Ahad, 4 Januari 2026

SUARA PEMIMPIN MASA DEPAN

 


SUARA PEMIMPIN

MASA DEPAN

AMIN

TRUMP AKAN SERANG IRAN

 


Empat maut dalam protes di Iran


PARIS: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di barat Iran semalam, kata dua kumpulan hak asasi.

Kumpulan itu menuduh Pengawal Revolusi menembak penunjuk perasaan.

Protes berterusan di beberapa bandar di seluruh negara sepanjang hari ketujuh gerakan yang tercetus akibat kemarahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup.

Ia merupakan protes terbesar sejak gerakan 2022-2023, yang ditumpaskan dengan tindakan keras sehingga ratusan maut dan ribuan ditahan.

Kumpulan hak asasi Hengaw dari Norway berkata, Pengawal Revolusi menembak penunjuk perasaan di daerah Malekshahi, wilayah Ilam, menyebabkan empat anggota minoriti Kurdi maut, manakala beberapa lagi cedera.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia Iran turut mengesahkan sekurang-kurangnya empat maut dan 30 cedera, sambil menyiarkan rakaman mayat berlumuran darah.

Sejak Rabu, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam pertembungan termasuk anggota pasukan keselamatan.Agensi pemantau dari AS mencatat bahawa sepanjang tujuh hari lalu, protes berlaku di 174 lokasi di 60 bandar di Iran, dengan 582 orang ditahan dan sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan maut.

Protes bermula minggu lalu selepas pedagang di bazar Tehran menghentikan operasi mereka dan merebak ke kawasan lain serta universiti.

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Iran, Mai Sato, menasihatkan bahawa tindak balas ganas seperti gerakan 2022–2023 tidak harus diulang.

MATI DITEMBAK

MASA BERDEMO

AKAN MENJEMPUT

TRUMP DATANG

AMIN

TRUMP BERKATA

JIKA PENDEMO

TERUS DIBUNUH

TENTERA AMERIKA

AKAN MASUK

CAMPUR

AMIN

INI AMAT BAIK

KERANA SATU

LAGI VIETNAM

UNTUK AMERIKA

KHALAS

MARI SAMA BERDEMO MALAM INI


MARI SAMA

BERDEMO 

MALAM INI

AMIN

Unknown commented on 
"PRESIDEN MADURO & ISTERI DI TANGKAP"

Dahulu jika sesuatu penjajahan, kita hanya baca dari buku. Rum melanggar mesir, jerman melanggar eropah. Kita dibataskan dengan sempadan geografi, masa dan bahasa. Namun hari ni, terima kasih internet kita menonton seperti wayang dari telapak tangan cerita manusia sama sahaja.

KITA WAJIB BANGUN MELAWAN


KITA WAJIB

BANGUN MELAWAN

UNTUK 

SELAMATKAN

MASA DEPAN

ANAK CUCU CICIT

KITA

AMIN


Unknown commented on
 "TOKAN JUDI SIASAT TOKAN LENDIR"

Semakin lama semakin teruk prestasi PDRM sekarang, semuanya berasal dari pucuk pimpinan sekarang yang terus merosakkan akar umbi negara kah kah kah kah semua pondan ambil alih woit kah kah kah

Unknown commented on 
"TOKAN JUDI SIASAT TOKAN LENDIR"

Polis bersama masyarakat, ini slogan menipu rakyat, sebenar polis bersama orang berkuasa terutama politik, dulu kini selamanya memang begitu, wayang kulit diteruskan dengan slogan sama seperti demi agama demi bangsa demi negara akhirnya semua demi aku aku aku, ops demi aku keluarga dan kroni kah kah kah, jangan marah-marah kalau cakap betul,

kalau perhatikan segalanya setiap agensi kerajaan semakin hilang nilai integriti, rakyat semakin tidak percaya dan hilang keyakinan, semuanya dipenuhi dengan tukang jilat, tukang cium tangan, tukang pembodek tahap luar biasa demi kesenangan sendiri, body cam tak jadi, 

siasatan bebas hancur, siasatan biasa lingkup semuanya menumpukan perhatian kepada majlis makan, sembang sembang, buat video TikTok, menunjukkan kerja hebat tetapi sebaliknya jadi, kah kah kah lembu gostan woit

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

AHAD 4 JANUARI 2026

MINYAK


VENEZUELA DI SERANG
Subuh Sabtu tentera laut, darat dan udara Amerika menyerang Caracas – ibu kota Venezuela. Beberapa wilayah yang ada penempatan tentera di  Venezuela juga telah di bom.

Trump tuduh Presiden Maduro sebagai kepala kartel DADAH.  Negara ini dituduh  menyeludup dadah bawa masuk ke Amerika.

Semenjak September yang lalu Trump telah menghantar  bala tentera laut ke hadapan pesisiran Venezuela. Lebih dari 30 kapal nelayan dan kapal biasa telah di bom. Lebih dari 100 warga telah mati. Semua dituduh penyeludup dadah. 

TIDAK ADA BUKTI – negara Venezuela  sebagai sarang darah.

NIAT TRUMP ialah MINYAK. Wajib di ketahui bahawa minyak yang tersimpan dalam perut bumi Venezuela telah di dapati lebih banyak dari minyak mentah  yang ada di Saudi Arabia.

Venezuela negara kaya minyak – Justeru Lanun Bernama Trump datang merompak. 

KRISIS besar sedang berlaku. Sesudah Venezuela  maka Trump akan mengarah ke Iran.  Kita warga dunia wajib bersedia.

MALAM INI mari bersama turun berdemo – kita berdemo untuk menunjuk setia kawan kita dengan warga Venezuela. MARI BUAT RAMAI. Amin

HOKKIEN
Pagi ini indah – berjalan ke pintu masuk  gua dengar Murai berkicau – gua rasa ada dua ekor – lawan berlawan.   Wow – indahnya pagi ini.

Ha ha – Matahari dah bersinar. Cahaya memanas pipi. KL & KL Sentral cerah – angin dan hujan  petang kemarin. Langit biru indah.

Warga Hokkien tidak kelihatan – semua senyap – gua berjalan arah Wakaf Tiga – bila gua pusing untuk berjalan pulang gua nampak Jantan Baik menunggu – lalu gua beri Friskies.

Dua Abang Potong Rumput bekerja – suara Tiong di sana sini.

Sampai di Wakaf Tiga Jantan Baik muncul kembali – kali ini dapat nasi dan rangka ayam. Yang lain TIDAK kelihatan – Kemana mereka bertandang – kejap ada kejap hilang.

Berjalan pulang di tepi pagar  atas bukit dalam hutan  suara How Wow – bila gua menyisir tepi pagar suara How Wow amat kuat macam gua hampiri dia.

Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni mandi cahaya.

Gua bercadang nak ke Amcorp Mall PJ hari ini nak cari Buku dan Komik – gua wajib kumpulkan untuk jadi bahan bacaan 2026. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD

BRO
Waktu ialah harta yang lu miliki. Ini harta kekayaan penting. Jaga dan  gunakan dengan baik.

BRO
Gembira dan bahagia datang dari dalam jiwa lu. Kalau lu cari di luar lu akan kecewa.

BRO
Sihat dan kesihatan ialah kunci bahagia – Jalan badan lu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI



MALAM INI KITA BERDEMO - DEPAN PEJABAT DUTA AMERIKA !!!


MALAM INI

JAM 7.30 

DEMO SOKONG

 RAKYAT 

VENEZUELA

TIBAI AMERIKA

KHALAS