Jumaat, 18 Oktober 2024

BLOOMBERG FITNAH PEMIMPIN ISLAM


Polis soal MalaysiaNow berhubung laporan Bloomberg

Polis hari ini menyoal portal berita MalaysiaNow berhubung sebuah laporan yang menulis semula laporan Bloomberg bulan lepas yang mengandungi dakwaan perdana menteri campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya mengambil masa kira-kira sejam merakam kenyataan pengarang MalaysiaNow di IPD Petaling Jaya berhubung laporannya, "Anwar arahkan bos SPRM jangan siasat Farhash isu pembelian saham, kata laporan", yang diterbitkan pada 26 September.

Artikel itu merupakan penulisan semula laporan asal Bloomberg pada hari sama, "Anwar’s feud with 99-year-old rival looms over Malaysia’s revival" (Perkelahian Anwar dengan seteru berusia 99 tahun di sebalik kebangkitan semula Malaysia), yang memetik sumber sebagai berkata bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pernah memberitahu pegawainya bahawa Anwar memberi arahan memulakan siasatan terhadap beberapa musuh politik, termasuk bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya.

Bloomberg turut memetik sumber sama sebagai berkata Anwar memberitahu Azam supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen baharu bernilai RM1 bilion.

Pejabat Perdana Menteri dan SPRM telah menafikan dakwaan itu.

Dalam sesi bersama polis hari ini, MalaysiaNow antara lain disoal mengapa ia menulis semula laporan Bloomberg itu, dan sama ada portal itu percaya dakwaan yang dibuat.

Polis memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, undang-undang yang sering digunakan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini terhadap pengkritik dan pemimpin pembangkang.

Siasatan itu berdasarkan laporan polis SPRM terhadap bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Isham Jalil.

Minggu lalu, Isham menghabiskan kira-kira dua jam disoal siasat polis Putrajaya berhubung hantaran Facebook menggesa Anwar menyaman Bloomberg untuk membersihkan namanya.

"Jika PMX terlalu sibuk untuk saman Bloomberg, saya lihat Peguam Negara juga boleh ambil tindakan ke atas Bloomberg mewakili kerajaan Malaysia.

"Sebab Bloomberg membuat kenyataan tersebut yang ditujukan kepada PMX Anwar atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri iaitu ketua kerajaan Malaysia," tulisnya di Facebook. 

Pelbagai pihak sebelum ini menggesa Anwar membersihkan namanya di mahkamah, dengan mengingatkan siri saman malu yang difailkan Anwar terhadap media sepanjang dua dekad.

Ditanya mengenai perkara itu di Dewan Rakyat minggu ini, Anwar berkata polis sedang menjalankan siasatan terhadap wartawan Bloomberg.

"Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat dan peguam negara mengambil tindakan yang sesuai," katanya.

Sebelum ini, Daim membuat laporan polis menggesa Anwar disiasat atas salah guna kuasa, tuduhan sama yang pernah menyebabkan pemimpin PKR itu dipenjarakan pada 1999 apabila disabitkan dengan cubaan menggunakan kuasanya sebagai timbalan perdana menteri untuk menutup siasatan berhubung salah laku seks.

Ia disusuli dengan peguam Daim mempersoalkan langkah polis membuka siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang menyentuh kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Jelas sekali, tiada siasatan dimulakan terhadap Anwar Ibrahim yang disyaki menyalah guna kuasa seperti yang didedahkan dalam artikel Bloomberg.

"Sebaliknya, penyiasatan ditujukan terhadap Bloomberg dan wartawannya yang mendedahkan salah guna kuasa di peringkat tertinggi di Malaysia," kata mereka.


BLOOMBERG

FITNAH 

ANWAR IBRAHIM

AMIN

DULU

NEW YORK TIMES

FITNAH NAJIB

AMIN

MEDIA BARAT

ADA AGENDA

 TUKAR KERAJAN

AMIN

INI NAMANYA

PROJEK

REGIME CHANGE

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: