BUKAN KERANA
JUAL NENEK
MOYANG KE ZAMBIA
AMIN
BEKAS PANGLIMA
NEGARA KITA KATA
ANWAR
BIN IBRAHIM
JANGAN GADAI
NEGARA
KHALAS
Unknown commented on
"SELAMATKAN MALAYSIA"
dia jadi pengkhianat sebab dah lelong nenek moyang kau ke zambia ke? tanya je. kah kah kah!
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗝𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗕𝗢𝗥𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
Bagi pihak Veteran Angkatan Tentera Malaysia, saya amat risau dengan cara Kerajaan hari ini mengurus hubungan dengan Amerika Syarikat terutamanya berkaitan perjanjian perdagangan terbaru yang ditandatangani semasa lawatan Presiden Trump.
Sebagai sebuah negara ASEAN, kita sekian lama menegaskan bahawa kawasan ini adalah “Zon Aman dan Berkecuali (ZOFPAN)”.
Sebagai negara anggota ASEAN, kita juga menegaskan prinsip “tidak campur tangan” dalam urusan dalaman negara anggota lain di rantau ini.
Bagi mendokong prinsip ini, kita mesti kekal berkecuali dalam semua bentuk dan keadaan, serta tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar atau kuasa serantau.
Berhubung perjanjian perdagangan yang ditandatangani, keadaan memperlihatkan bahawa kita telah menyerahkan kedaulatan dan integriti negara kepada kuasa asing. Ini tidak mencerminkan imej sebuah negara bangsa yang Merdeka.
Apakah kini kita sedang diperhambakan, dijajah semula, atau diperas ugut untuk menerima perjanjian yang berat sebelah ini?
Apakah alasan kita tunduk kepada ancaman sekatan dan kenaikan “tarif” jika kita tidak bersetuju dengan peraturan perdagangan yang tidak munasabah ini?
Negara ini telah memperjuangkan kemerdekaannya melalui darah dan air mata, memerangi Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menghapuskan ancaman tersebut, serta membina dan membangunkan negara sehingga berada pada tahap hari ini — dengan wujudnya Menara Berkembar, Menara Merdeka dan menara ikonik 118. Semua ini menjadi kebanggaan kita — dan mustahil dapat dicapai sekiranya Angkatan Tentera Malaysia gagal dalam misinya.
Jawapannya ialah “TIDAK”. Maka janganlah kita menggadaikan negara hingga menjadi pengemis semula.
Jeneral (Bersara) Tan Sri Borhan Ahmad
Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia
5 Disember 2025



Tiada ulasan:
Catat Ulasan