INI MELAYU KE EEEEEEEEE
PERKASA AKAN SAMAN KERAJAAN - melayau
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyaman kerajaan sekiranya pelajar bumiputera cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).
Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil terhadap kerajaan jika hak pelajar berkenaan dinafikan kerana perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, kerajaan perlu memastikan semua pelajar bumiputera yang cemerlang mendapat biasiswa sama ada belajar dalam atau di luar negara.
"Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, semua pelajar cemerlang itu perlu menerima biasiswa tanpa mengira jumlah ataupun kuota tertentu," katanya.
Malah, katanya, jika biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikongsi semua kaum telah dipenuhi dan menyebabkan pelajar Melayu tercicir, maka kerajaan perlu memastikan pelajar terlibat mendapat biasiswa daripada institusi lain.
KAH KAH KAH..nota:kita tunggu dan lihat
hujan turun atau tidak
katak berbunyi kuat memanggil hujan
kita tunggu dan dengar sampai kes ini ke mahkamah atau tidak
atau kes ini hanya akan mati inrahim ali di tepi jalan kah kah kah