Isnin, 22 Julai 2019

KENYATAAN PENASEHAT ANWAR






KHALID JAAAFR

TIBAI BOSS

KHALID JAAFAR a.k.a PAK KHALID
Bekas setisusaha akhbar Anwar
Penulis ucapan Anwar
Penasehat politik Anwar
Sosok kanan Anwar semenjak Abim
Sosok pertama mengikut Anwar
apabila Anwar meninggalkan Abim
dan menjadi anggota Gerombolan
United Malays National Organisation




Anwar  masuk perangkap Shamsul Iskandar - Khalid Jaafar
Mereka yang tinggal dalam rumah kaca jangan melempar batu pada orang lain. Begitulah kata orang bijak bistari. Anwar Ibrahim seperti lupa kata-kata ini. Apatah lagi budak-budak beliau. Mereka mungkin tidak pernah mendengarnya.

Anwar dan budak-budaknya seakan-akan bermain politik sebagai satu perjudian. ‘Up the ante’ adalah istilah permainan poker. Inilah yang dilakukan Shamsul Iskandar bila dia ‘menasihati’ Azmin Ali untuk bercuti.

 Anwar yang ketagih kerusi Perdana Menteri telah sekali lagi melakukan ‘tactical blunder’ dengan mengulangi saranan Shamsul. Bola tanggung buat Azmin Ali. Menjawab dengan tenang soalan wartawan, Azmin berkata : “Read my lips, tell him to look at the man in the mirror.”

Maka terburailah kembali kisah video china doll yang sudah hampir dilupakan. Ketua Polis Negara ketika itu mengatakan hasil siasatan forensik video tersebut adalah tulin. Nah, apakah Anwar masuk perangkap Shamsul Iskandar? Kejituan dari saranan Ketua Penerangan itu adalah Anwar perlu melepaskan jawatan kepresidenan parti KEADILAN.

 Dalam tahun-tahun 1990an dia menggambarkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke 5. Menjelang PRU14, beliau digembar gemburkan sebagai Perdana Menteri ke 7. Selepas PRU14, pastilah Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke 8 yang kononnya sudah ada perjanjian. Hanya sejengkal sahaja lagi dari kerusi Perdana Menteri.

Walaupun hanya tinggal sejengkal Anwar tidak sabar. Dia bimbang ada orang yang akan memintasnya. Dia pun melempar orang yang dia sangka saingannya dengan batu. Dia tidak sedar dia tinggal dalam rumah kaca.

Atau seperti permainan dam ular dan tangga, Anwar hanya tinggal dua mata untuk sampai ke garisan penamat. Malangnya di mata terakhir sebelum di garis penamat, dia ditelan ular. Maka jatuhlah semula kegarisan permulaan. Umur sudah lanjut, perjalanan kembali jauh. Seeloknya Anwar Ibrahim bersara sahajalah dari politik.

https://www.facebook.com/680181170/posts/10157310820471171/?sfnsn=mo

UNTUK BELAKU ADIL
TANPA WAS WAS
SILA TONTON  KEMBALI
KESAH VIDEO CHINA DOLLL YANG
DISEBUT OLEH PAK KHALID



br /> ---------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni pak khalid kroni anwar yg ckp..kita belum dgr khalid ibrahim kroni saham anwar plak berckp..khalid ada hutang berjuta dolar Bank islam tanpa riba haziq atau riba pelacur thai..pak khalid dah gila ckp mcm tu..wan azizah kata berapa lama lg hak anwar utk jd perdana menteri hendak dinafikan..pak khalid nak nafikan hak anwar sbg perdana menteri ke??mcm mana seorg menteri ekonomi yg terhandal dimalaysia ini bole jd seorg yg gelojoh? tak sabor?kalo dia jd perdana menetri, apakah sifat gelojoh dan tak sabar itu baik utk negara?ternyata anwar tidak belajar dari madey mengenai kesabaran..lu tunggu pru, lepas pru nnt kalo PH menang maka lu jd lah perdana mneteri..pd gua dan org2 moden, gua akan pilih parti selain calon perdana mneterinya anwar..asal bukan anwar, it ok kalo umno menang..anwar jd PM pun kena pau, umno menang pun kita kena pau..PSM ada calon melayu tak??

Tanpa Nama berkata...

terima kasih samsul iskandar sb membumkang sifat kepimpinan lemah datuk seri anwar ibrahim sosok tergila2 nak jd perdana menteri..angan angan tinggi nak jadi pramle..pakai kasut tumit tinggi..tp malangnya parti sendiri tidak bole dikemudi, apa rakyat ckp, apa org ckp tidak diperduli, sb niat dlm hati, nak jadi perdana menteri, cuma nak jdi perdana menteri..

Tanpa Nama berkata...

Lancau Ini kroni yg tewas.Hulu selangor pun kalah.Sekarang tanam modal kat Azmin.Porah