Khamis, 30 Oktober 2025

PANDANGAN PEMIKIKR EKONOMI NEGARA


Perjanjian Perdagangan MAS-AS: Jimat RM12 bilion, jerut leher RM1 trilion


KUALA LUMPUR – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (Reciprocal Trade Agreement) yang ditandatangani antara
Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 wajar dipersoalkan daripada sudut kepentingan nasional, rasionaliti ekonomi dan keseimbangan strategik serantau.

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berkata, penurunan tarif timbal balas terhadap barangan Malaysia daripada 25% kepada 19% atau pengurangan sebanyak 6% hanya memberi penjimatan kasar kira-kira RM11.9 bilion setahun
berdasarkan nilai eksport semasa (RM 198.65 bilion × 6 %).

Tambah beliau, berdasarkan Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), jumlah dagangan dua hala Malaysia–AS bagi tahun 2024 mencecah RM 324.91 bilion, dengan nilai eksport Malaysia ke AS sebanyak RM 198.65 bilion, menjadikan Amerika Syarikat rakan dagang ketiga terbesar Malaysia.

“Jumlah penjimatan ini adalah terlalu kecil untuk diberi komitmen dagangan gergasi dengan jumlah hampir RM1 trilion yang kita perlu tanggung,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada 26 Oktiber lalu, AS dan Malaysia mencapai persetujuan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas bagi memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, yang akan memberi akses pasaran belum pernah berlaku sebelum ini kepada pengeksport kedua-dua negara.

Menurut kenyataan kedua-dua buah negara,  terma utama Perjanjian Perdagangan Timbal Balas itu membabitkan komitmen di pihak Malaysia untuk memberikan akses pasaran keutamaan yang besar bagi eksport barangan perindustrian dari AS.

Perjanjian tersebut meliputi perolehan 30 pesawat dengan opsyen pembelian tambahan 30 lagi, pembelian semikonduktor, komponen aeroangkasa dan peralatan pusat data dengan nilai dianggarkan AS$150 bilion pembelian sehingga lima juta tan setahun gas asli cecair (LNG) bernilai sehingga AS$3.4 bilion setahun pembelian arang batu dan produk serta perkhidmatan telekomunikasi bernilai AS$204.10 juta dan pelaburan dana modal di AS sebanyak AS$70 bilion.

Menurut Armin Baniaz, selain daripada pembelian pesawat Boeing dan LNG perjanjian tersebut membabitkan pelaburan besar dalam sektor semikonduktor, pusat data dan komponen aeroangkasa bernilai lebih AS$150 bilion.

Katanya, adakah Malaysia mampu menanggung beban kewangan sebesar itu ketika Malaysia Aviation Group (MAG) sendiri masih mencatat kerugian dan belum pulih sepenuhnya selepas penstrukturan semula.

Beliau turut mempersoalkan dari mana sumber dana pembelian ini akan diperolehi jika bukan daripada suntikan kerajaan
menggunakan wang rakyat.

Sementara Armin Baniaz mempersoalkan pembelian LNG dari AS dan  berkata, sebagai negara pengeluar dan pengeksport utama gas asli cecair (LNG) dunia, adakah logik untuk Malaysia membeli LNG bernilai RM16 bilion setahun (AS$3.4 bilion).

“Malaysia merupakan pengeksport LNG kelima terbesar di dunia.
Perjanjian seperti ini tidak menggambarkan strategi ekonomi berasaskan daya saing, tetapi lebih menyerupai perangkap ekonomi yang memihak kepada kuasa besar,” ujarnya.

Katanya, komitmen pembelian secara besar-besaran yang mengalirkan keluar rizab negara tidak memberi manfaat
kepada industri tempatan.

Armin Baniaz memberitahu, perjanjian itu juga mengehadkan ruang Malaysia untuk mempelbagaikan rakan dagang strategik
seperti China atau negara yang banyak menawarkan kerjasama tanpa tarif tinggi dan dengan nilai tambah lebih besar kepada sektor tempatan.

Jelasnya,  Malaysia bukan sahaja menanggung kos ekonomi, tetapi juga kehilangan kebebasan membuat dasar perdagangan yang berdaulat untuk memenuhi tekanan perjanjian bilateral.

“Daripada dijerut leher dengan komitmen dagangan bernilai hampir RM1 trilion, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sepatutnya mengambil peluang kepimpinan ini untuk memimpin rundingan
secara konsensus bersama negara-negara ASEAN lain,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, sdalah wajar bagi kerajaan untuk menyemak kembali kandungan perjanjian ini dan membahaskannya di Parlimen, supaya setiap komitmen dagangan yang dibuat tidak memudaratkan ekonomi negara dan kekal selaras dengan kepentingan nasional. – 

PUKI MAK

PASAL APA

KITA NEGARA

PENGEKSPOT

MINYAK KINI

DI PAKSA BELI

MINYAK DARI

AMERIKA

KHALAS

KEPALA BUTUH

SAIPOL KE ?

ATAU KEPALA

BUTUH SUKMA?

KHALAS

ANWAR IBRAHIM GADAI MALAYSIA - KATIL PERIUK & BANTAL

ANWAR IBRAHIM

GADAI MALAYSIA

KATIL 

PERIUK & BANTAL

AMIN

ITAM BUNUH ITAM


Laporan pembunuhan beramai-ramai di bandar Sudan ditawan RSF


KHARTOUM: Laporan pembunuhan beramai-ramai bermotifkan etnik dan kekejaman lain muncul dari bandar El-Fasher selepas kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF), menawan bandar itu di wilayah Darfur, barat Sudan hujung minggu lalu.

Rakaman video yang disiarkan aktivis tempatan menunjukkan seorang pejuang yang terkenal kerana menembak orang awam di kawasan dikuasai RSF, melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah sekumpulan orang awam tidak bersenjata yang duduk di atas tanah.

Satu lagi rakaman yang dikongsi aktivis pro-demokrasi pula didakwa menunjukkan puluhan mayat bergelimpangan di atas tanah berhampiran kenderaan yang terbakar, namun kesahihan rakaman itu belum dapat disahkan.

Dalam satu kenyataan semalam, Pasukan Bersatu (Joint Forces) yang berpihak kepada tentera Sudan menuduh RSF membunuh lebih 2,000 orang awam tidak bersenjata dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Makmal Penyelidikan Kemanusiaan Universiti Yale yang memantau perang di Sudan menggunakan risikan sumber terbuka dan imej satelit, berkata pihaknya menemui bukti yang konsisten dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai oleh RSF.

Makmal itu menyatakan bandar El-Fasher 'dilihat sedang mengalami proses pembersihan etnik yang sistematik dan disengajakan terhadap masyarakat asal bukan Arab seperti Fur, Zaghawa dan Berti, melalui pengusiran paksa dan hukuman mati tanpa perbicaraan'.

Ia turut melaporkan berlaku 'operasi pembersihan dari rumah ke rumah' di bandar berkenaan.

Pengarah Eksekutif Makmal Yale, Nathaniel Raymond, berkata bukti satelit menunjukkan terdapat mayat bergelimpangan di atas tanah serta perubahan warna tanah yang kelihatan kemerahan.

Beliau membandingkan tahap keganasan di bandar itu dengan 24 jam pertama pembunuhan beramai-ramai di Rwanda. Kita baru berada di permulaan gelombang keganasan.

"Saya tidak pernah menyaksikan tahap kekejaman seperti yang berlaku sekarang. Ia hanya boleh dibandingkan dengan gaya pembunuhan seperti di Rwanda dalam tempoh 24 jam pertama," katanya.

Ahad lalu, RSF mengumumkan pihaknya telah menawan pangkalan utama tentera di bandar itu dan dalam satu kenyataan berkata mereka kini 'menguasai sepenuhnya bandar El-Fasher daripada cengkaman tentera upahan dan militia'.

Isnin lalu, Ketua angkatan tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, mengakui pasukannya telah berundur dari El-Fasher 'ke lokasi yang lebih selamat', sekali gus mengesahkan kehilangan bandar strategik itu.

RSF dan tentera Sudan terbabit dalam perang saudara berdarah sejak April 2023 susulan perebutan kuasa antara kedua-dua pihak.

Pertempuran itu meragut lebih 150,000 nyawa dan memaksa lebih 14 juta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Kebimbangan terhadap keselamatan puluhan ribu orang awam yang terperangkap dalam bandar akibat kepungan RSF selama 18 bulan turut meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Türk, pada Isnin memberi amaran mengenai peningkatan risiko 'pelanggaran dan kekejaman bermotifkan etnik' di El-Fasher.

Pejabatnya memaklumkan sedang menerima 'pelbagai laporan membimbangkan bahawa RSF melakukan kekejaman termasuk hukuman mati tanpa perbicaraan'.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB turut melaporkan insiden 'hukuman mati terhadap orang awam yang cuba melarikan diri dengan petunjuk wujudnya motif etnik dalam pembunuhan itu'.

Selain itu, ada video yang menunjukkan 'puluhan lelaki tidak bersenjata ditembak atau terbaring mati' dikelilingi pejuang RSF yang menuduh mereka sebagai anggota tentera Sudan.

Agensi berita pula dilaporkan gagal menghubungi penduduk di bandar berkenaan selepas kesatuan wartawan Sudan mendakwa talian komunikasi, termasuk rangkaian satelit, telah diputuskan dalam sekatan maklumat menyeluruh. - AGENSI

 BERITA INI 

MEDIA  DUNIA

TAK AMBIL POT

AMIN

PELARIAN

KELAPARAN

MATI PERANG

AMIN

ITAM BUNUH ITAM

ORANG PUTIH

JUAL SENJATA

KHALAS

TRUMP TAK PEDULI PUN SAPA ANWAR IBRAHIM - YANG PENTING ADA BARUA


TRUMP TAK PEDULI

SAPA ANWAR

AMIN

YANG PENTING

ADA BARUA

KHALAS

Unknown commented on 
"MADAFAKA ANWAR IBRAHIM 
TERUS DI KUTUK"

trump sikit pun tidak terpukau dengan bisikan nuar.. trump bagi jalan untuk israel celaka serang gaza...

SEMUA BERTANGGUNG JAWAB



    KITA SEMUA

BERTANGGUNG

JAWAB UNTUK

MENYELAMATKAN

NEGARA INI

KHALAS

latiff Ithnin commented on 
"ANWAR IBRAHIM GADAI TANAH MELAYU PADA ZIONIS AMERIKA"

Itulah akibatnya melantik orang yang bukan ahli, malah bekas banduan menjadi pemimpin negara...sekarang sudah datang kehancurannya. Yang setuju lantikan barua ni kena ambil tanggungjawab. Jangan menyorok dalam kain bini!!!!!!

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 30 OKTOBER 2025

EKONOMI KITA


SAMAN TRAFIK
Kali ini kita dengar sekali lagi kerajaan beri potongan pada saman trafik – lagi cepat bayar lagi baik  banyak potong.

Di sini perlu kita ingat kembali tahun 2008 – ada berita yang sama. Ingat kembali masa itu kerajaan beri potong 50% pada saman trafik – INGAT MASA ITU – ekonomi merundum – jeng jeng jeng.

Kali ini perkara yang sama berlaku – ini maknanya EKONOMI SEDANG MERUNDUM – betul ke ?

Betul lagi sahih – SAMAN TRAFIK – akan dijadikan sebagai punca pendapatan negara – KALAU CUKAI NAIK RAKYAT KE JALAN RAYA – kalau kena saman – itu hang punya pasal – justeru  saman ini jadi satu industri.

Maka saban malam makin banyak ROAD BLOK -  oleh polis dan JPJ – lihat dan lihat di kawasan seperti Bangsar – bawah stesen LRT – tiap malam akan ada polis tahan kereta – Hujung minggu lagi banyak – ini chan  besar.... chan apa?

CHAN TANGKAP PEMANDU MINUM BEER
Ini juga satu industri – kerana  dulu jika di dapati lebih tahap alkohol dan memandu – kena  denda  puluhan ringgit – kini dan naik RIBU RIBU – bila naik ribu ribu DUIT SUAP pun naik ratus ratus – INI juga satu industri untuk menambah pendapatan – Amin.

JUAL KUIH
Dua malam dulu gua makan di  sebuah restoran di Kampung Baru – wow – apa yang gua ternampak  -setiap 15 minit akan muncul Minah, Mamat, Kakak, Abang – menjual KEREPEK UBI dan yang sama sewaktunya dengan nya.

‘ Rasa dulu bang.... rasa je ...’ Ini teknik menjual.

Menjual BUKAN JENAYAH – tapi ini gambaran EKONOMI NEGARA SEDANG SAKIT – penjual  dari meja ke meja makin  bersepah sepah – wow – macam macam – INI BUKAN JUAL TISU – ini jual KEREPET – 

Minah dan Mamat ini cuba mencari duit dengan berjaja dari satu meja ke satu meja – UNTUK GUA INI ADALAH TANDA EKONOMI SEDANG SAKIT. Amin

BELANDA
Keputusan PRU dah di terima.  Parti garis tengah D66 menang. Maka untuk pertama kalinya Belanda akan dapat  Perdana Menteri yang mengakui dirinya homosexual.

GAZA
Zionis Blackrock bom  Gaza  sekali lagi   kemarin. Seramai 104 Palestin mati.

SUDAN
Itam bunuh Itam berterusan di Sudan. Di laporkan hospital  telah di serang – doktor , jururawat dan pesakit semua di bunuh – lebih 400 mati. Ini laporan WHO – PBB.

JAMAICA
Kota dan pekan dalam pulau ini ranap di landa oleh Taufan Melissa. Di lapor taufan ini juga  melanda Cuba dan Haithi. PM Jamaica menerangkan  pemanasan dunia sebagai punca Taufan ini semakin ganas.

KOREA SELATAN
Trump membenarkan Korea Selatan membina kapal selam kuasa nuklear.

HOKKIEN
Pagi ini  agak malap – matahari belum muncul. Langit pucat dan awan berombak-ombak – ada awan  macam nak hujan.  KL & KL Sentral berjerebu – panas seharian kemarin.

Tak meriah suara unggas pagi ini. Mungkin mereka tahu cuaca malap.

Tapi warga Hokkien awalnya tidak kelihatan – wilayah sunyi  - gua bersuara baru satu satu datang – akhirnya semua kaum keluarga Siti datang makan.

Ezi dah  berbaik dengan yang  lain -  tak bergaduh. Siti ikut gua berjalan pulang hingga ke Wakaf Pertama –  Siti dapat hati ayam sama macam Ezi & Tak Tak. Badan Siti masih kurus.

Gua rasa hari ini akan panas – walau pun ketika gua menulis ini – cahaya mata hari ti sampai lagi ke balkoni gua. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO
Bila lu tanya berapa besar Kapal Nabi  Noh pada Ustad – itu tanda lu ada memiliki  pemikiran kritikal.

BRO
Bila lu kata mustahil  Kapal Nabi Noh boleh memuatkan   semua haiwan sepasang  dalam kapal ini -  ini tanda  lu  bijak berfikir.

BRO
Jangan takut berfikir – jangan hanya melopong mendengar – tanya dan bertanya – BERTANYA adalah tanda berfikir. 

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHAMIS