Isnin, 31 Ogos 2009

BERKIBAR LAH




MERAMPAS KEMBALI SEJARAH




BERKIBARLAH SANG SAKA UNTUK ANAK SEMUA BANGSA



berkibarlah
anak semua bangsa
sejarah tamadun nusantara
dari sri vijaya ke langkasuka
dari majapahit ke melaka

sang saka malaya
putih suci hati wargamu
merah berani darah keturunanmu
kuning besinar panahan cahayamu

kamilah pewaris sang saka
anak semua bangsa




KRONI FLIP FLOP SELIPAR JEPUN



SELAMATKAN BERAS NEGARA, TARIK AP BERNAS : MAHFUZ
- harakah daily

Kerajaan Malaysia digesa menarik balik Permit Import (AP).

PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara.

Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. KERAJAAN BAGI MONOPOLI… KEMUDIAN JUAL PADA TOWKAY HONG KONG…. kah kah kah…

kah kah kah…. MANA PUNYA BIOL PUNYA KEPALA…. kah kah kah…

kah kah kah…. KEMUDIAN BELI BALIK SAHAM… TOWKAY HONG KONG NAIK KAN HARGA…. kah kah kah…

kah kah kah… MANA PUNYA BARAL BUAT KERJA… kah kah kah…

kah kah kah…. INI MESTI SYARIKAT BUMIPUTERA… INI MESTI SYARIKAT KRONI…. kah kah kah…

woit… KENAPA KERAJAAN TAK BOLEH IMPOT SENDIRI… APA SUSAH…kah kah kah…

kah kah kah… KENAPA MESTI PAKAI SYARIKAT KRONI…kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU SYARIKAT KERAJAAN UNTUNG…. DUIT RAKYAT PUNYA…. kah kah kah…

kah kah kah… BILA HARGA BERAS MAHAL… DUIT UNTUNG BOLEH BUAT SUBSIDI…. kah kah kah…

kah kah kah... KENAPA TAK BOLEH FIKIR ...NAK BANTU RAKYAT?... kah kah kah...

woit... KENAPA NAK CARI UNTUNG DAN SUSAH KAN ORANG RAMAI?... kah kah kah..



SATU MALAYSIA BERWASPADA



KEPALA LEMBU BERDARAH : USAHA UMNO JATUHKAN KERAJAAN SELANGOR
– harakah daily

Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat.

Nota:
waspada satu malaysia. kita wajib jangan
terperangkap dengan hu hah hu hah benci kaum
bukan melayu.

waspada : selalunya orang yang hu hah hu hah anti india
atau anti cina ini ada kepentingan kuasa dan ekonomi.

cuba cuba selidik mungkin mereka telah hilang kontrek
bila pakatan mentabir selangor.

cuba cuba selidik mungkin mereka hilang komisen.




PERANG DUA TOWKAY BERSAMBUNG




TEE KEAT NAFI SPEKULASI LETAK JAWATAN
- malaysiakini

Presiden MCA Ong Tee Keat tidak akan melayan sebarang khabar angin atau spekulasi bahawa beliau akan meletak jawatan seperti dilaporkan oleh lamanweb berita dalam talian hari ini.

Katanya MCA mempunyai agenda tersendiri untuk mengatasi masalah yang timbul dalam parti dengan menggunakan kebijaksanaan dan keazaman dan tidak akan respon kepada khabar angin atau pihak yang mencetuskan khabar-khabar angin.

"Jika anda tanya kepada saya mengenai khabar angin...tolong, saya tidak berminat untuk komen," katanya.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. YANG KENA BUANG AKAN LAWAN BALIK… kah kah kah..

kah kah kah…. INI BILION BILION PUNYA HARTA… kah kah kah..

kah kah kah…. TAK AKAN LEPAS KUASA DENGAN SENANG… kah kah kah

kah kah kah….. SATU MALAYSIA KENA TUNGGU… PERANG AKAN HANGAT LAGI….kah kah kah...



BIAR LAMBAT - ASALKAN TAK BODEK




GAPENA DESAK KERAJAAN MANSUH SEGERA PPSMI
- mStar

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera iaitu sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Ketua Satu Gapena, Ismail Hussein berkata, pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012 seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.

Katanya, tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BARU LAH HEBAT… kah kah kah..

kah kah kah…..BARULAH SATU MALAYSIA TAHU APA DIA GAPENA…kah kah kah…

kah kah kah… DULU ORANG RAMI INGAT GAPENA INI SATU JENIS PENSIL…. kah kah kah…

kah kah kah.... ASIK ASIK SAIN YES SIR... YES SIR SAJA... kah kah kah..

kah kah kah…. INI BARU BERANI.... kah kah kah..

kah kah kah....LAMBAT SIKIT TAK APA…ASALKAN JANGAN KAKI BODEK…kah kah kah…



Ahad, 30 Ogos 2009

TERSENYUMLAH DI PETANG INI - SELAMAT BERBUKA




BETUL KE


betul ke ni
esok kita merdeka
betul ke esok merdeka
kalau esok merdeka kenapa tak boleh main mercun


ESOK

esok aku seperti biasa selama 52 tahun ini
aku akan bangun lambat
katakan apa sahaja
surahkan pelbagai hadis
tunjukan setiap kitab
kau taburlah pelbagai janji
esok aku tetap akan bangun lembat

tidur lebih enak dari segala galanya

tidur dan bangun lewat pada
pagi 31 Ogos adalah tanda penentangan

tidur meninggi hari pada pagi 31 Ogos
adalah cool

tidur meninggi hari pada 31 Ogos
adalah tindakan revolusineer


BURUNG

saekor burung dari tundra
melintasi padang sahara
dalam perjalanan mencari hidup
singgah terbang melayang

saekor unta liar
berjalan mencari ayer
tiga wadi dilintasi
tiga wadi kontang

saekor kuda
gagah perkasa
mengelinjang berlari
merentas masa

saekor semut menjalar
tanpa henti
berapa umurnya
sebelum dia mati


PETANG YANG PERMAI

tersenyumlah
pada petang yang indah

buka mata
dan nikmati hidup
sedut udara
rasakan sejuknya

ketika berjalan
rasakan nikmatnya
tapak kaki bergerak
tapak kaki bertemu aspal
tapak kaki mara ke depan

ketika berjalan
lihat kira dan kanan
lihat rumput yang mati
lihat rumput yang hijau
pandang betapa indahnya dunia ini

ketika berjalan
dengarkan siolan unggas
percikan ayer
dan gesekan buluh

betapa indahnya dunia ini
terima kaseh kerana sinar mu
wahai sang matahari