Khamis, 27 November 2025

PANDANGAN ANAK MUDA BERNAMA TOBEY


PANDANGAN

ANAK MUDA

BERNAMA TOBEY

AMIN


HARAPAN SETINGGI GUNUNG, 
PENGUNDI HARAPAN BERHALUSINASI


Harapan hanyalah harapan.
Yang masih percaya sedang berhalusinasi.

Malaysia sekali lagi terkejut, atau pura-pura terkejut di mana kononnya tak sangka seorang lagi dekat kuasa dituduh makan duit. RM 629,000 bukan jumlah kecil untuk rakyat. Tapi untuk orang dalam pentadbiran negara? Itu cuma warm-up.

Nama yang jatuh hari ini: Shamsul Iskandar. Orang kuat PMX. Ya, Anwar bin Ibrahim reforbasi. Setpol Kanan PM. 

Orang yang dulu jerit reformasi, ludah korupsi, sumpah nak bersihkan sistem.

Hari ini, namanya duduk sebaris dengan orang yang dia pernah serang.

Dia pernah lawan Zahid Hamidi di Bagan Datuk.
Dia panggil Zahid perasuah.
Dia panggil Zahid simbol politik busuk.

Sekarang aku tengok timeline — Shamsul dituduh, Zahid masih senyum dalam kabinet Madani.

Ironi?
Tak.
Ini Malaysia.
Ironi di sini bukan kebetulan, ia struktur.

Kita ada kerajaan yang branding dirinya reformis, anti-kleptokrat, anti-rasuah. Tapi bila orang sendiri kena:
Nada berubah dari garang singa kepada bisikan “relax, kes kecil.”

Ini bukan bab duit.
Ini bukan bab siapa salah siapa betul.
Ini bukan sekadar scandal season episod terbaru Malaysia.

Ini bab DNA kuasa:
Siapa dekat pejabat perdana menteri, siapa kenal siapa, siapa boleh buat panggilan telefon dan bypass sistem, itu yang menentukan hukum.

Rasuah di Malaysia bukan “aberration.”
Rasuah adalah bahasa rasmi kedua selepas BM.

Aku tengok rakyat —
Ada yang marah.
Ada yang kecewa.
Ada yang buat thread panjang.
Ada yang tulis “ni la kerajaan yg aku undi”.

Tapi majoriti?
Diam.
Scroll TikTok.
Cari promo grab food. 
Lepas tu cakap:
“Beginilah, semua sama.”

Dan mungkin mereka betul.
Mungkin bukan pemimpin yang gagal.
Mungkin kita yang terlalu berharap manusia akan berubah bila dapat kuasa.

Tak.
Kuasa bukan ubah manusia.
Kuasa cuma buka topeng.

Shamsul cuma satu bab kecil.
Esok ada nama lain.
Lusa ada versi baharu.
Akhir nanti , bila PRU datang , semua buat muka sedih, minta peluang kedua, ketiga, keempat.

Dan macam biasa, rakyat yang penat akan kata:

“Tak ada pilihan lain.”

Padahal pilihan itu ada kita cuma takut kehilangan ilusi stabiliti.

Aku bukan tulis ini sebab aku benci.Aku bukan tulis sebab kecewa.
Aku tulis sebab aku tak terkejut langsung.

Malaysia bukan rosak.Malaysia dibina begini.

Dan selagi rakyat hanya jadi penonton,selagi kita hanya jadi pengundi bukan pemilik negara,selagi kita rela ditepuk, ditipu, digula-gula setiap lima tahun, kita tak layak marah pada sesiapa kecuali diri sendiri.

Sebab di negara ini,
yang berubah cuma logo parti, bendera kempen, dan hashtag.

Perangainya?
Tetap sama, cuma semakin pandai tipu rakyat. Amin

ADA MAKLUMAT BARU TENTANG ARWAH ZARA


KERAJAAN MADANI

ANWAR  BIN IBRAHIM

NAK TUTUP

 MAKLUMAT BARU

KES KEMATIAN

ZARA QARINA

KHALAS

KES ZARA - SEKOLAH SURUK DOKUEN PENTING




Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner terkejut, guru dedah wujud dokumen penting tak diserah kepada polis


KUALA LUMPUR: Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha mendedahkan bahawa wujud dokumen asal berkaitan insiden yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir disimpan dalam fail Unit Disiplin sekolah.

Pendedahan itu mengejutkan dan mengecewakan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan semalam di Mahkamah Khas Koroner, Kota Kinabalu, serta semua pihak yang hadir kerana dokumen itu mengandungi keterangan bertulis yang ditulis sendiri oleh pelajar-pelajar pada 17 Julai 2025, iaitu dua hari selepas kejadian.

Pasukan peguam kepada ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, dalam kenyataan memaklumkan, maklumat itu didedahkan oleh saksi ke-53, Nur Shukriah Mohd Fauzi.

"Saksi berkata, dokumen penting itu tidak pernah diberikan kepada pihak polis.

"Saksi juga berkata, dokumen itu tidak pernah dimaklumkan oleh saksi-saksi guru sebelum ini walaupun terdapat di antara mereka yang mengetahui kewujudannya," menurut kenyataan itu malam tadi.

Susulan pendedahan mengejut itu, Hakim Koroner memutuskan bahawa inkues bersambung hari ini untuk prosiding sebutan sahaja.

Kenyataan itu memaklumkan, susulan pendedahan itu juga, Hakim Koroner mengarahkan semua pihak untuk mendapatkan dan meneliti dokumen terbabit serta berbincang sama ada perlu memanggil semula saksi kanak-kanak atau pelajar lain yang terbabit dalam siasatan dalaman sekolah.

Ibu Allahyarham diwakili peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.



SEKOLAH NAAK

SOROK APA?

JENG JENG JENG

INI TULISAN

MURID 2 HARI

SATELAH ZARA

MENINGGAL

AMIN

PASTI INI

PENTING !!!

KHALAS

HUTANG NEGARA RAKYAT BAYAR


HUTANG NEGARA

DIBAYAR DENGAN

DUIT CUKAI 

RAKYAT

KHALAS

Unknown commented on
 "HUTANG MALAYSIA
 DAH JADI TRILION"

hutang rakyat malaysia bukan hutang madani hadhari atau hutang perdana menteri & kabinet kah kah kah bayar kena bayar hutang negara semua terlibat utk bayar

TANGKAP JUGA PEMBERI RASUAH


TANGKAP JUGA

PEMBERI RASUAH

AMIN

Unknown commented on

 "TANGKAP PEMBERI RASUAH - 

MEREKA PUNCA RASUAH !!!"

6 hours ago

Kes khalwat pun tuduh dua sekali walaupun hanya tidur bersama kah kah kah, ini lumrah, yang bagi hukum yang terima kena dua kali hukum, gagal pegang amanah, tetapi boleh kah ? Pemimpin politik terpaling banyak rasuah dari jumlah terpaling hebat, manakala yang kucing kurap setakat RM 100 macam minta sedekah di tepi jalan, tapi tepian jalan cukup hebat, sehari minta sedekah boleh sampai beribu-ribu juga, mereka terus dibiarkan demi agenda bangsa agama ketuanan, jadi tidak jadi apa-apa pun, sebaik sampai mahkamah terus berkopiah terus pegang tasbih terus kumut kamit dengan hoodie kepala, lama-lama disucikan dan dikembalikan dengan kenaikan pangkat sekaligus amin, setakat merungut setiap hari saja lah kah kah kah


PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 27 NOVEMBER 2025

SPRM


SPRM – SHAMSUL PAU RINGGIT MALAYSIA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Badan pendek gemuk – kepala botak – kalau dalam cinema ini pasti pelawak – hanya di Malaysia sosok GEMOK PENDEK BOTAK di beri kerja sebagai Setia Usaha Politik kepada Anwar Bin Ibrahim kah kah  kah.

TaPI  akhirnya LAWAK dalam badan Sang Gemuk muncul -  Maka kini satu Malaysia ketawa  berdekah dekah  kah kah kah.

Bayangkan dailok   : “Saya nak ke London – saya nak duit pound sterling ....”  Bukan  MINTA pada Datuk sendiri tapi MINTA  dari TOWKAY CHINA KONGSI GELAP. – kah kah kah.
Tapi terus buat  lawak lagi – di London rupa-rupanya ada BINI MUDA – kah kah kah  GEMOK PENDEK BOTAK  SUKA JUGA  BERANCUK  BERTUKAR-TUKAR kah kah  kah.

Cerita tak habis  disini. Sang Bini Muda  buat berita dalam FB... “ my husbad visited me ...’  kah kah kah  Pecah TEMBELANG Sang Ketot ada dua bini kah kah kah 

INILAH LAWAK kerajaan Anuar bin Ibrahim.

TAPI – Pembangkang  hampeh bodoh – ada BOLA TANGGUNG – patutnya ini pelung tibai Anwar bin Ibrahim  - TIDAK BERLAKU – semua senyap MENIKUS  pasai apa ? PASAL APA ? 

Pasal  SEMUA GILA NAK JADI PERDANA MENTERI – kah kah kah. Amin

Berapa banyak Shamsul Pau Ringgit  Malaysia – 679 ribu ringgit – hebat Mat Ketot ini – kah kah kah.
LAWAK disambung lagi – dengan bodoh lagi bagang Mat Ketot buat laporan polis – KUNUN  ada percubaan nak hina Anwar bin Ibrahim kah kah kah.

TAPI  sebenarnya amat bagus  ada laporan polis ini – di harap ALBERT TEI kena dakwa – maka KES ini akan lagi  merabak. 

ATAU apakah LALPORAN  POLIS INI cara Shamsul Iskandar nak duku Anwar bin Ibrahim? Wow ! Bijak !  Langkah bijak lagi halus. Amin

AMERIKA
Dua Askar Simpanan yang bertugas  tidak jauh dari Rumah Putih kena tembak. Penembak  Jantan Afghanistan. Askar dalam hospital cedera parah. Penembak di tembak dan di tahan.

HONG KONG
Flet  terbakar – 44 mati – beratus-ratus  masih belum di temui. Api masih membakar.

AMERIKA
Trump beri amaran pada Maduro Presiden Venezuela – Jalan senang.. atau jalan susah ...’ Ini ancaman perang.

PALESTIN
Askar Zionis Blackrock mula mengadakan operasi tentera di Tebing Barat.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering. Matahari muncul sinar lemah. Langit berawan putih biru. KL & KL Sentral cerah – kemarin tidak hujan – hanya rintik- rintik.

CHIP CHIP CHIP dekat pintu masuk – bunyi mesin potong rumput kuat – suara unggas tenggelam.

Ha ha – Pagi ini Puppy datang mengejar – pagi ini hanya 6 ekor Puppy adik beradik Siti yang datang makan.  Yang lain tidak kelihatan – Pendatang Baru  - Emak dan Jantan Baik  tidak kelihatan – maka Puppy makan tanpa gangguan.

Ketika  gua menulis ini  matahari dah bersinar. Tak Tak dah menjalar di balkoni. Gua harap hari ini akan seperti kemarin – panas kering sepanjang hari. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
Cinta ini macam virus  yang bersepah-sepah – lu mungkin kerana serang tanpa lu sedar.

BRO
Cinta tanpa sex  - itu bukan cinta – itu bangang tapi sex tak perlu cinta !

BRO
Lu bahagia jika lu di cintai dan lu mencintai. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA