Jumaat, 14 November 2025

PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025


BAHAGIAN 2

PERJANJIAN

ANWAR-TRUMP 2025



Maharaja Trump mencecah duli di lapangan terbang Kuala Lumpur pada pagi 26 Oktober 2025.    Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah datang  menyambut Presiden Amerika Donald Trump  bersama Inang dan Dayang  dengan  menari-nari. Tak sampai beberapa jam satelah klip – menari-nari ini  tersebar di media sosial  punat Bom Atom pertama tercabut dan meledak.

Ini Bom Atom dari Mufti Perlis.  Sang Mufti telah menyatakan rasa kecewa bila melihat Inang dan Dayang menari-nari bersama Trump dan Perdana Menteri. Mufti Perlis  berkata manusia yang bernama Donald Trump ini     sedang  bersekongkol dengan  Zionis Netanyahu untuk membunuh warga Gaza.  Lucah dan tidak kena pada tempat kita memberi  sambutan  menari-nari kepada  seorang Zionis. Dunia akan mentertawakan kita. 

Di pagi yang sama -  demo yang di rancang di Ampang Park pada pagi kesampaian Trump telah dikawal ketat. Semua  stesen laluan MRT dan LRT yang berhampiran telah di tutup.  Jalan juga di kawal untuk memastikan tidak ada sesiapa dapat mencelah masuk ke Ampang Park. Suasana sekatan  Covid 19 muncul kembali. 

Polis dan Menteri KDN dibaca  berlagak ganas seolah-olah ada sesuatu yang sedang di rancang.

Bila Bom Atom dari Mufti Perlis meledak Anwar Ibrahim masih lagi bersilat lidah.  Anwar  menerangkan  bahawa Trump di jemput oleh  Asean. Malah Anwar sendiri akan sampaikan kepada Trump   sentimen rakyat Malaysia yang menolak genosid di Gaza. 

‘ Saya katakan sendiri pada Presiden Donald Trump akan tentangan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Gaza.....’ akuan Anwar Ibrahim.  Jika para pembaca kurang yakin dengan apa yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim sila tanya Trump sendiri.

Putar punya putar. Belit  punya belit. Lebong punya lebong rupa-rupanya ada udang di belakang mee . Rupa-rupanya ada haruan di celah kangkang.  Patutlah Polis dan Menteri KDN berlagak ganas.

Dengan tertiba berita meledak.  Serta merta diketahui umum bahawa ditanda tangani satu perjanjian  antara Malaysia dengan Amerika.  Imej Anwar dan Trump  dilihat sedang menanda  tangani perjanjian ini tersebar. Incian  butir perjanjian  masih belum jelas.

Apa yang jelas  dan kini disedari umum ialah  beberapa bulan sebelum Trump sampai ke Kuala Lumpur  secara senyap sunyi lagi rahsia  Anwar bin  Ibrahim telah melakar Satu Perjanjian : Perjanjian  Anwar- Trump 2025.

Dari berita yang di kumpul dan tersebar  saya di fahamkan  ahli Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan sendiri  tidak tercium bau kentut ini. Anwar Ibrahim  dan  Tengku Zafrul pasti mengikat seluar dalam mereka dengan  ketat hinggakan  para Menteri Kabinet pun tidak tercium bau kentut masam ini.

Apa yang di hebohkan ialah Persidangan Tahunan ASEAN 2025. Malaysia menjadi tuan rumah.

Bila berita Perjanjian Anwar-Trump 2025 tersebar pemimpin  Pembangkang senyap tanpa suara.  

Umum sedar adalah mustahil terutama Parti Bersatu  untuk mencium perancangan gelap Anwar dan Zafrul. Ini kerana mereka  terlalu sibuk berkeris dan berparang  berbunuh sesama sendiri.  Malah saya sendiri merasa was was apakah Muhyidin, Hamzah dan Azmin tahu  bahawa  Maharaja Trump  telah mencecah duli di KLIA pada pagi Ahad 26 Oktober 2025. 

Saya mengelamun : Alangkah baiknya jika hayunan  parang  Muhyidin, tikaman  keris  Azmin dan lontaran  tombak Hamzah  di arahkan kepada Donald Trump. Jika lamunan saya ini telah mereka  lakukan pasti pengundi akan menobatkan mereka untuk menggantikan Anwar Ibrahim. Amin.

Inilah hebatnya Anwar dan Zafrul. Dua sosok ini  bekerja dalam gelap hanya menggunakan  cahaya  dari sinaran rambut perang Donald Trump.

Perjanjian Anwar-Trump 2025 ini  membawa gempar  satu Malaysia. Berita  Perjanjian Anwar-Trump 2025 menjadi viral di media sosial walau pun butiran belum jelas.

Untuk mengurangkan bau kentut  yang telah merebak ini – Anwar Ibrahim secara bijak lagi licik telah meyakinkan Siam dan Kemboja untuk berdamai.  Gula-gula Damai – Siam Kemboja  ini telah di gunakan oleh Anwar bin Ibrahim untuk  melunakkan lagi Perjanjian Anwar-Trump 2025.

Tup tup bila Parlimen bersidang satu lagi bom  meledak. Kali ini bukan Atom tapi Bom Nuklear  Berpandu. Tukang pandu bom ini ialah YB Hassan Karim – sosok  Yang Berhormat dari parti Anwar Ibrahim sendiri. 

‘ Saya tidak kira apa akan jadi kepada saya nanti... tapi jelas  negara kita telah di gadaikan  kepada Amerika...’  Ledakan suara ucapan  berani mati seorang nasionalis bangsa.  Parlimen bergegar.

‘ Trump datang... kita jual harta kekayaan negara kita...  tak bayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu tapi beri berbilion kepada Amerika....’ tambahan suara berani mati YB Hassan Karim.

Sidang Parlimen jadi heboh terutama dari Parti Islam PAS.  Dum dam  tang tung  bunyi  ahli Parlimen bersuara. Semua  melihat Perjanjian Anwar -Trump 2025  sebagai menggadaikan Tanah Melayu. 

Ledakan Nuklear dari YB Hassan ini menjemput pelbagai sektor masyarakat untuk turut sama bersuara.    Saya mula terbaca pandangan Peguam, pandangan ahli Akademik,  pandangan Lembaga Perniagaan  dan dari aktivis  Badan Bukan Kerajaan. 

Rata-rata pandangan mereka ini  selari dan seirama. Kalau mengikut Adat Perpatih Negeri Sembilan – suara seirama  mereka  ini datang dari Perut dan Waris yang sama.

Paling menarik ialah tulisan Kadir Jasin. Bekas Ketua Pengarang  NST di zaman Mahathir. Jika di dunia Arab suara Kadir Jasin ini boleh di samakan dengan suara Hassan Heikal dari  akhbar Al-Ahram yang terbit di Kaherah di zaman  Presiden Nasser.

Kadir membawa kita kembali melihat sejarah bagaimana Perjanjian Pangkor  1874.  Kadir Jasin, menyifatkan perjanjian dagang yang ditandatangani oleh  Anwar dan Trump sebagai satu ulang tayang sejarah lama yang pernah membawa kepada penjajahan di Tanah Melayu

Malah, Kadir turut membandingkan Perjanjian Anwar -Trump 2025  sama dengan  Perjanjian Pangkor 1874, yang membuka jalan kepada penjajahan British di Tanah Melayu melalui sistem Residen.

“Pucuk dicita ulam mendatang. Di Perak, Raja Muda yang terlepas jawatan berhasrat merampas balik takhta. Maka beliau meminta tolong sahabatnya, Tan Kim Cheng di Singapura, seorang ahli kongsi gelap yang berjaya menjadi peniaga, ahli politik dan diplomat.

“Dengan bantuan pedagang Inggeris, William H. Read, termeterailah Perjanjian Pangkor pada 1874 yang menandakan bermulanya penjajahan Inggeris di negeri-negeri Melayu,” kata Kadir.

Wow – hebat perbandingan yang d guna pakai oleh Kadir ini. Malah – terlintas dalam kepala saya tentang Tengku Zafrul. Tengku Zafrul akan hilang kerusi Menteri  bila status Senator tamat.  Maka untuk terus berkuasa Tengku Zafrul perlukan payung Anwar Ibrahim.  Untuk saya  ini sama  wataknya dengan Tan  Kim Cheng  - yang perlukan Payung  Di Raja untuk terus  menyamun.

Satelah mencecah duli di Kuala Lumpur Maharaja  Trump terbang ke Jepun dan Korea.  Tapi kentut Perjanjian Anwar- Trump 2025 telah mengeluarkan berak yang amat busuk.

Anwar Ibrahim pakar lebong terus bersilat lidah.  RTM dan semua media yang sama sealiran terus  menghebohkan ASEAN 2025 sebagai  pintu syurga  makin terbuka untuk dimasuki oleh warga Malaysia.

Anwar Ibrahim telah  di gambarkan sebagai pemimpin yang hebat  oleh Maharaja Trump.  Kehebatan Anwar bin Ibrahim  telah disamakan  setaraf dengan kehebatan  Bibi Netanyahu Perdana Menteri Israel. 

Kenapa tidak :  Sebelum  ke Kuala Lumpur Trump telah  berada di Tel Aviv. Trump berucap di Parlimen Isreal.

Pada 20 Ogos 2025  akhbar  The  New York Times telah melaporkan : Trump described Mr. Netanyahu as a “good man.” 

Dua bulan kemudian pada  29 Oktober 2025 NST telah melaporkan kata-kata Trump  “ Prime Minister was great, great guy...’ 

Opps... nampaknya saya tersilap. Saya minta maaf. 

Untuk Netanyahu  Trump hanya berkata : Netanyahu a good man. Manakala untuk Anwar Ibrahim bukan hanya good malah great.. great guy. Dua kali  Maharaja Trump mengulang perkataan great.  

Sebelum ini Anwar  pernah klim Trump berkata yang dirinya ini disifatkan oleh Maharaja Trump sebagai sosok fantastik. Bukan sekali tapi tiga kali. Saya ulang bukan sekali tapi tiga kali – fantastik.. fantastik... fantastik.

Untuk yang kurang arif bahasa Inggeris : good man bermakna insan  yang baik Manakala great guy   membawa makna sosok  yang hebat. 

Aduh ! Hebat memang  hebat sosok yang bernama  Anwar bin Ibrahim ini. Dia  mendapat pujian dari manusia yang paling berkuasa sekali dalam dunia ini.  Tidak ada sesiapa yang boleh menandingi kuasa Maharaja Trump.

Modi dari Delhi , Xi Jin Ping dari Beijing  atau Starmer   dari London – campurkan ketiga- tiga ini Donald Trump  masih teratas. 

Jika saya mendapat pujian seperti ini pasti tujuh hari tujuh malam saya tidak akan lelap tidur. Makan tak lalu kentut tak keluar. 

Pelik bin ajaib Perjanjian Anwar-Trump 2025  terus menjadi perbincangan hebat.  Trump dah lama pulang. Rumah dah siap tukul makin kuat berbunyi. 

Sedikit demi sedikit incian perjanjian di selongkar.  

Apa dia yang ditemui dalam Perjanjian Anwar-Trump 2025  yang menjadikan  pahat dan tukul berbunyi ? Sila tunggu  sambungan minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/news/760690







SATU PENEMUAN BERSEJARAH


SATU PENEMUAN

BERSEJARAH

AMIN

MENGUBAH  SAPA

KITA

AMIN

DI KAMPONG PAPAN ADA ZIONIS



Israel bunuh 2 penduduk Palestin, bakar masjid


DAYR ISTIYA: Tentera Israel menembak mati dua suspek pejuang di sebuah bandar di Tebing Barat yang diduduki, sementara pegawai Palestin menuduh peneroka haram Israel membakar sebuah masjid di wilayah itu.

Keganasan oleh peneroka haram semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini di seluruh Tebing Barat, mengundang kecaman antarabangsa, malah kritikan luar biasa dari dalam tentera dan kerajaan Israel sendiri.

Menurut kenyataan tanpa memberikan butiran lanjut, anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menjalankan operasi berhampiran komuniti Karmei Zur menumpaskan dua suspek yang dalam perjalanan untuk melancarkan serangan

Pihak berkuasa Palestin juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Luar Palestin yang berpusat di Ramallah mendakwa, peneroka haram Israel membakar Masjid Hajja Hamida berhampiran bandar Deir Istiya di utara.

"Tindakan itu jelas mencabul kesucian rumah ibadat dan mencerminkan unsur perkauman mendalam yang mempengaruhi peneroka haram Israel, di bawah perlindungan kerajaan pendudukan," katanya.

Foto AFP dari lokasi kejadian menunjukkan beberapa naskhah al-Quran hangus dan dinding masjid yang diselubungi kesan asap hitam. Sebahagian dinding turut diconteng dengan grafiti.

Tentera Israel berkata, pasukan keselamatan digerakkan ke lokasi semalam selepas menerima laporan dan rakaman berkaitan suspek yang membakar sebuah masjid dan melukis grafiti.

Dalam kenyataan itu, tentera memaklumkan tiada suspek dikenal pasti selepas semakan terhadap kes berkenaan, yang kemudian diserahkan kepada polis serta agensi keselamatan Israel.

"IDF mengecam apa jua bentuk keganasan dan akan terus berusaha memastikan keselamatan serta ketenteraman di kawasan berkenaan," katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut mengecam serangan itu,

Jurucakapnya, Stephane Dujarric berkata, tindakan keganasan dan pencemaran tempat ibadat adalah tidak boleh diterima.

"Kes seperti itu adalah sebahagian pola berterusan keganasan melampau yang semakin memburukkan ketegangan dan mesti dihentikan segera," katanya.

Serangan membakar masjid itu berlaku sehari selepas ketua tentera Israel berikrar untuk menghentikan keganasan oleh peneroka.

Dalam perkembangan lain, Israel terima satu lagi mayat tebusan daripada Hamas, dan Jihad Islam, dengan baki tiga lagi mayat masih berada di Gaza

Israel menerima mayat tebusan, Meny Godard, daripada pejuang Palestin di Gaza melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menurut pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Khamis.

Mayat tiga lagi tebusan masih berada dalam tahanan di Gaza.

Jihad Islam, yang bersekutu dengan Hamas dan turut menawan tebusan dalam serangan 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang Gaza, berkata mayat berkenaan ditemui di bandar Khan Younis di selatan Gaza.

Di bawah perjanjian gencatan senjata pada Oktober lalu, Hamas membebaskan semua 20 tebusan yang masih hidup di Gaza sebagai pertukaran bagi hampir 2,000 tahanan Palestin dan individu yang ditahan semasa perang oleh Israel.

Perjanjian itu juga memperuntukkan pemulangan 28 mayat tebusan sebagai pertukaran bagi 360 mayat pejuang. - AGENSI

RUMAH 

DIRUNTUH

PENDUDUK 

DIHALAU BUKAN

HANYA DI PALESTIN

AMIN

DI KG PAPAN

 KLANG

PUN ADA

PERKARA

SAMA BERLAKU

KHALAS


SELALU ROSAK AKIBAT RASUAH


BARU SIAP

SELALU ROSAK

AKIBAT RASUAH

KHALAS


Unknown commented on 
"NAMEWEE BEBAS 
DENGAN JAMIN POLIS"

Ini berita lanchow..cuba TT komplain pasai mrt kita asyik kebel kena curi atau rosak..ini apa punya penyelengeraan? Atau tak tau apa maksud maintenance? Orang kirija maintenance buat apa? Main tik tok ka?

AWAS ! ZIONIS TEMPATAN


BUKAN HANYA

PENJAJAH

TEMPATAN

AMIN

Unknown commented on 
"HUMBANKAN 
PENGKHIANAT NEGARA !!!"

Kah kah kah baru tahu orang kita lebih hebat dari penjajah? Sejak Merdeka negara telah dirompak oleh penjajah tempatan kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 14 NOVEMBER 2025

KANG KONG  NAIK HAJI


KANG KONG
Kah kah kah – Satu Dunia heboh kerana saekor Kang Kong dari UIA buat ceriTA  orang Rom belajar buat kapal dari Orang Melayu – kah kah kah. MEDIA DUNIA GEMPAR.

Kang Kong ini hebat – gua sedang dengar  labun dan lebong Kang Kong ini dalam YouTube – kah kah kah – gua nak tulis tentang Kang Kong ini  – tapi kena lihat dulu  apa lebong Kang Kong ini kah kah kah.

Paling lawak kemarin gua dengar dari YouTube  Kang Kong ini melebong bahawa NABI SILAIMAN pernah sampai ke Tanah Melayu – kah kah kah – ini Sulaiman yang boleh bercakap dengan binatang bukan Sulaiman Randes dari Kampung Baru kah kah kah.

Bila dengar lebong ini gua naik darah – GUA MARAH – gua marah pada Tok Nenek Moyang Ezi dan Tak Tak – sepatutnya  bila Nabi Sulaiman datang ke Tanah Melayu – mereka wajib belajar  bercakap

Bayangkan kalau Moyang Tak Tak jumpa Nabi Sulaiman dan belajar bercakap Melayu – hidup gua sekarang pasti lumayan – gua boleh buka KEDAI SPESIAL – KEDAI ANJING BERCAKAP – tak payah gua cari makan kerja larian – Amin

BERITA HOT
Kah kah kah – Kang Kong ini juga buka ceriat bahawa Hang Tuah pernah pergi Mekah naik haji – kah kah kah – Wow selama ini kita silap – kita hanya panggil Hang Tuah – sepatutnya Tuan Haji Hang Tuah – kah kah kah.

Internet ini gua lihat amat baik – banyak ilmu gua belajar TAPI makin ramai jadi MENTAL – kah kah kah.

KANG KONG dari UIA ini lebih mental dari semua USTAD YOUTUBE – kah kah kah.

HANYA satu soalan gua nak tanya pada Kang Kong ini : Dalam Kapal Nabi Noh itu ada Tapir tak ? Dan berapa besar kapal Nabi Noh ini hingga boleh muatkan pasangan semua haiwan dalam dunia ? Kah kah kah.

SATU lagi nak tanya : Kang Kong ini masih anak dara lagi ke – jeng jeng jeng -  biasanya jika kurang sex akan jadi mental. Amin.

AMERIKA
File Jeffrey Epstein – peniaga burit kanak-kanak dan juga ajen Mossad akan di buka – jeng jeng jeng – Nama Clinton pasti ada.

UK
BBC minta maaf pada Trump kerana dokumentari yang disunting tunjuk Trump galakan penyokong buat kacau. Tapi BBC tolak tuntutan ganti rugi.

AMERIKA
Menteri Perang Amerika umum akan hancurkan Pengganas Dadah dari wilayah Hemisfera Utara. Askar Amerika di arah bersedia.

MALI AFRIKA
Para Jihadis makin mengganas. Seorang Tik Toker di bunuh di hadapan orang ramai.

PALESTIN
Soldadu Zionis Israel bunuh dua warga Palestin di Tebing Barat. Pendatang Haram Yahudi jua membakar sebuah masjid.

BANGLADESH
Keputusan kes bicara bekas PM Bangladesh – Sheikh Hasina akan di umum Senin depan. Minah ini sekarang berada di India.

JEPUN
Minah PM baru di Jepun klim dia  tidur 2 hingga 4 jam sahaja satu malam. Ini sama macam perangai Margaret Thatcher  bekas PM UK.

HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk basah segar. Matahari dah keluar – cahaya lemah. Kemarin hujan lebat -  lopak air di jalan. 

KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit biru pucat – macam masih ada ujan nak turun.

Dari jauh gua dengar suara Keng Keng – pagi ini mungkin kerana basah suara Tekukur tidak  ramai di dengar.

Ha ha – Keluarga Siti kini dah bermastautin di Wakaf Pertama – mereka datang menyambut sarapan – 6 Puppy makan – tapi ada Emak yang marah buat bising – bertempiaran Puppy lari.

Di jalan pulang – di tepi Hutan Pagar Jantan Berkokok- suara  macam jantan muda – Aduh! Indah pagi ini.

Gua harap hari ini akan panas dan petang TIDAK hujan – petang kemarin hujan – gua terpaksa bawa Ezi dan Tak Tak   berjalan di tempat letak kereta. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO 
Bila lu buat sesuatu lu wajib fikir sebagai pemenang -  lu pasti menang.

BRO
Setapak lu berjalan lu akan hampir dengan tempat  yang lu nak tuju.

BRO
Hidup ini satu perjuangan yang amat indah – jika lu mahu melihatnya. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT