Ahad, 23 Disember 2012

INI CONTOH ZIONIS TEMPATAN


SUARA DARI PENJARA

Kenyataan Media
22 Disember 2012

Solidariti Buat Umar: Aktivis Dihalang Guna Masjid Satu Perbuatan Biadap

Satu perbuatan biadap yang tidak boleh dimaafkan - itu ungkapan yang paling sesuai kepada pentadbiran Penjara Kajang khususnya dan Kementerian Dalam Negeri kerana tidak membenarkan aktivis yang membanjiri perkarangan penjara menunaikan solat di Masjid penjara tersebut.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk keras tindakan biadap apabila pihak penjara tidak boleh berkompromi dalam soal menunaikan panggilan solat. Namun ia tidak menghalang aktivis daripada menunaikan solat di atas rumput di luar pagar penjara.

Sejak dari malam tadi, ratusan aktivis termasuk dari SAMM, SMM dan PSM menemani Umar Mohamad dari luar Penjara Kajang sebagai tanda solidariti. Umar Mohamad yang dipenjara hanya kerana tekadnya mendesak pendidikan percuma, telah disumbatkan ke dalam penjara dengan kesilapan yang disengajakan oleh mahkamah ketika sesi rayuan dibatalkan apabila pegawai pendakwaraya 'hilang' dari mahkamah sebelum jam 4 petang semalam.

Wakil SAMM telah dihalang seorang petugas bernama Roslan untuk masuk menuju ke masjid yang terletak hanya 50 meter dari pondok kawalan. Masjid tersebut juga difahamkan turut menjadi tempat untuk solat Jumaat di mana ia dibuka kepada orang awam, bukan hanya dibuka kepada penduduk kuaters penjara.

Bagi SAMM, masjid adalah tempat ibadat yang terbuka kepada semua orang yang beragama Islam, malah sesetengah masjid dalam negara ini juga membenarkan pelancong asing memasuki masjid. Apakah keistimewaan masjid Penjara Kajang sehingga aktivis berugama Islam dilarang masuk untuk menunaikan solat dan ibadat lain?

Pentadbiran Kompleks Penjara Kajang harus disaran agar lebih bijak bahawasanya aktivis yang berada di perkarangan luar penjara itu hadir bukan untuk merobohkan penjara bagi membebaskan Umar Mohamad, tetapi hanya menunjukkan solidariti. Kalau kurang bijak itu tidak mengapa tetapi jangan bertindak biadap kerana tindakkan ini akan mencerminkan betapa rendahnya nilai keagamaan. Ternyata keputusan tidak membenarkan masuk masjid hanya kerana kekangan politik tidak adil kepada semua penjawat di penjara tersebut.

SAMM menggesa agar janganlah berpolitik setahap yahudi zionis yang menghalang umat Islam Pelestine memasuki masjid Al-Aqsa.


Md Sani Md Shah
Penyelaras SAMM Kebangsaan


--------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam syiah alawite pun ade..kah kah kah

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

APALAH...ORANG NAK SEMBAYANG PUN TAK BAGI...KALAU ORDER SYABU,FIT,GANJA,HABUK,KEPING DAN ROTI CANAI...EH EH LEPASLAH PULAK..APALAH..SEMBAYANG PUN KENA HULUR KEPING KE...?...MACAM NI MAMPUSLAH PENGUASA PENJARA TU CEPAT..LEPAS PAKATAN RAKYAT MENANG,BIAR UMAR MUHAMAD JADI PENGUASA PENJARA..LEPAS SEKOR SEKOR MENTERI BN MASUK KANG..SURUH DORANG TONGEK SEMUA..LEPAS TU..APALAGI ..PAKAI LER SARUNG TANGAN PLASTIK UNTUK CEK TIN SARDIN YANG DORANG ROKET DALAM JUBUR TU..JANGAN LUPA SURUH BUAT TOK KETAMPI..SUPAYA URAT URAT JUBUR TAK TERKEJUT BILA JARI HANTU MEMBASAHI JUBUR.......TERBAYANG MAHATHIR KENA CEK DENGAN SARUNG GETAH NI...HEHEHEHEH..MUKA MACAM YANG DIA BUAT MACAM NAK BERHENTI UMNO HARI TU..HUHUHUHUHUHU....

insafdoh67 berkata...

Puok ni memang Jahat mcm firaun zaman mesir.. Lawan je pemerintah mesti kena tekan.. Curi Duit Billion tak kena penjara. Toyo curi harta rakyat rilek je.. Tak kena jail... Ayuh Mshasiswa bangkit lawan rejim zalim umno. Bangun mahasiswa lawan sistem korup.. Jangan jd mcm kami dlu takut dgn ugutan pemerintah.. Berani kerana Benar... Hidup pakatan hidup rakyat... Insaflah....

Tanpa Nama berkata...

Kata2 manusia y bfikiran sempit