Ahad, 30 Ogos 2009

TERSENYUMLAH DI PETANG INI - SELAMAT BERBUKA




BETUL KE


betul ke ni
esok kita merdeka
betul ke esok merdeka
kalau esok merdeka kenapa tak boleh main mercun


ESOK

esok aku seperti biasa selama 52 tahun ini
aku akan bangun lambat
katakan apa sahaja
surahkan pelbagai hadis
tunjukan setiap kitab
kau taburlah pelbagai janji
esok aku tetap akan bangun lembat

tidur lebih enak dari segala galanya

tidur dan bangun lewat pada
pagi 31 Ogos adalah tanda penentangan

tidur meninggi hari pada pagi 31 Ogos
adalah cool

tidur meninggi hari pada 31 Ogos
adalah tindakan revolusineer


BURUNG

saekor burung dari tundra
melintasi padang sahara
dalam perjalanan mencari hidup
singgah terbang melayang

saekor unta liar
berjalan mencari ayer
tiga wadi dilintasi
tiga wadi kontang

saekor kuda
gagah perkasa
mengelinjang berlari
merentas masa

saekor semut menjalar
tanpa henti
berapa umurnya
sebelum dia mati


PETANG YANG PERMAI

tersenyumlah
pada petang yang indah

buka mata
dan nikmati hidup
sedut udara
rasakan sejuknya

ketika berjalan
rasakan nikmatnya
tapak kaki bergerak
tapak kaki bertemu aspal
tapak kaki mara ke depan

ketika berjalan
lihat kira dan kanan
lihat rumput yang mati
lihat rumput yang hijau
pandang betapa indahnya dunia ini

ketika berjalan
dengarkan siolan unggas
percikan ayer
dan gesekan buluh

betapa indahnya dunia ini
terima kaseh kerana sinar mu
wahai sang matahari




11 ulasan:

Ginjal berkata...

siapa yang mencipta matahari?

Tanpa Nama berkata...

isham..

jom layan movie zaman muda2 dulu..

classic..

http://freemediafiremovie.blogspot.com/

Cetusan berkata...

bang bang

mangungg

tu tu, ada nyamuk nak gigit tiger..

ni ni bidadari datang nak urut LUTUT ..

qah qah..qihhhh

sketsa sebuah perjuangan berkata...

bro syam,

bro punyer sajak hampir sebijik dengan situasi yg saya sedang titi dalam perjalanan hidup...

kasi lumayan punyer.

meroyan berkata...

Tido ajelah tuan, tak de sape nak larang....

Bikir Perak berkata...

Esok 31hb ogos patut le mat-mat rempit dah mula kumpulkan geng2 untuk memenuhi jalan -jalan raya.. dengan deruan enjin motor meletup-letap yang menyakitkan telinga. Itu lah merdeka bagi mat-mat rempit 99 % anak muda melayu...tahniah bebbbbb 1 Malaysia..

Merdeka kah sedangkan anak muda belia ISLAM kehulu kehilir tanpa arah...anak-anak gadis remaja bergayut dibelakang...belum lagi kisah anak-anak muda yang tersesat kononnya nikmat malam merdeka dan adakah REMAJA akan memenuhi kelab-kelab disko, parti liar kononnya inilah dunia BARU MERDEKA bagi mereka..APAKAH MEREKA Sunggupkan LAKUKAN akhlak ni pada bulan Ramadhan yang mulia dan indah ini.......Wa'Allahhualam.

"Semua ini hadiah UmNGOK untuk rakyat hasil 52 memerintah .."

Tanpa Nama berkata...

ye adik-adikku sekalian marilah sama-sama kita menyanyikan lagu negara kuku

Mamula moon asal lagu negarakuku
Asalnya Lagu dari Pulau Hawaii

eee.... ala lupa lrik pulak la

takpe nanti saya cari ingatkan lirik tu lagi

sambil-sambil tu kalau ada idea nak tambah tambahlah

akbajalil berkata...

Bro,
Gua mintak izin sedut puisi Petang Yang Permai ke blog gua....ok

Gua minat bukan apa sebab dalam puisi tu ada catat RUMPUT yang HIJAU...tu je

Kah Kah Kah...

Merdeka Bro...

Atan_Gestapo berkata...

aku nak jadi revolusineer.

p/s: doa untuk Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Tanpa Nama berkata...

Saudaraku,

tidurlah moga hilang segala seksa
tidurlah moga tenang bila terjaga
tidurlah moga terlepas dari bala
tidurlah moga terpadam neraka
tidurlah moga terbela anak bangsa
tidurlah, tiduuuuuurlah


tilam spring

StefenshaW berkata...

malam merdeka...

mat rempit dan bohsia kembali mengganas..

tapi datuk-datuk yang sudah tua-tua tak paham-paham..

kenape Datok Najib boleh buat projek berbillion utk kereta Formula Satu ?

Valentino Rossi juara MotoGP dunio limo kali dah boring dah...
tak do orang boleh potong dio...

tapi pada malam merdeka ;
mat-rempit yang hebat dan bohsia dihambat sebelum habis klimaks ?

itu orang kito...

"tangkap sano..tangkap sini..
semua kene tangkap..
biar kene tangkap..
hahaha..
padan muko..
bukan cucu aku pon"
kato Datok Panglimo Bukit Bintang