Jumaat, 28 Julai 2023

PARTI INDIA TAK SOKONG PAKATAN


Sejarah buruk punca segelintir pemimpin, ahli MIC mahu boikot Pakatan


BEBERAPA pemimpin dan ahli akar umbi MIC merancang untuk menolak idea menyokong calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri akan datang.

Enggan identiti dikenali, mereka memberitahu The Malaysian Insight mereka tidak sanggup menyokong calon yang bertanding di bawah PH, walaupun PH-Barisan Nasional adalah sekutu baharu di peringkat persekutuan.

MIC, adalah parti komponen BN, sebuah gabungan yang menyokong kerajaan perpaduan, yang diterajui oleh PH.

“Ahli akar umbi tidak gembira bekerjasama dengan ahli PH dan mengundi calon mereka.

“Ada sejarah buruk sukar diubah dan kekal selama-lamanya,” kata seorang ahli akar umbi, mencadangkan kumpulannya akan memboikot calon PH di kawasan mereka.

Seorang lagi pemimpin dari Selangor berkata terdapat parti dan segelintir ahli PH tidak menghormati parti berasaskan India itu walaupun mereka semua adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“Kita boleh lihat selepas pembentukan kerajaan perpaduan, mereka dalam PH tidak menghormati MIC, malah MCA.

“Kami tidak dipanggil untuk perbincangan yang sewajarnya walaupun rundingan kerusi pilihan raya negeri.

“Jadi, apabila semua ini sudah berlaku, mengapa kita perlu menyokong mereka (PH) hanya untuk pilihan raya? Lebih baik tidak,” kata pemimpin itu.

Pembentukan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 telah mengubah landskap politik negara apabila musuh lama PH dan BN bersetuju untuk membaiki perbezaan mereka dan bekerjasama.

Untuk pilihan raya negeri yang akan datang, formula yang digunakan oleh PH-BN adalah untuk parti komponen mereka mempertahankan kerusi penyandang mereka, menyebabkan parti seperti MIC dan MCA terumbang ambing.

MIC dan MCA kemudiannya memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri. – 28 Julai, 2023.

MACAM MACAM

HAL TERJADI

AMIN

ADA BOIKOT UNDI

ADA KELUAR PARTI

AMIN

MIC & MCA

TAK PUAS HATI 

TERUS TAK TANDING

AMIN

MCA TAKAN UNDI

CALON DAP

AMIN

INI BERAT 

KERANA BERI 

LALUAN 

PADA TLIBAN

AMIN

KHALAS

LAWAN MAHARAJA ATAU LAWAN TOK KONG



LAWAN MAHARAJA

ATAU LAWAN

TOK KONG

KAH KAH KAH

AMIN

MAHARAJA POLITIK


MAHARAJA 

POLITIK

AMIN




Unknown commented on 
"SATU LAGI KES MAHARAJA POTONG KEPALA"

Kah kah kah anak tan seri lah tu depa dok taji, kah kah kah tak dapat kerusi marah, kalau bagi kerusi sujud cium tangan Maharajah, begitu hebat kuasa politikus sekarang siap sembah keji.biasa lah orang politik nanti pi lah join mana mana kah kah kah

BEREBUT NAK JADI YB


BEREBUT

NAK JADI YB

AMIN

Unknown commented on
 "POLITIK KECEWA"

TT, dulu seorang ULAMAK diPerak pernah berkata "Orang orang dulu jika hendak dicalunkan jadi wakil rakyat semua menolak kerana takut tidak dapat meenjalankan amanah yang dipertanggung jawabkan TAPI orang orang sekarang berebut rebut nak jadi calun, mereka berebut seperti MONYET berebutkan pisang kerana jika terpilih jadi calun ada habuan yang meraka akan dapat"

DUNIA MENGGELEGAK



DUNIA KITA

MENGGELEGAK

JUMAAT 28 JULAI 2023
KEMPEN  PRN BERTERUSAN
PMX  UMUM SEDEKAH
PADA  RAKYAT

ORANG PENCEN
PEGAWAI KERAJAAN
MEREKA YANG GAJI SEBULAN
DI BAWAH 8 RIBU RINGGIT
AKAN DAPAT 100RM
SAYANGNYA HANYA 
UNTUK SATU KALI

SANUSI SANUSI
MASIH MENGHEBOHKAN DIRI
BILA SANUSI DI SERANG
DIA BANGUN MELAWAN
DARI TIDAK DI KETAHUI RAMAI
KINI SANUSI  
JADI POLITIKUS POP
KAH KAH KAH

NEW YORK 
SETIAUSAHA AGONG PBB
ANTONIO GUTERRES
UMUMKAN KINI DUNIA KITA INI
BUKAN LAGI  DI TAHAP 
PEMANASAN GLOBAL
TAPI MASUK KE TAHAP
 MENGGELEGAK GLOBAL

HUTAN TERBAKAR
DI GREECE
DI ALJERIA
DI SPAIN
DI CANADA
DI AMERIKA


TAHUN 2023 INI
ADALAH TAHUN TERPANAS
DALAM SEJARAH DUNIA KITA

AMERIKA
TRUMP AKAN MENERIMA
TIGA LAGI DAKWAAN BARU
INI UNTUK MEMASTIKAN
TRUMP AKAN GAGAL
UNTUK JADI CALON  PRESIDEN 2024

SWEDEN
KES BAKAR QURAN MENJADI JADI
ADA LAGI NAK BUAT
KERJA JAHAT INI

CHINA MERAH
MULA MERANCANG
NAK BUKA PENGKALAN
TENTERA LAUT DI ASIA & AFRIKA

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
LANGIT TIDAK BIRU
AWAN PUTIH DAN KELABU
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI BELUM MUNCUL

DI PINTU MASUK
JANTAN BERKOKOK KUAT
DALAM HOKKIEN
MESIN PEMOTONG RUMPUT
AGAK KUAT
PADAM SEMUA SUARA UNGGAS

KUMPULAN PIPIT
MASIH BERTERBANGAN
MENCARI BIJIRIN
SEBELUM SEMUA RUMPUT
DI POTONG

DI PINTU MASUK ARAH PULANG
GUA TERDENGAR
BUNYI KELICAP
GUA KENAL BURUNG INI
KECIL TAPI SUARA MENARIK

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
TAPI TIDAK MENGGELEGAK
AMIN

KEMAH BUKAN SEBARANG KEMAH
KEMAH  BESI MILIK LANUN
CERAMAH BUKAN SEBARANG  CERAMAH
CERAMAH SANUSI PENUH  MAKI HAMUN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT MENYAMBUT
PANAS

Khamis, 27 Julai 2023

PENCURI YANG BIJAK


Tiada makluman derma akan masuk akaun Najib, kata Zeti

BEKAS gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bekas pengarah urusan Kumpulan AmBank Group tidak pernah menyebut tentang sebarang derma yang akan disalurkan ke akaun Najib Razak di bank itu.

Zeti, 76, berkata Cheah Tek Kuang mengunjunginya di BNM pada 28 Januari 2011 dan memaklumkan bahawa Najib, yang ketika itu perdana menteri, membuka akaun dengan AmIslamic Bank Berhad dan memaklumkan akaunnya akan dirujuk dalam kod untuk ROMS (Sistem Pemantauan Operasi Ringgit).

Semasa membaca pernyataan saksinya, Zeti, saksi pendakwaan ke-46 itu berkata walaupun akaun itu dikodkan sebagai “AmPrivate Banking – MR” untuk ROMS, pembukaan akaun itu mematuhi peraturan yang ditetapkan, iaitu semua akaun peribadi yang dibuka oleh pemegang akaun mestilah di bawah nama pemegang akaun seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan dan bukan dengan nama lain.

“Tiada apa-apa lagi yang dibincangkan dan pertemuan itu singkat. Sepanjang pertemuan itu, Cheah tidak pernah menyebut sebarang derma yang akan disalurkan ke dalam akaun ini.

“Enam minggu kemudian, Cheah mengeluarkan surat bertarikh 22 Mac 2011 kepada timbalan gabenor (ketika itu) Nor Shamsiah Mohd Yunus dan surat hasrat dilampirkan untuk derma yang dijanjikan daripada Saud Abdulaziz Majid AL Saud yang bertarikh 1 Februari 2011 kepada Najib,” kata beliau.

Zeti berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Menurut bekas gabenor BNM itu, selepas menerima surat daripada Cheah pada 22 Mac 2011, tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada AmBank dan tiada maklumat mengenai dana yang telah dihantar ke akaun itu atau dana tersebut tidak teratur atau mencurigakan.

“Seterusnya, dalam surat kepada BNM bertarikh 20 Jun 2013, Najib telah memohon kelulusan FEA (Pentadbiran Pertukaran Asing) untuk meminda jumlah sehingga RM2.26 bilion dalam akaun semasa MYRnya kepada USD bagi tujuan pemulangan/pengiriman keseluruhan jumlah.

“Dalam suratnya, beliau mengisytiharkan dana itu sebagai derma dan hadiah peribadi yang belum digunakan yang diterimanya. Berdasarkan surat ini, bagi dana yang dimiliki oleh pemegang akaun seperti yang telah diisytiharkan dalam surat itu, tiada kelulusan diperlukan di bawah peraturan FEA,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 27 Julai 2023.


NAJIB BIJAK

DUIT CURI

JADI DUIT DERMA

KAH KAH KAH

INILAH CONTOH

PEMIMPIN MELAYU

ISLAM YG BIJAK

KAH KAH KAH

BOLEH PAKAI

NAMA  TOK ARAB

KAH KAH KAH

KHALAS