Selasa, 9 Disember 2025

KENAPA AZAMN BAKI TIDAK DI DAKWA?


ORANG RAMAI

NAK TAHU KENAPA

AZAM BAKI TIDAK

DI DAKWA?

KHALAS

AKHIRKNYA GEMPA BUMI SAMPAI


Gempa bumi bermagnitud 7.6 landa utara, timur laut Jepun, amaran tsunami dikeluarkan


TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda kawasan utara dan timur laut Jepun, hari ini, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat gempa terletak di luar pesisir Wilayah Aomori pada latitud 41.0 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur.

JMA telah mengeluarkan nasihat tsunami untuk pantai timur wilayah berkenaan serta kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik.

– BERNAMA-XINHUA


RAMALAN TEPAT

GEMPA BUMI

BESAR SAMPAI

AMIN

TSUNAMI AKAN

SAMPAI PULA

KHALAS

APA BEKAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KATA TENTANG ANWAR BIN IBRAHIM


BUKAN KERANA

JUAL NENEK

MOYANG KE ZAMBIA

AMIN

BEKAS PANGLIMA

NEGARA KITA KATA

ANWAR

BIN IBRAHIM

JANGAN GADAI 

NEGARA

KHALAS

Unknown commented on
 "SELAMATKAN MALAYSIA"

dia jadi pengkhianat sebab dah lelong nenek moyang kau ke zambia ke? tanya je. kah kah kah!

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗝𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗕𝗢𝗥𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
Bagi pihak Veteran Angkatan Tentera Malaysia, saya amat risau dengan cara Kerajaan hari ini mengurus hubungan dengan Amerika Syarikat terutamanya berkaitan perjanjian perdagangan terbaru yang ditandatangani semasa lawatan Presiden Trump.

Sebagai sebuah negara ASEAN, kita sekian lama menegaskan bahawa kawasan ini adalah “Zon Aman dan Berkecuali (ZOFPAN)”. 

Sebagai negara anggota ASEAN, kita juga menegaskan prinsip “tidak campur tangan” dalam urusan dalaman negara anggota lain di rantau ini. 

Bagi mendokong prinsip ini, kita mesti kekal berkecuali dalam semua bentuk dan keadaan, serta tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar atau kuasa serantau.

Berhubung perjanjian perdagangan yang ditandatangani, keadaan memperlihatkan bahawa kita telah menyerahkan kedaulatan dan integriti negara kepada kuasa asing. Ini tidak mencerminkan imej sebuah negara bangsa yang Merdeka. 

Apakah kini kita sedang diperhambakan, dijajah semula, atau diperas ugut untuk menerima perjanjian yang berat sebelah ini?

Apakah alasan kita tunduk kepada ancaman sekatan dan kenaikan “tarif” jika kita tidak bersetuju dengan peraturan perdagangan yang tidak munasabah ini?

Negara ini telah memperjuangkan kemerdekaannya melalui darah dan air mata, memerangi Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menghapuskan ancaman tersebut, serta membina dan membangunkan negara sehingga berada pada tahap hari ini — dengan wujudnya Menara Berkembar, Menara Merdeka dan menara ikonik 118. Semua ini menjadi kebanggaan kita — dan mustahil dapat dicapai sekiranya Angkatan Tentera Malaysia gagal dalam misinya.

Jawapannya ialah “TIDAK”. Maka janganlah kita menggadaikan negara hingga menjadi pengemis semula.

Jeneral (Bersara) Tan Sri Borhan Ahmad
Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia
5 Disember 2025

MADANI KERAJAAN KONGSI GELAP


MADANI BUKAN

KERAJAAN CUKONG

TAPI KERAJAAN

KONGSI GELAP

KHALAS

Unknown commented on 
"ANWAR IBRAHIM DAPAT
 LACHOW DAP SELAMA 6 BULAN"

Kerana DAP sebagai parti pemerintah tak camna mentadbir negara dan tak berani / bijak nak berdepan pemimpin. DNA parti DAP selalunya parti pembangkang, Bulan parti pemerintah.

Unknown commented on 
"JANGAN DENGAR 
SUARA CUKONG MCA"

mca tu bulu atas jubur ke? tak ada siapa pun peduli bulu atas jubur. kah kah kah!

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 9 DISEMBER 2025

IJAZAH


PHD – JADI DOKTOR
Kita selalu terbaca  nama-nama Menteri yang ada Doktor di hadapan nama mereka – kah kah kah. Ertinya mereka telah menyiapkan Phd – jeng jeng jeng. Ertinya dah ada ijazah awalan dan ada ijazah  Pertengahan dan kini dah LULUS ijazah  akhir : PHD. Lalu di panggil Doktor kah kah kah.

Gua selalu nak tahu Zambry menteri pendidikan yang klim ada Phd – apa ilmu tesisnya?

Gua nak tanya Ibrahim Ali ada Phd itu apa  ilmu tesisnya?

Gua nak tanya Zahid yang ada nama doktor tu  apa tesis yang ditulisnya  jeng jeng jeng

Dari UNIVERSITI mana ? UPM kah? Kah kah kah. Gua juga nak tahu kenapa mereka tidak terbit dapatan ilmu mereka untuk di ketahui umum – senyap-senyap ada ilmu buat apa?  kah kah kah.

GUA dulu ada baca saekor Mamat ini jadi Cik Gu Filem di UM – kah kah kah – pernah datang jumpa gua di Bangsar – kah kah kah.

‘ Isham kita sesama belajar di Eropah... kau di London aku di Poland...’ Wow hebat Sekolah Filem di Poland tersohor satu dunia – Roman Polanski dari sana – kah kah kah. 

Kemudian gua dengar dia klim jadi JURY CANNES FILM FESTIVAL – wow hebat!!! 

Kemudian gua dengar dia  KANTOI – kah ah kah -  torak kah kah kah. Semua TIPU – macam mana UM boleh kena tipu kah kah kah.

Gua  kesian para pelajar kena KELENTONG oleh Mamat macam ini. Apa cerita  di UITM ? di UM ada lagi cik gu phd ke ? kah kah kah – ada berapa DOKTOR mengajar filem di sana ? kah kah kah

Pensyarah yang menyamar ada Phd itu apakah dia selesa TIDUR. Bila-bila masa boleh  di ketahui UMUM maka akan terbarai – kah kah kah.

POLITIKUS ada PHD nak kelentong Mak Cik dan Pak Cik Felda – kah kah kah – kunun mereka bijak – Speaking   ada PHD kah kah kah

Boleh  cakap Mat Salleh  tapi bukan macam  Mamat Taison di tangkap di lapangan terbang Melbourne   Australia  : bawa duit CASH dalam beg plastik.

Bila Kastam tanya Mat Taison bekas MB Selangor dari Parti United Malays National Organisation jawab : Mi  spik no ingliis ... kah kah kah...  Nasib baik Mat Taison tak ada Phd -  kalau tidak semua kantoi – Amin

NOTA :  Jean-Paul Sartre  ahli  falsafah  yang mempengaruhi  dunia tak pernah di Panggil Doktor Jean-Paul kah kah kah. Malah Mamat ini satu-satu sosok yang menolak  Hadiah Nobel Untuk Sasterawan 1964  dari  Sweden. 

NOTA:
Mamat berjanggut yang juga mempengaruhi  hampir  seluruh dunia tidak penah di panggil Doktor Karl Marx. Tapi ajaran Mamat ini terus mempengaruhi dunia. Amin 

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – kemarin tak hujan. Matahari dah bersinar. Cahaya enak membakar pipi. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Langit berawan biru putih.

Suara How Wow jauh di dengar. Suara Tekukur di atas bukit kiri dan kanan. 

Siti dan keluarga pagi ini datang makan. Pagi ini ramai. Kali ini Pendatang Kwantung tidak ada – maka semua makan dengan senyap. 

Gua melintas depan Pokok Ara – ha ha – semua senyap. Parlimen dah habis bersidang.  Sebuah Heli melintas –   menderam kuat di udara. 

Pagi ini Siti tak ikut berjalan – jadi Ezi dan Tak Tak tanpa  berteman. Berjalan pulang Siti menunggu untuk mendapat  Friskies – bijak Siti ini. Gua lihat dia  makin membesar tapi masih kurus MUNGKIN ada cacing -  perlu rawatan.

Hari ini akan panas – jangan terik sangat – nanti air naik ke langit dan turun jadi hujan. Balkoni gua bercahaya tanpa Tak Tak. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA

BRO
Rumah yang indah bukan keran ada Permaidani dari Iran tapi ada   bersepah buku-buku  disana sini.

BRO
Buku adalah hadiah yang lu   boleh buka berkali-kali.

BRO
Buku tebal yang indah baik bila lu baca  lu akan rasa ianya terlalu pendek. 

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Isnin, 8 Disember 2025

BERBANGGALAH LAHIR DI MALAYSIA


BERBANGGALAH

 LAHIR DI MALAYSIA

AMIN