Selasa, 17 Februari 2026

DIBOGELKAN DALAM LOKAP - PERKARA BIASA


DIBOGELKAN

DALAM LOKAP

PERKARA BIASA

AMIN

PRABOWO JADI BARUA ZIONIS


PRABOWO JADI

BARUA ZIONIS

AMIN

SOLDADU INDON

AKAN DIGUNA 

BUNUH PALESTIN

KHALAS



Indonesia sedia 1,000 tentera untuk dikerah ke Gaza awal April


JAKARTA: Indonesia sedang menyediakan 1,000 tentera bagi kemungkinan dikerahkan ke Gaza menjelang awal April ini, sebagai sebahagian cadangan pasukan pengaman multinasional.

Jurucakap tentera, Donny Pramono, semalam, berkata keputusan akhir atur gerak itu akan dibuat oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, selain memaklumkan seramai 8,000 askar akan bersedia untuk ditugaskan menjelang Jun ini.

"Jadual pelepasan tertakluk sepenuhnya kepada keputusan politik negara dan mekanisme antarabangsa berkaitan," katanya kepada Reuters.

Kenyataan itu dibuat ketika Prabowo bersedia untuk berlepas ke Washington bagi menghadiri mesyuarat rasmi pertama Lembaga Pengaman, dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, minggu ini.

Penubuhan lembaga terbabit disokong resolusi Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sebagai sebahagian pelan pentadbiran Trump untuk menamatkan perang di Gaza.

Sabtu lalu, Kementerian Luar Indonesia dilapor berkata, Jakarta tidak mengiktiraf atau mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Malah, tegasnya, tidak wajar mentafsirkan penyertaan tentera dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa di Gaza yang diberi mandat oleh PBB sebagai menjalinkan hubungan politik dengan mana-mana pihak.

Katanya, kerahan tentera itu hanya boleh dibuat dengan persetujuan Pihak Berkuasa Palestin (PA), selain tentera Indonesia tidak mempunyai mandat bagi menyahtentera mana-mana pihak.

"Kami secara konsisten menolak semua cubaan untuk mengubah demografi, pemindahan secara paksa atau penempatan semula rakyat Palestin dalam apa-apa juga bentuk," katanya. - REUTERS


HANYA SATU JAWAPAN


HANYA SATU

JAWAPAN

AMIN


Unknown commented on
 "AZAM BIN BAKI 
JANGAN LETAK JAWATAN."

Kadangkala baik kita berdiam diri, itu terbaik kerana apabila ketua polis cakap jangan rasuah, dia sendiri pun tidak bikin serupa cakap, apabila ketua SPRM cakap banteras rasuah, dia sendiri pun rasuah juga, inilah masalah negara ini, apabila orang politik cakap wayang tetapi mereka sendiri yang mencuri merompak merasuah mencari dana pelbagai sentiasa, 

apabila payung pula bersuara nak kentut berak sekali, mereka ini tidak pernah cermin diri sendiri? Harta mereka berpuluh billion berpuluh juta tetapi tidak pernah menghulurkan bantuan sumbangan apabila rakyat mengalami kesusahan pun, setiap hari mencari jalan menyusahkan rakyat dengan pelbagai karenah menggunakan undang-undang kah kah kah, 

sempadan dibolosi dengan kawalan orang-orang kita juga, kemudian salahkan seluruh dunia kah kah kah, yang terpaling hebat pihak berkuasa tempatan, terpaling hebat lakonan siang malam mencari rezeki halal, kah kah kah jadi baik duduk diam-diam kerana apabila bercakap banyak kelemahan sendiri yang keluar ada faham tak kah kah kah

BIAWAK DAH BERSUARA


TUKAR TIUB

DI JALAN BETUL

BIAWAK DAH 

BERSUARA

AMIN

Unknown commented on 
"SUSUN ATUR DEMO SEKALI LAGI"

kau tak nak aturkan ke? bila polis datang kau yang pertama lari? porah!


Unknown commented on
 "BERITA BAIK !!!"

kau tak pernah mata merah ke? hati kau tak busuk ke? suci bersih? kah kah kah!

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

17 FEBUARI 2025

GONG HE FAT CHAI


TAHUN BARU CHINA
Kuala Lumpur sedikit lengang – semua balik kampung sambut Hari Raya. Gua baca seminggu ini di Tanah Besar China berjuta umat bergerak BALIK KAMPUNG.

Budaya Balik Kampung ada berada di banyak negara – kota-kota besar di himpuni oleh pekerja dari KAMPUNG luar bandar – bila Hari Raya semua bergerak ke kampung.

Tapi pengalaman gua di EROPAH tak ada budaya  balik kampung pada  Hari Krismas -   house mate gua dari  Plymouth bila KRISMAS  sampai dia tak balik kampung -  sebenar ada  juga yang balik kampung tapi sistem kekeluargaan di Eropah tak macam kita  disini.

Tiap tahun Gua Balik Kampung bila Raya -  ini tradisi – walau pun kini Rumah Pesaka – dah kosong – gua tak tahu di mana nak berHarimau Raya tahun ini. Kah kah kah. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Kemarin hujan lebat dan lama. Lopak-lopak air di jalan. Rumput basah. Matahari tak kelihatan. Langit  kelam ada awan hitam. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. Bangunan 118 setengah hilang di tutupi awan.

Belum masuk ke Hokkien lagi gua dah dengar suara How Wow – tak henti henti.  Gua terserempak dengan satu kumpulan – tak ramai- Pipit Uban – rumput dah mula panjang.

Hairan –  selalunya Hari Raya China panas – wow – ini tanda perubahan iklim.

Awalnya gua lihat  jalan besar kosong – tak nampak sesiapa – Bila gua sampai ke  Wakaf Pertama baru semua muncul. Siti dan keluarga semua melepak di Wakaf Pertama. Puppy Itam juga ada datang makan pagi ini.

Masa gua  menabur Friskies – ha ha.... Tiong muncul – kali ini hanya saekor – entah  jantan entah betina. Semua enjoi makan. 

Gua rasa hari ini akan panas walau pun ketika gua menulis ini matahari tak ada – hutan depan rumah masih berkabus – Agak sunyi tak sibuk dengan suara burung – Mungkin takut dengar bunyi mercun. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT  HARI RAYA CHINA
DENGAN SENYUMAN

BRO
Lu jangan kecewakan hati Si Dia -  kerana ini sama seperti lu hentikan mimpi yang indah.

BRO
Alangkah indahnya hidup ini kalau semuanya macam yang kita mimpikan.

BRO
Bila lu mimpi ngeri ertinya masa nak tidur lu tak basuh kaki. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU



GONG HEE


FAT CHOI

SELAMAT


MENYAMBUT


TAHUN BARU