN 
PESAWAT MAS370 ?"

Setiap orang sembang pasal AI semuanya nak ke depan tetapi lupa ada manusia tiada tempat tinggal, ada manusia tiada pekerjaan, ada manusia tiada makanan, ada manusia yang masih papa kedana tunggu bantuan Madafaka kah kah kah, kemudian cat jalan tidak diuruskan, 

longkang sumbat tidak dikorek, sampah sarap tidak dibersihkan, pendatang haram tidak dihapuskan, jenayah dadah penipuan terus diabaikan kemudian nak harapkan AI selesai segala masalah manusia kah kah kah