PAGI INI
PAGI INI
AHAD 4 JANUARI 2026
MINYAK
VENEZUELA DI SERANG
Subuh Sabtu tentera laut, darat dan udara Amerika menyerang Caracas – ibu kota Venezuela. Beberapa wilayah yang ada penempatan tentera di Venezuela juga telah di bom.
Trump tuduh Presiden Maduro sebagai kepala kartel DADAH. Negara ini dituduh menyeludup dadah bawa masuk ke Amerika.
Semenjak September yang lalu Trump telah menghantar bala tentera laut ke hadapan pesisiran Venezuela. Lebih dari 30 kapal nelayan dan kapal biasa telah di bom. Lebih dari 100 warga telah mati. Semua dituduh penyeludup dadah.
TIDAK ADA BUKTI – negara Venezuela sebagai sarang darah.
NIAT TRUMP ialah MINYAK. Wajib di ketahui bahawa minyak yang tersimpan dalam perut bumi Venezuela telah di dapati lebih banyak dari minyak mentah yang ada di Saudi Arabia.
Venezuela negara kaya minyak – Justeru Lanun Bernama Trump datang merompak.
KRISIS besar sedang berlaku. Sesudah Venezuela maka Trump akan mengarah ke Iran. Kita warga dunia wajib bersedia.
MALAM INI mari bersama turun berdemo – kita berdemo untuk menunjuk setia kawan kita dengan warga Venezuela. MARI BUAT RAMAI. Amin
HOKKIEN
Pagi ini indah – berjalan ke pintu masuk gua dengar Murai berkicau – gua rasa ada dua ekor – lawan berlawan. Wow – indahnya pagi ini.
Ha ha – Matahari dah bersinar. Cahaya memanas pipi. KL & KL Sentral cerah – angin dan hujan petang kemarin. Langit biru indah.
Warga Hokkien tidak kelihatan – semua senyap – gua berjalan arah Wakaf Tiga – bila gua pusing untuk berjalan pulang gua nampak Jantan Baik menunggu – lalu gua beri Friskies.
Dua Abang Potong Rumput bekerja – suara Tiong di sana sini.
Sampai di Wakaf Tiga Jantan Baik muncul kembali – kali ini dapat nasi dan rangka ayam. Yang lain TIDAK kelihatan – Kemana mereka bertandang – kejap ada kejap hilang.
Berjalan pulang di tepi pagar atas bukit dalam hutan suara How Wow – bila gua menyisir tepi pagar suara How Wow amat kuat macam gua hampiri dia.
Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni mandi cahaya.
Gua bercadang nak ke Amcorp Mall PJ hari ini nak cari Buku dan Komik – gua wajib kumpulkan untuk jadi bahan bacaan 2026. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD
BRO
Waktu ialah harta yang lu miliki. Ini harta kekayaan penting. Jaga dan gunakan dengan baik.
BRO
Gembira dan bahagia datang dari dalam jiwa lu. Kalau lu cari di luar lu akan kecewa.
BRO
Sihat dan kesihatan ialah kunci bahagia – Jalan badan lu. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI



Tiada ulasan:
Catat Ulasan