Isnin, 12 Januari 2026

SPRM JADI SENJATA LAWAN MUSUH POLITIK




Kenyataan antirasuah Anwar menggelikan, kata peguam

Peguam Mahajoth Singh menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini tentang memerangi rasuah adalah "menggelikan dan hipokrasi yang terang-terangan".

Dia berkata ini memandangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mengambil tindakan selanjutnya (NFA) dalam kes Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

"Seseorang tidak boleh mendakwa memerangi rasuah tapi pada masa sama membuat pengecualian yang tidak dapat dijelaskan di pihak tertinggi kerajaan.

"Itu adalah hipokrasi dan penipuan terhadap rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahajoth ialah pengasas Malaysians Against Governmental and Institutional Corruption (Magic), sebuah inisiatif advokasi bebas yang ditubuhkannya lewat tahun lalu kerana kekecewaan dengan apa yang dia sebut sebagai "subahat kerajaan dalam rasuah".

Peguam lain telah menyatakan sentimen yang sama mengenai kes Zahid, seperti bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin, yang juga mendapati isu itu "menggelikan" dan "melucukan".

Pada Khamis (8 Jan), AGC berkata tiada tindakan selanjutnya akan diambil berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Zahid atas 47 pertuduhan yang melibatkan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana daripada Yayasan. Akalbudi.

Ia berkata semakan semua bahan dan bukti baru mendapati bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk meneruskan pendakwaan kes tersebut.

Pada Selasa, Zahid menegaskan semula bahawa Umno akan kekal dalam kerajaan sehingga akhir penggal parlimen semasa, mendorong Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, untuk mencadangkan bahawa "pemimpin yang mempunyai beban" merupakan punca keputusan itu diambil.

Mengulas lanjut, Mahajoth mempersoalkan kredibiliti dan kebebasan SPRM, dengan mengatakan bahawa agensi itu berdepan persoalan mengenai tindakan pilih kasih.

Tambah Mahajoth, dakwaan Anwar bahawa kerajaannya menyiasat bekas perdana menteri dan bekas menteri adalah tidak meyakinkan, kerana mereka merupakan seterus politiknya.

Dia berkata perkara sedemikian tidak boleh dianggap sebagai legasi.

"Ia adalah keputusan yang dibuat di bawah pentadbiran semasa.

"Oleh itu, Magic menyeru perdana menteri untuk menjelaskan jurang yang ketara antara retorik antirasuahnya dan tindakan yang melindungi mereka yang berkuasa," tambahnya.

Dia seterusnya membandingkan kes Zahid dengan kes anak guamnya, Albert Tei -- ahli perniagaan yang mendedahkan skandal perlombongan Sabah.

"Bagaimana rakyat Malaysia boleh mempercayai penguatkuasaan yang tegas sedangkan pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah lesen perlombongan besar-besaran di Sabah kembali berkuasa?

ADS

"Mereka tidak pernah didakwa walaupun terdapat bukti video rasuah yang ditonton oleh seluruh negara," kata Mahajoth.

Sejak November 2024, Tei telah mengeluarkan pelbagai video, tangkapan layar perbualan WhatsApp dan dokumen yang didakwa melibatkan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dia mendakwa bahawa ahli politik terlibat menerima wang daripadanya sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral, yang kemudiannya dibatalkan, mendorongnya untuk mendedahkan skandal tersebut.

Tei sejak itu telah didakwa di mahkamah dua kali atas kesalahan memberi rasuah berkaitan dengan skandal tersebut.

Dakwaan kali pertama pada Jun tahun lalu, bersama dua ahli dewan undangan negeri GRS. Dakwaan kedua adalah dengan bekas pembantu politik kanan Anwar, Shamsul Iskandar Akin, pada bulan Disember tahun lalu.

SPRM INI

DAH JADI SENJATA

UNTUK ANWAR

BIN IBRAHIM

BUNUH MUSUH

POLITIK

AMIN

KEPALA SPRM

YANG ADA KES

IKUT SAJA

UNTUK SELAMAT

AMIN

 KALAU TAK

CAYA SILA TANYA

TENGKU ADNAN

PASAI APA SPRM

NGAP DIA KES 

20 TAHUN DULU

KHALAS

BERANI MEMANTATKAN ANWAR IBRAHIM

 


CONTOH BERANI

MEMANTATKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

CONTOH WAJIB

JADI IKUTAN

KHALAS

SELAMAT DATANG SOLDADU AMERIKA



Tentera AS sedang kaji 'opsyen sangat tegas' terhadap Iran - Trump


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran, susulan laporan yang semakin meningkat mengenai tindakan berdarah terhadap protes besar-besaran antikerajaan di negara itu.

"Kelihatan seperti itu," katanya apabila ditanya wartawan di dalam pesawat Air Force One sama ada Iran telah melampaui garis merah yang sebelum ini beliau tetapkan berhubung pembunuhan penunjuk perasaan.

"Kami sedang menelitinya dengan sangat serius. Pihak tentera sedang mengkajinya, dan kami sedang meneliti beberapa opsyen yang sangat tegas. Kami akan membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai AS yang memberitahu Reuters, Trump dijangka bertemu dengan penasihat kanan esok bagi membincangkan pilihan berkaitan Iran


WOIT

MASUKLAH

KE IRAN

AMIN

BAWA ISRAEL

SEKALI

AMIN

JANGAN CAKAP

PUTAR ALAM

AMIN

RAKYAT IRAN

SEDANG MENUNGGU

KHALAS

SAPA TOWKAY KANDANG BABI


SAPA TOWKAY

KANDANG BABI

AMIN


Unknown commented on 
"PENCERAHAN WAJIB TONTON"

Kasta lagi banyak dikalangan manusia sekarang, ada kasta pemerintahan, ada kasta kaum, ada kasta agama, ada kasta keturunan kah kah kah masih berfikiran terbuka? Kah kah kah


Unknown commented on
 "BUAT MESYUARAT KERAJAAN SELANGOR DISEBELAH KANDANG BABI"

Semak tengok siapa Tan Sri, siapa Datuk siapakah pemilik, siapakah pemegangnya saham dalam kandang babi? Pastinya seorang tokoh rapat dengan kepimpinan negara, pasti hubungan luar biasa di padang golf, pasti setiap malam makan makan percuma disediakan, mungkin dibagi cuti percutian luar negara, mungkin juga nikmat lain yang tidak diketahui kah kah kah, 

setakat bising riuh rendah dekat media tidak guna, nak jumpa dia kena cara betul planta disediakan gris bagi pelinciran kerja kelulusan segera kah kah kah semuanya siap diatur begitu indah mengikut tatacara peraturan pengurusan tanpa menggunakan hubungan luar, semuanya diatur dalaman kah kah kah 

tetapi kalau kena kepala sendiri akan membuat pengumuman tidak boleh guna kabel agen ketuanan luar kah kah kah ada seekor pendek dalam keluarga pasukan keselamatan kita juga kah kah kah lembu

WAJIB BINCANG ARAH TUJU CERDAS BUATAN



KITA WAJIB

BERBINCANG

ARAH TUJU

CERDAS BUATAN

KHALAS



Unknown commented on 
"TUHAN DAN NABI BARU
 TELAH SAMPAI ?"

AI semakin menguji kesabaran manusia, semakin malas semakin rosak semakin kurang akal fikiran, semakin terkebelakang kah kah kah, semuanya nak dimudahkan, apa nak buat dengan 1.6 juta penjawat awam? Nak tambah nilai pergi ke stesen minyak? Dapatkan komisen RM 0.50 bagi sekeping?

Berapa juta masuk? Pekerja di kandang tol duduk melayan TikTok? Senang sebabnya orang kita pemalas, bukan membantu tetapi marah lagi ada, kalau pergi pejabat pos untuk perbaharui lesen memandu? Dia suruh cari dalam aplikasi?

Kah kah kah kenapa awak duduk kaunter baik balik berkhidmat dengan suami awak, sekurangnya ada air nikmat pancutan kah kah kah majoritinya kita dah tahu siapa kah kah kah makan free berak lancar kah

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SENIN 12 JANUARI 2026

CIA DAN MOSSAD


IRAN
Ketika tulisan ini di tulis warga Iran – pelajar, peniaga, pekerja -  telah BERIBU  turun berdemo.  Punca : EKONOMI yang mencekik leher warga Iran. Nilai RIYAL jatuh mendadak.

PUNCA EKONOMI JATUH : sekatan ekonomi oleh Amerika. Minyak Iran tak dapat di jual – barang ganti tak dapat di beli. 

Tidak ada lubang untuk Iran mendapat bantuan – yang menolong Iran hanya Rusia dan China. Kawan baik Venezuela dah terbarai.

KEMARAHAN RAKYAT adalah benar,. Kesusahan rakyat adalah betul. Kritikan rakyat tidak salah. Rasuah dan pentadbiran gagal adalah betul.
TAPI – semua ini telah di gunakan oleh Amerika dan Israel untuk projek JATUHKAN KERAJAAN ISLAMIK  IRAN.

HARI  ini  MOSSAD amat aktif menjalankan operasi – memberi dana dan menyusun demo melawan kerajaan. 

PROJEK AMERIKA DAN ISRAEL ialah menukar kerajaan – Amerika dan Israel nak NAIKAN KEMBALI REZA SHAH – anak raja nak dijadikan berkuasa kembali di Iran. 

KITA SOKONG demo rakyat Iran.  Iran boleh pilih kerajaan apa saja.  Itu hak mereka.  Boleh ubah kerajaan TAPI BUKAN MELALUI AMERIKA DAN ZIONIS ISREAL.

Amerika dan Zionis Israel merancang demo agar  kerajaan Islamik Republik runtuh terbarai. Bila  kerajaan Iran runtuh MAKA – Israel menjadi kuasa yang tidak ada siapa yang berani melawan.

IRAN PENYOKONG PALESTIN – beri dana beri senjata – pada Hizbullah – pada Hamas   pada Houthi untuk melawan Israel. Jika Iran runtuh ertinya Isreal selamat dan agenda Palestin Merdeka terkubur.

APAKAH KERAJAAN IRAN AKAN RUNTUH?

Trump janji akan  hantar bantuan jika ramai demonstran mati  berdemo. 

Ayatollah berjanji jika Iran di serang makan Iran akan serang pula semua kem tentera Amerika dan pusat kepentingan ekonomi Amerika.

Ini menarik kerana ini Amerika akan terbarai seperti di Vietnam, di Iraq dan di Afghanistan.  Dunia akan gumbira bila soldadu Amerika masuk ke Iran sama seperti masuk ke Iraq dan Afghanistan.

Bila masuk  ke Iran – gerila akan  pungut satu per satu. Sepanjang 50 tahun ini Amerika TIDAK PERNAH MENANG  PERANG – kalah di Vietnam, kalah di Iraq, kalah di  Afghanistan  - kalau masuk ke Iran PASTI terbarai kalah.

SELAMAT DATANG AAMERIKA – SELAMAT DATANG ISRAEL -  IRAN SEDANG MENUNGGU. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Kemarin hujan. KL & KL Sentral berkabus nipis. Matahari dah keluar. Cahaya memanas pipi. Langit biru berawan putih.

How Wow tidak bersuara bila gua masuk. Tekukur juga senyap. Pagi ini mungkin kerana basah membawa  senyap. Tapi saekor Keng Keng  terbang melintas sambil menjerit.

Dari jauh gua nampak Siti dan Geng  menunggu di jalan raya. Kali ini mereka berkumpul dekat Wakaf Pertama. Bila gua sampai masih ada yang takut-takut  awalnya – Tapi bila nasi di tabur semua datang makan.

Gua yakin hari ini akan panas. Ketika gua menulis gua dengar suara How Wow di belakang dapur. Cahaya matahari melimpah di balkoni. Satu petanda baik. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Apa yang berlaku di luar - kita tak ada kawalan. Tapi kita boleh menyusun dan mengatur tindakan kita.

BRO
Lu jadi orang bijak. Lu hiburkan hati lu sendiri. Tapi perlu tunggu orang lain.

BRO
Tanda  kebahagiaan bukan apa Mamat itu capai. Tapi apa Mamat itu pertahankan. Amin

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA