PAGI INI
PAGI INI
SELASA 27 JANUARI 2026
DIBAJAI KIMIA
RACUN DARI KAPAL TERBANG
Saya ada baca tentang RACUN sedang di tabur diseluruh dunia melalui kapal terbang. Secara senyap-senyap pesawat ini menaburkan racun. Macam kapal terbang menabur baja untuk ladang yang maha luas.
Saya ada membaca tapi sepintas lalu : CHEMICAL TRAIL - apa yang saya lihat tadi ialah taburan kimia dari kapal terbang. Ini projek GLOBALIS untuk kurangkan warga dunia. Nak pastikan kita tak sihat DAN terus BELI UBAT maka SYARIKAT UBAT – BIG PHARMA. Dan da dan.
PAGI INI dalam Hokkien saya nampak ASAP PUTIH di langit biru. Saya dah beberapa kali ternampak fenomena ini. Beberapa tahun dulu ada saya menulis hal ini – SAYA BERTANYA apa maknanya ini ?
Pagi ini saya ternampak sekali lagi – jelas dan terang kerana langit biru MAKA saya WAJIB MEMBACA dan mendalami pemahaman tentang fenomena ini.
SAYA SEDAR – ini di cap TEORI KONSPIRASI – tapi saya sendiri nak tahu – Apa PUKI MAK yang saya lihat dan rakam pagi ini. AMIN
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit biru indah. KL & KL Sentral cerah. Matahari bersinar membakar pipi. Kemarin panas tak hujan. Angin sejuk banyak daun berguguran di kawasan Le Chateau.
Belum sampai ke Wakaf Pertama dua Puppy muncul. Gua beri Friskies - yang lain tak kelihatan. Lepas melintas Wakaf Pertama Siti dan Jantan Baik muncul.
Kali ini Puppy Itam pun ada. Lima Puppy dan Jantan Baik. Makan pagi ini SPESIAL – banyak kaki ayam dan tulang – ini lebihan dari sup gua.
Terkukur berlagu jauh. Pagi ini gua tak dengar suara How Wow – yang gua dengar bunyi mesin rumput.
Berjalan pulang gua ternampak Siti berehat atas makam – Pasti dah kenyang. Tapi ramai-ramai ikut gua ke Wakaf Pertama untuk dapat makan lagi.
Ketika gua tabur Friskies – dua ekor Tiong muncul – nampaknya Tiong pun dah tahu program gua.
Indah – indah sungguh pagi ini. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK
MENYAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA
BRO
Lebih baik lu putus cinta dari tak pernah bercinta
BRO
Akhirnya cinta kasih sayang yang lu dapat sama seperti kasih sayang yang lu lakukan.
BRO
Ketika lu beromen dan bercinta waktu berjalan cepat. Bila lu menunggu bas di Pudu waktu berjalan amat lambat. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA





1 ulasan:
Kamera henpun ekau dah torang jang,sepo bagi..ado orang rasuah henpon koh kahkahkah
Catat Ulasan