PAGI INI
PAGI INI
SELASA 9 DISEMBER 2025
IJAZAH
PHD – JADI DOKTOR
Kita selalu terbaca nama-nama Menteri yang ada Doktor di hadapan nama mereka – kah kah kah. Ertinya mereka telah menyiapkan Phd – jeng jeng jeng. Ertinya dah ada ijazah awalan dan ada ijazah Pertengahan dan kini dah LULUS ijazah akhir : PHD. Lalu di panggil Doktor kah kah kah.
Gua selalu nak tahu Zambry menteri pendidikan yang klim ada Phd – apa ilmu tesisnya?
Gua nak tanya Ibrahim Ali ada Phd itu apa ilmu tesisnya?
Gua nak tanya Zahid yang ada nama doktor tu apa tesis yang ditulisnya jeng jeng jeng
Dari UNIVERSITI mana ? UPM kah? Kah kah kah. Gua juga nak tahu kenapa mereka tidak terbit dapatan ilmu mereka untuk di ketahui umum – senyap-senyap ada ilmu buat apa? kah kah kah.
GUA dulu ada baca saekor Mamat ini jadi Cik Gu Filem di UM – kah kah kah – pernah datang jumpa gua di Bangsar – kah kah kah.
‘ Isham kita sesama belajar di Eropah... kau di London aku di Poland...’ Wow hebat Sekolah Filem di Poland tersohor satu dunia – Roman Polanski dari sana – kah kah kah.
Kemudian gua dengar dia klim jadi JURY CANNES FILM FESTIVAL – wow hebat!!!
Kemudian gua dengar dia KANTOI – kah ah kah - torak kah kah kah. Semua TIPU – macam mana UM boleh kena tipu kah kah kah.
Gua kesian para pelajar kena KELENTONG oleh Mamat macam ini. Apa cerita di UITM ? di UM ada lagi cik gu phd ke ? kah kah kah – ada berapa DOKTOR mengajar filem di sana ? kah kah kah
Pensyarah yang menyamar ada Phd itu apakah dia selesa TIDUR. Bila-bila masa boleh di ketahui UMUM maka akan terbarai – kah kah kah.
POLITIKUS ada PHD nak kelentong Mak Cik dan Pak Cik Felda – kah kah kah – kunun mereka bijak – Speaking ada PHD kah kah kah
Boleh cakap Mat Salleh tapi bukan macam Mamat Taison di tangkap di lapangan terbang Melbourne Australia : bawa duit CASH dalam beg plastik.
Bila Kastam tanya Mat Taison bekas MB Selangor dari Parti United Malays National Organisation jawab : Mi spik no ingliis ... kah kah kah... Nasib baik Mat Taison tak ada Phd - kalau tidak semua kantoi – Amin
NOTA : Jean-Paul Sartre ahli falsafah yang mempengaruhi dunia tak pernah di Panggil Doktor Jean-Paul kah kah kah. Malah Mamat ini satu-satu sosok yang menolak Hadiah Nobel Untuk Sasterawan 1964 dari Sweden.
NOTA:
Mamat berjanggut yang juga mempengaruhi hampir seluruh dunia tidak penah di panggil Doktor Karl Marx. Tapi ajaran Mamat ini terus mempengaruhi dunia. Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – kemarin tak hujan. Matahari dah bersinar. Cahaya enak membakar pipi. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Langit berawan biru putih.
Suara How Wow jauh di dengar. Suara Tekukur di atas bukit kiri dan kanan.
Siti dan keluarga pagi ini datang makan. Pagi ini ramai. Kali ini Pendatang Kwantung tidak ada – maka semua makan dengan senyap.
Gua melintas depan Pokok Ara – ha ha – semua senyap. Parlimen dah habis bersidang. Sebuah Heli melintas – menderam kuat di udara.
Pagi ini Siti tak ikut berjalan – jadi Ezi dan Tak Tak tanpa berteman. Berjalan pulang Siti menunggu untuk mendapat Friskies – bijak Siti ini. Gua lihat dia makin membesar tapi masih kurus MUNGKIN ada cacing - perlu rawatan.
Hari ini akan panas – jangan terik sangat – nanti air naik ke langit dan turun jadi hujan. Balkoni gua bercahaya tanpa Tak Tak. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA
BRO
Rumah yang indah bukan keran ada Permaidani dari Iran tapi ada bersepah buku-buku disana sini.
BRO
Buku adalah hadiah yang lu boleh buka berkali-kali.
BRO
Buku tebal yang indah baik bila lu baca lu akan rasa ianya terlalu pendek.
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan