Ahad, 4 Januari 2026

TRUMP AKAN SERANG IRAN

 


Empat maut dalam protes di Iran


PARIS: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di barat Iran semalam, kata dua kumpulan hak asasi.

Kumpulan itu menuduh Pengawal Revolusi menembak penunjuk perasaan.

Protes berterusan di beberapa bandar di seluruh negara sepanjang hari ketujuh gerakan yang tercetus akibat kemarahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup.

Ia merupakan protes terbesar sejak gerakan 2022-2023, yang ditumpaskan dengan tindakan keras sehingga ratusan maut dan ribuan ditahan.

Kumpulan hak asasi Hengaw dari Norway berkata, Pengawal Revolusi menembak penunjuk perasaan di daerah Malekshahi, wilayah Ilam, menyebabkan empat anggota minoriti Kurdi maut, manakala beberapa lagi cedera.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia Iran turut mengesahkan sekurang-kurangnya empat maut dan 30 cedera, sambil menyiarkan rakaman mayat berlumuran darah.

Sejak Rabu, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam pertembungan termasuk anggota pasukan keselamatan.Agensi pemantau dari AS mencatat bahawa sepanjang tujuh hari lalu, protes berlaku di 174 lokasi di 60 bandar di Iran, dengan 582 orang ditahan dan sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan maut.

Protes bermula minggu lalu selepas pedagang di bazar Tehran menghentikan operasi mereka dan merebak ke kawasan lain serta universiti.

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Iran, Mai Sato, menasihatkan bahawa tindak balas ganas seperti gerakan 2022–2023 tidak harus diulang.

MATI DITEMBAK

MASA BERDEMO

AKAN MENJEMPUT

TRUMP DATANG

AMIN

TRUMP BERKATA

JIKA PENDEMO

TERUS DIBUNUH

TENTERA AMERIKA

AKAN MASUK

CAMPUR

AMIN

INI AMAT BAIK

KERANA SATU

LAGI VIETNAM

UNTUK AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan: