Sabtu, 11 Jun 2011

ANAK KU NAK BERANCOK LAGI




KELUARGA ANCOK BERANCOK



BERANCUK SATU MALAYSIA!

BM) - kalau anak nak beranchok tak ada siapa boleh menahan ancok omak kao pakai lah duit sendiri jangan pakai duit kerajaan!

BI)- if your daughter wants to get fuck no one could stop it for fuck sake use your own fucking money not from the state budget!

Aku translate dalam Bahasa Cina kat bawah...kah kah kah 如果令爱要取得性交没有人能够了为性交缘故使用你自己的该死的钱没有从国家的预算 !

Oleh Anti TELAN pada LAGI CERITA : KALAU ANAK SUDAH BUNTING pada 11/06/10

NOTA:
siapa ada bahasa tamil,
swahili dan arab ?

nak jadikan:
anak ku berancok global kah kah kah


TEERKINI! TER NOW !




Dari facebook Rozaimin Elias:

Hari ni ke changkat jering utk kenduri kahwen Wan Damia .aku sanggup buat apa saja utk menatang ni.setakat the last resort tu aku tak heran.aku harap menatang ni bahagia sampai bila bila.menatang ni adalah kawan terbaik yang pernah aku ada.aminnnn....

NOTA:
punk rocker ini pun kahwin
kena kerja dan simpan duit dulu

selamat pengantin baru
dari tim tt


LAGI CERITA ANAK NAK BERANCHOK




SLIM LAGI KURUS



nota:
tiga buah kerusi
dalam kapal terbang telah ditanggalkan
untuk dijadikan 1 kerusi
buat rosmah duduk

nota:
kapal terbang yang membawa rosmah
telah mengisi dibahagian belakang
dengan puluhan jongkong besi
ini bertujuan untuk keseimbangan
dan memastikan bahagian depan kapal terbang tidak menjunam ke hadapan
kah kah kah

PM RISIK KAHWIN ANAK DI KAZAKHSTAN, DR. ZUK PERTAHAN PENDIRIAN – keadilan daily

Najib Razak didakwa mengatur majlis risikan pertunangan dan perkahwinan anak perempuannya di Kazakhstan dan dalam masa yang sama hadir di negara itu atas urusan rasmi negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad semalam mempertahankan dakwaannya bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur menggunakan wang rakyat untuk urusan peribadi.

Pasangan itu sebelum ini dilapor menyertai Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) tetapi juga dikatakan hadir untuk membincangkan majlis pertunangan anak perempuan mereka dengan anak seorang pemimpin negara itu.

“WIEF itu jadualnya telah disusun lebih awal, tetapi yang saya dimaklumkan oleh pihak yang boleh dipercayai, ialah pegawai-pegawai diminta menyusun program itu supaya jadual risikan pertunangan itu dibuat mengikut jadual WIEF,” kata Dr Zulkifli kepada TVSelangor.

“Jadi semua ini menimbulkan pertikaian dari segi ketelusan dan kebertanggungawaban” tambah beliau.

Dr Zulkefly berkata semasa lawatan rasmi mereka ke Amerika Syarikat baru-baru ini, Najib dan Rosmah turut mengambil peluang untuk menghadiri majlis penerimaan ijazah university membabitkan anak mereka.

“Hal seperti ini kalau dirujuk kepada prosedur mungkin betul, tetapi dari segi moralnya dipertikaikan kerana jelas berlaku percanggahan kepentingan awam dan individu’, kata beliau.

“Penyalahgunaan kuasa menyebabkan perkara sebegini berlaku, jadi kita tidak tahu dari segi perbelanjaan dalam semua kos-kos yang bersabitan, jadi susah kita mahu kenal pasti yang mana satu perbelanjaan rasmi dan yang mana peribadi,” kata Dr Dzulkifli.

KAH AKH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…KALAU ANAK NAK BERANCHOK PAKAI LAHAAA DUIT SENDIRI…. kah kah kah..

woit…KALAU DUIT SENDRI …. TAK ADA SIAPA MARAH….ANCHOKLAAA.... kah kah kah..

kah kah kah… ANCHOK MAK KAO ….KALAU PAKAI DUIT ORANG RAMAI... kah kah kah

NOTA:
tunggu 16 julai ini
anchokan akan diresmi
beranchok besar di putra jaya nanti
semua pakai duit orang ramai

ancok omak kao
anak kau nak berjubo pakai lah duit sendiri
jangan pakai duit orang ramai
kah kah kah

LIHAT DAN TELITI BERITA INI




BRAHENG PUN BERANI KATO




nota:
ini sudah terok
braheng cakap macam ini

braheng pun cakap kj bodoh
kah kah kah

habis lesen nikah
kah kah kah



DAKWAAN NAJIB GUNA DANA AWAM KE KAZAKHSTAN TAK BERASAS - meloya

Lawatan Najib Razak ke Kazakhstan bertujuan memenuhi undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu, kata Kementerian Luar hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan menafikan laporanMalaysiakini 7 Jun berjudul "PM"s use of public funds for wedding trip morally wrong" (Penggunaan dana awam oleh PM untuk perjalanan mengurus perkahwinan adalah salah dari segi moral).

nota:
perhatikan kan rapi berita ini
tetiba meloya memungut kemalai laporan dari malaysiakini
malah meloya menterjemah berita malaysiakini

apa maknanya?

maknanya meloya juga sudah meloya
melihat rosmah dan najib
dengan terjemahan ini meloya
mahu orang orang melayu di kampong sedar akan hal ini

ini cara meloya ingibn menunjukkan pada muhyiddin
masanya telah sampai untuk menendang rosmah dan suaminya
kah kah kah

nota:
anak nak mengentot
pakailah duit sendiri
jangan pakai duit orang ramai
kah kah kah


NOTA:
ini samalah macam apa yang dilakukan oleh kj
kj sekali imbas macam mempertahan kan najib
tetapi dengan memberi komen membidas dr zul
berita anak najib beranchok menjadi berita besar
kalau tidak berita ini hanya dlam blog dan laman web

terima kaseh kj
kah kah kah

DAH BUNTING KE ?




TIGA MAT BUNTING







nota:
mat bunting ini
kalau nak berancok
jangan pakai duit oaran ramai
kah kah kah




TIADA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PM DI KAZAKHSTAN: SHAHRIZAT – berita hairan

Shahrizat Abdul Jalil, yang juga antara menteri pengiring dalam lawatan Najib Razak ke Kazakhstan, hari ini mengesahkan bahawa tiada majlis perkahwinan anak Najibi berlangsung di negara itu.

Beliau menyifatkan tohmahan sesetengah pihak bahawa Najib dan suaminya Rosmah Mansor, menghadiri perkahwinan anak mereka semasa lawatan tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah yang berbau politik.

"Mungkin pihak pembangkang berasa amat cemburu dan dengki atas kejayaan lawatan Perdana Menteri dan isteri sebab itu mereka menyebarkan fitnah yang dahsyat ini," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…MINAH GEMOK INI SUDAH JADI MENTERI JAGA KASUT ROSMAH…. kah kah kah..

kah kah kah…MINAH GEMOK INI SUDAH JADI KAKI BODEK…. kah kah kah..

kah kah kah…. LAMA TAK DENGAR AYAT - PEMBANGKANG CEMBURU…. kah kah kah…

kah kah kah… ZAMAN EEE MADEY DULU… SELALU DENGAR PERKATAAN CEMBURU ….kah kah kah..

kah kah kah…NAMPAKNYA EEE JANTAN DAN BETINA MEMANG SUKA GUNAKAN PERKATAAN CEMBURU…. kah kah kah

nota:
your daughter wanted to get fuck
go and fuck herself
for fuck sake don’t use state budget!


Khamis, 9 Jun 2011

LAGI CERITA : KALAU ANAK SUDAH BUNTING




KALAU SUDAH BUNTING



DEDAH KOS LAWATAN KE KAZAKHSTAN, MP PAS DESAK NAJIB – minsider

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum perbelanjaan lawatan beliau ke Kazakhstan, yang secara kebetulan diadakan dengan majlis pertunangan anak perempuannya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin “kerana mengesahkan dakwaan kami bahawa majlis perkahwinan diaturkan ketika lawatan” perdana menteri ke negara itu.

“Selepas ucapan Najib pada Forum Ekonomi Islam Sedunia mengenai urus tadbir yang baik dan ketelusan, beliau seharusnya mendedahkan berapa banyak yang beliau telah habiskan untuk lawatannya.”

“Dedahkan berapa banyak telah digunakan untuk urusan peribadi dan nyatakan sama ada mana-mana pihak dalam rombongannya tidak perlu (ketika beliau) menghadiri WIEF,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Khairy mempertahankan lawatan Najib ke Kazakhstan menerusi akaun Twitternya.
Khairy berkata, Najib berada di Kazakhstan untuk menyampaikan ucapan pada WIEF dan lawatan ke negara itu adalah atas jemputan presidennya Nursultan Nazarbayev yang pernah melawat Malaysia ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dzulkefly menambah, ini bukan kali pertama perdana menteri membuat lawatan kerja yang secara kebetulan berkaitan dengan urusan peribadi.

Katanya, Najib dan isteriny Rosmah Mansor bulan lalu mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri majis konvokesyen anak perempuan mereka di Georgetown University.


NOTA:

BM) - kalau anak nak beranchok
tak ada siapa boleh menahan
ancok omak kao
pakai lah duit sendiri
jangan pakai duit kerajaan!

(BI)- if your daughter wants to get fuck
no one could stop it
for fuck sake
use your own fucking money
not from the state budget!


SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI




MAINKAN INTERNATIONALE





PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA OMAR OTHMAN
PEMIMPIN DAN PEMIDATO PARTI RAKYAT TERULUNG

Awal pagi ini 9 haribulan Jun 2011, aku menerima beberapa SMS daripada teman rapat menyatakan dengan sedihnya bahawa Saudara Omar Othman telah meninggal dunia pada jam lebih kurang 1.40 pagi tadi (Khamis) di Pulau Pinang dan akan dikebumikan petang ini. Aku ketika ini berada di Pontian, Johor.Terasa sayu dan sedih serta pasrah bahawa aku tidak dapat hadir di upacara pengkebumian Omar Othman, seorang sahabat baik dan rakan seperjuangan berpuluh tahun.

Apa yang aku dapat buat sebagai tanda menghormati Sdr Omar Othman? Aku ambil keputusan untuk menulis satu coretan kisah tentang Omar Othman dari kaca mataku, sepanjang perhubungan kami sebagai sesama manusia, sebagai sahabat, seperti abang dan adik, dia lebih tua dariku, dan sebagai rakan seperjuangan dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Kali pertama aku jumpa Omar Othman di rumah Tongkat (Allahyarham Usman Awang, Sasterawan Negara) di Kampong Tunku, Petaling Jaya. Omar Othman orangnya berbadan besar, tinggi dan sasa. Dia handsome seperti P.Ramlee. Suaranya garau tetapi lembut dan sedap didengar. Dia pandai berkelakar ketika berbual. Waktu itu aku seorang mahasiswa di Universiti Malaya sekitar tahun 1973. Ternyata Omar adalah sahabat karib Usman Awang. Mereka bercakap dengan bahasa aku, engkau sahaja.

Kemudian aku bertanya teman-teman dalam Parti Rakyat: Siapa Omar Othman ini? Aku diberitahu, beliau ialah seorang pemimpin Parti Rakyat dari Pulau Pinang. Beliau pernah menang bertanding dalam pilihanraya umum peringkat Perbandaran Pulau Pinang pada awal tahun 1960-an atas tiket Fron Sosialis (iaitu gabungan antara Parti Parkyat dengan Parti Buruh) dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Datuk Bandar Pulau Pinang.

Tidak hairanlah beliau amat dikenali dan dihormati oleh penduduk Pulau Pinang terutama di kalangan generasi sezamannya. Ini dapat aku saksikan apabila aku kerap ke Pulau Pinang pada akhir tahun 1980-an dan 1990-an ketika menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung Parti Rakyat.

Omar Othman adalah seorang yang berprinsip dan teguh pendirian politiknya. Aku tahu beliau rapat dengan Sdr Kassim Ahmad, bekas Pengerusi Parti Rakyat. Tetapi apabila Kassim meninggalkan Parti Rakyat dan menyertai Umno, Omar Othman tetap setia dengan Parti Rakyat. Aku menjadi Setiausaha Agung Parti Rakyat yang baru dipilih pada bulan Disember 1983, ketika berlaku satu krisis besar dalam parti beberapa bulan kemudiannya yang akhirnya membawa Kassim Ahmad meninggalkan Parti Rakyat pada April 1984.

Bagi memulihkan keadaan dalaman parti akibat pemergian Kassim Ahmad itu, aku yang relatifnya masih muda ketika itu ditugaskan ke Pulau Pinang untuk menemui anggota dan para pemimpin Parti Rakyat negeri itu, untuk berbincang dan berdialog dengan mereka. Kassim Ahmad tinggal di Pulau Pinang dan Pulau Pinang adalah merupakan kawasan pengaruh Sdr Kassim Ahmad yang kuat.

Majlis perjumpaan yang dirancang itu diadakan di rumah Saudara Mohideen Abdul Kader, seorang pemimpin pusat Parti Rakyat yang terletak di Gelugor. Sdr Mohideen Abdul kader adalah seorang peguam terkenal di Pulau Pinang dan sangat kami hormati, ketika zaman kami berada di kampus kerana pendiriannya yang progresif.



Ramai anggota dan pemimpin Parti Rakyat peringkat negeri datang ke rumah Mohideen Abdul Kader petang itu, termasuk Omar Othman yang bersuara lantang itu. Kerana terlalu ramai, maka kami duduk bersila di ruang tamu.Pada petang itu Omar Othman semacam jadi jurubicara anggota-anggota Parti Rakyat di Pulau Pinang dan member janji dan keyakinan kepadaku bahawa beliau dan lain-lain anggota parti akan tetap setia dengan Parti Rakyat. Aku amat berterima kasih atas sokongan kuat dari Omar Othman itu. Sejak itu aku dan Omar Othman semakin rapat. Setiap kali ke Pulau Pinang atas urusan parti, aku akan pastikan mesti berjumpa dengan beliau sebelum pulang ke Kuala Lumpu atau ke Johor.

Saat yang penting tiba. Parti Rakyat menang di mahkamah Tinggi Johor Bahru pada tahun 1988 dalam satu petisyen pilihanraya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Puteri. Akibat dari itu satu pilihanraya kecil diadakan di DUN tersebut.Pertandingan satu lawan satu antara Parti Rakyat dengan Barisan Nasional (BN). Kami ada calon yang kuat dan berwibawa iaitu Sdr Abdul Razak Ahmad (Allahyarham). Waktu itu adalah Timbalan Pengerusi Parti Rakyat. Aku pula dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya kecil tersebut.

Satu pilihanraya kecil yang hebat ketika itu. Parti Rakyat yang kecil berhadapan dengan jentera BN yang besar, tersusun, sumber kewangan dan logistik yang semacam tidak terbatas. Tetapi kami yakin boleh member tentangan yang kuat atas beberapa faktor. Pertama BN lemah kerana Umno pecah dua ketika itu, ada team A dan team B. Kedua kerana rakyat di Johor khususnya di Johor Bahru amat marah dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu iaitu Dr Mahathir Mohamad. Sebab ketiga, kerana Parti Rakyat dalam keadaan yang kuat dari segi organisasi dan amat popular di kalangan pengundi di Johor Bahru. Ada satu sebab lagi yang tidak kurang penting ketika itu ialah kami ada Omar Othman yang turun membantu kempen kami dalam pilihanraya kecil tersebut, siang dan malam dengan ceramahnya yang mendapat sambutan hebat. Piadatonya memukau dan menambat hati para pengundi, tua dan muda, semuanya, tak kira sama ada Melayu, Cina ataupun India.

Parti Rakyat telah memberi tentangan yang kuat terhadap BN. Atas kertas dan analisis, kami sepatutnya menang.Tetapi kami kalah juga akhirnya. Parti Rakyat kalah dengan majoriti 31 undi sahaja.Ramai orang membuat andaian BN main tipu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersekongkol membantu BN memanipulasi keputusan pilihanraya itu. Kami tidak menerima keputusan pilihanraya yang tidak adil itu.Parti Rakyat telah dirampas haknya untuk menang akibat system pilihanraya yang tidak bersih.

Omar Othman pulang ke Pulau Pinang pada petang hari pembuangan undi. Dia berpesan kepadaku selaku Pengarah Pilihanraya supaya menalifonnya, tak kira sama ada menang atau kalah, tidak kira walau sudah tengah malam. Dia ingin menjadi orang yang terawal tahu tentang keputusan pilihanraya kecil Tanjong Puteri tersebut yang dia turun ke padang berjuang habis-habisan menentang BN melalui pidatonya yang bersemangat, jelas dan lantang di dalam siri ceramah yang kami adakan.

Aku masih ingat, waktu itu tidak ada telefon bimbit. Di MarKas Pusat Parti Rakyat di Skudai Kiri, ketika ramai anggota-anggota parti terbaring letih, rebah selepas kalah, terbaring di lantai simin Markas dengan kesedihan, dan sesetengahnya telah tidur, aku mengangkat gagang telefon dan mendail nombor Omar Othman.Betapa sukarnya untuk aku memberitahunya berita kekalahan itu. Tetapi Omar Othman menyambut telefonku dengan tenang.Aku yang gugup.Aku masih ingat dia berkata: “Jangan patah semangat, Saudara Hassan. Kita telah berjuang sekuat yang kita terdaya. Hari ini kita gagal, tetapi satu hari nanti, perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan akan tetap berjaya. Percayalah,” katanya. Omar Othman, aku seperti dapat rasakan,sebenarnya dia agak bimbang tentang keadaan diriku.Dia bimbang aku akan patah semangat dengan kekalahan tersebut.

Omar Othman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 haribulan Jun 2011 – sebulan lebih awal - di mana pada tarikh yang sama ini, satu perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur akan diadakan pada pukul 2.00 petang anjuran BERSIH (satu gabungan badan-badan NGO dan parti-parti politik) untuk menuntut satu system pilihanraya umum bersih, adil dan telus di Malaysia. Aku percaya kemenangan rakyat yang diucapkan oleh Omar Othman lebih 23 tahun yang lalu akan menjadi satu reality juga akhirnya, tetapi bagaimanapun ianya tidak akan datang melayang dan bergolek begitu sahaja. Kemenangan rakyat itu perlu diperjuangkan. Diperjuangkan di pelbagai jurusan. Satu daripadanya ialah seperti apa yang dituntut oleh BERSIH dan seluruh rakyat Negara ini yang cintakan demokrasi dan keadilan, iaitu satu perjuangan panjang menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus di tanahair kita ini.

Akhirnya, semoga roh Allahyarham Omar Othman dicucuri rahmat Allah S.W.T. Semoga isteri, anak-anak dan keluarganya tabah menghadapi saat-saat sedih ini. Beliau telah menyumbangkan tenaga, masa dan kudratnya dalam satu perjuangan untuk menegakkan keadilan sesama manusia, satu perjuangan panjang yang kini sedang diteruskan oleh generasi muda dari pelbagai bangsa dan agama di Malaysia kini. Damailah kamu saudaraku Omar Othman. Kamu manusia yang istimewa pada mataku. Maafkan sahabatmu ini tak dapat bersama ketika engkau meninggalkan dunia yang fana ini. Tapi janji kita: kebenaran akan kita perjuangkan, keadilan akan kita perjuangkan hingga menang, dan kekejaman serta penindasan akan kita tentang habis-habisan, akan sentiasa tersemat di hatiku dan hati sahabat-sahabatmu yang pernah mendengar amanat dan pidatomu.Alfatiha… amin.

Yang benar,

Hassan Karim
9 haribulan Jun 2011


RAYAKAN ORANG YANG BERANI