Memaparkan catatan dengan label flip binti floop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label flip binti floop. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Jun 2011

LIHAT DAN TELITI BERITA INI




BRAHENG PUN BERANI KATO




nota:
ini sudah terok
braheng cakap macam ini

braheng pun cakap kj bodoh
kah kah kah

habis lesen nikah
kah kah kah



DAKWAAN NAJIB GUNA DANA AWAM KE KAZAKHSTAN TAK BERASAS - meloya

Lawatan Najib Razak ke Kazakhstan bertujuan memenuhi undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu, kata Kementerian Luar hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan menafikan laporanMalaysiakini 7 Jun berjudul "PM"s use of public funds for wedding trip morally wrong" (Penggunaan dana awam oleh PM untuk perjalanan mengurus perkahwinan adalah salah dari segi moral).

nota:
perhatikan kan rapi berita ini
tetiba meloya memungut kemalai laporan dari malaysiakini
malah meloya menterjemah berita malaysiakini

apa maknanya?

maknanya meloya juga sudah meloya
melihat rosmah dan najib
dengan terjemahan ini meloya
mahu orang orang melayu di kampong sedar akan hal ini

ini cara meloya ingibn menunjukkan pada muhyiddin
masanya telah sampai untuk menendang rosmah dan suaminya
kah kah kah

nota:
anak nak mengentot
pakailah duit sendiri
jangan pakai duit orang ramai
kah kah kah


NOTA:
ini samalah macam apa yang dilakukan oleh kj
kj sekali imbas macam mempertahan kan najib
tetapi dengan memberi komen membidas dr zul
berita anak najib beranchok menjadi berita besar
kalau tidak berita ini hanya dlam blog dan laman web

terima kaseh kj
kah kah kah

Selasa, 24 Mei 2011

FATWA SAEKOR MANDUR




BODEK JANGAN TAK BODEK



PERTAHAN UTUSAN MALAYSIA : MIC - meloya

BALING 23 Mei – Rakyat pelbagai kaum perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang kini menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana telah terbukti akhbar itu juga memainkan peranan penting dalam penyatuan masyarakat di negara ini.

Pengerusi Perhubungan MIC negeri, S. Ananthan berkata, walaupun sesetengah pihak menganggap akhbar itu hanya suara orang Melayu, sejarah membuktikan Utusan Malaysia amat ketara menyumbang kepada perpaduan nasional.

“Saya hairan kenapa ada pihak yang cuba memburukkan imej akhbar yang telah lama bertapak dan berjasa kepada negara ini serta menjadi penghubung antara kerajaan dan semua kaum.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah…. GILA INI ADA MACAM MACAM…. kah kah kah..

woit… BODEK PUN ADA MACAM MACAM JENIS…. kah kah kah…

kah kah kah… INI BODEK PALING LOOOOO…. kah kaha kah..

kah kah kah….MANDUR INI BODEK MELOYA…. kah kah kah..

kah kah kah… HANYA DENGAN BODEK INI MANDOR INI DAPAT LAPORAN AKHBAR….. kah kah kah..

kah kah kah…. CIIIT…. TERE MARE PUTI WEI…. kah kah kaj..

kah kah kah…PANDE MUCHO…. kah kah kah..

nota:
untuk tahu makna ayat yang akhir itu
sila rujuk kepada mahasiswa UM tahun 70’an
ini adalah ucapan selamat untuk pelajar
sebelum turun berdemo kah kah kah


KASI BERSIH


Sabtu, 23 April 2011

PRESTO! DAH JUMPA SATU LUBUK




KANG KONG DAN KONG KANG









UNIVERSITI EROPAH-AMERIKA IKTIRAF PENCAPAIAN PEMIMPIN ORGANISASI TEMPATAN – berita hairan

UNIVERSITI Eropah-Amerika (COD) menganugerahkan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) kepada enam rakyat Malaysia termasuk Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Rosli Mat Hassan dan Ketua Eksekutif YPM, Abdul Shariff Hamid di Royal Over-Sea League, London, semalam.

Universiti terkemuka itu turut menganugerahkan Abdul Shariff, Ijazah Kehormat Profesor dalam bidang kepimpinan dan pengurusan yang membawa gelaran Prof Kehormat.
Turut menerima DBA ialah Pengarah Pasdec Holdings Berhad, Datuk Hamdan Jaafar; Pengarah Urusan TN Synergy, Ir Mohd Tahir Saad; Ahli Lembaga Pengarah Kristal Padu Konsult, Hisham Ismail dan Presiden JT Petroleum Services Sdn Bhd, Datuk Dr Jamal Abdul Nasir Hashim.

Anugerah berkenaan disampaikan Presiden COD, Prof John Kersey.
Hadir sama, Penasihat Antarabangsa Eropah-Amerika Oxford, Dr Mike Kecisley dan Presiden The Oxford Centre for Leadership (OXCELL) Asia Pasifik, Dr Saiful Bahri.

Berucap pada majlis itu, Kersey berkata, anugerah berkenaan pengiktirafan terhadap sumbangan serta kecekapan Rosli dan Abdul Shariff dalam memacu kecemerlangan, kepimpinan dan pengurusan sehingga menjadikan YPM antara organisasi unggul di Malaysia.

Beliau berkata, DBA adalah pengiktirafan terhadap kegigihan, visi dan ciri kepimpinan dua penerima terbabit yang membantu kecemerlangan pendidikan negara.

“Pelbagai program pembaharuan dan projek inovatif membuktikan kesungguhan mereka mentadbir dan memimpin organisasi,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SUDAH BERTERMU... kah kah kah..

woit…INI LAH DIA LUBUK KANG KONG…. kah kah kah..

kah kah kah…SUDAH DI TEMUI SEBUAH LUBUK KANG KONG…. kah kah kah..

woit…. TAK PERNAH PUN DENGAR NAMA UNIVERSITI INI?..... kah kah kah..

kah kah kah...ADA BUKU DAN TULISAN AKADEMIK KE?.... kah kah kah..

kah kah kah… SAJE NAK BUBUH NAMA OXFORD…. kah kah kah..

kah kah kah…BAIK BUBUH NAMA UNIVERSITY OXFORD STREET…. kah kah kah…

nota:
berapa agaknya sekilo?
kah kah kah

Sabtu, 26 Mac 2011

MALAM INI - JALAN LUPA




JANGAN LUPA MALAM INI - 8.30-9.30



nota:
marilah kita
sama sama menjayakan
kempen bergelap untuk
keselamatan semua umat
manusia yang kini dan
yang akan datang

sila bergelap dari jam 8.30
hingga jam 9.30 malam



UNTUK ORANG UTARA MALAM INI


CERAMAH ANWAR DIGANGGU DUA DI TAHAN

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Anwar Ibrahim di Gombak malam ini.

Kira-kira 10 anggota polis bertindak untuk menghalang ketua umum
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.
Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

DNA = DATUK NAJIB ALTANTUYA



Ahad, 19 September 2010

SEMUA BELUM MUKTAMAD !




LIDAH BERCABANG




PENAFIAN KU AN BUKTIKAN UMNO, BN MASIH SOKONG PERKASA – minsider

Pendirian terbaru seolah-olah Umno ‘menyerah’ manakala akhbar miliknya Utusan Malaysia secara terbuka mempertahankan Perkasa menunjukkan mentaliti pertubuhan bukan kerajaan itu dalam Barisan Nasional (BN) manakala konsep 1Malaysia hanya satu slogan kosong semata-mata untuk memikat undi, dakwa DAP hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya tidak terkejut dengan kenyataan terbaru rakan sejawatannya dari Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan BN pernah mengambil keputusan untuk menyisihkan Perkasa.

“Lebih-lebih lagi, Tengku Adnan tiada pilihan kecuali untuk menyokong kenyataan i Najib Razak semalam (kelmarin) bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

KAH KAH KAH

woit… KALAU MACAM INI LEBIH BAIK BAGI BERAHENG JADI PRESIDEN GEROMBOLAN… kah kah kah…

woit… MANA PERGI NYA MENANTU AYAH?.... kah kah kah..

woit…. SONYAP JO…. DAH LARI KO KODAH KO…. kah kah kah..

kah kah kah… KONO HALAO DEK ORANG ROMBAO … kah kah kah..

woit…. MANA PERGI MALIKUL SEMBAB…. SENYAP AJE… kah kah kah..

kah kah kah… SEDANG UKUR BAJU KE… NAK AMBIL TEMPAT MAT MONGOL…. kah kah kah…

woit… DULU KATA DOLAH FLIP FLOP… kah kah kah..

woit…. DOLAH BUAT KERJA HINGGA MUKTAMAD …. kah kah kah..

kah kah kah… MAT MONGO BUAT SEMUA TAK MUKTAMAD… kah kah kah..

woit… DOLAH MASUK… KELUAR… MASUK .. KELUAR… FLIP FLOP… FLIP FLOP….kah kah kah

kah kah kah …TAPI MUKTAMAD …..KERANA LEPAS ITU DOLAH ZZZZZZZZZ… kah kah kah..

kah kah kah... MAT MONGOL.... NGANG PUN TIDAK...SEMUA TERBENGKALAI.... kah kah kah..

Selasa, 30 Mac 2010

APO KO - APO KONO KAO JANG OOOOii - KENO TIPU




APCO DAN NAJIB – DI SEBALIK TIRAI PERHUBUNGAN AWAM


Oleh Tian Chua, Ahli Parlimen Batu

Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. Ahli-ahli parlimen ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan syarikat perundingnya yang hebat itu.

Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia.

Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel.

Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan “persoalan tentang Yahudi.” Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme.

Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali.

Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia?


IANYA BUKAN SEKADAR SEBUAH SYARIKAT YAHUDI


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.

Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut?

Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi “tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat.”

Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabata Perdana Menteri.

Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara.

APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabata di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat),

KITA MUNGKIN BERKATA HABIS ITU APA?


Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan.

Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon,merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel

APCO dan ASERO

Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranyaASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakal ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko.

APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide.

Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat.

Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalama masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide.

Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscottmerupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu dibawah pentadbiran Bush. Carl Truscottmerupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat.

Tetapi dia melatakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya.

HUBUNGAN DENGAN ISREAL

ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadapkerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi.

Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossadyang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2006, APCO dan ASEROmemperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSAdireka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat.


HUBUNGAN DENGAN SINGAPURA

Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi/

Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura.

ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatanruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura.

Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara isntitusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS).Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai “platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat.”


SATU MALAYSIA DAN SLOGAN SATU BANGSA

Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negaa kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan.

Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai “gerakan Satu Bangsa” di seluruh dunia. Malangnya selogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif.

Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakancubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula “One Britain” yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara.

DI Australia, bekas perdana menteri John Howardmerangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons.

Slogan One-Australia perdana menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasisPauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah.

MENYERAHKAN KEDAULATAN MALAYSIA

Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersbeut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya.

Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya proruktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain.

Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda,lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat?

Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.

Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.

Tian Chua
Ahli Parlimen Batu
27 Mac 2010





Khamis, 28 Januari 2010

MACAM MANA CARA NAK MENIPU DAPAT PROJEK



SATU LAGI PROJEK SEBAT




KERAJAAN CADANG WUJUD KATEGORI SEKOLAH CERMERLANG –mStar

Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat, kata Muhyiddin Yassin.

"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT.

SBT DIHARAP WUJUDKAN PERSAINGAN SIHAT -mStar

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan sekolah dalam usaha meraih status itu.

Presiden PIBGN, Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SBT menjadi penanda aras dan sekolah contoh kepada yang lain dan usaha untuk tersenarai sebagai SBT mungkin menimbulkan tekanan kepada seluruh warga sekolah terbabit.

"Sehubungan itu, sebagai warga SBT yang menjadi "role model" kepada sekolah-sekolah setempat, sepatutnya menjadi "mentor" yang berkesan kepada sekolah-sekolah lain terutama di kawasan setempat supaya dapat mengikut jejak mereka (SBT)," katanya.

LAGI SEKOLAH TERBENGKALI - melayau

Masalah projek sekolah ‘sakit’ atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

KAH KAH KAH..

kah kah kah… SBT INI APA ?... BUNYI MACAM NAK SEBAT AJE ?... kah kah kah..

woit…. BETULKAN SEKOLAH YANG TERBENGKALAI INI DULU…kah kah kah..

woit... NAK TARAF DUNIA KEPALA BANA APA... YANG TAK SIAP SIAP INI APA HAL..kah kah kah

woit… INI PROJEK SEBAT DUIT RAKYAT…. kah kah kah..

woit… MACAM MANA PROJEK TAK SIAP… kah kah kah…

woit… SIAPA KONTREKTOR… MACAM MANA TENDER KELUAR…kah kah kah…

nota:
apa jadi dengan sekolah bistari
tak kan semua sudah habis lari kah kah kah

apa jadi dengan sekolah kluster
tak kan semua sudah kena gam plaster kah kah kah..




Selasa, 5 Januari 2010

SATU KAJIAN LAGI



SAMPAI TUA MAHU KAJI LAGI




KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN JALUR LEBAR DI KAJI : RAIS – berita hairan

Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Rais Yatim.

Dia berkata, bagi tujuan itu, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankan dan tidak mahal.

KAH KAH KAH…

woit… APA HAL NAK BANDINGKAN DENGAN KOREA?... kah kah kah..

woit… NAK BANDINGKAN DENGAN SIAM… APA HAL ?... kah kah kah…

kah kah kah…. NAK TUNJUK HARGA MURAH KE ? …kah kah kah..

kah kah kah… ATAU NAK NAIKKAN HARGA … kah kah kah..

nota:

banding banding ini selalu merbahaya
banding banding ni selalu naik harga
banding banding ini selalu ada agenda kelentong kah kah kah





Khamis, 19 November 2009

LAPORAN TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA DIDEDAHKAN



INI KES BUNUH




PAIP BOCOR PUNCA TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA
Kebocoran paip air dari saluran paip yang aktif di sepanjang jajaran rumah terbengkalai di kenal pasti punca utama tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada jam 3.30 pagi, 6 Disember 2008 yang mengakibatkan lima kematian dan 14 banglo musnah.

Jawatankuasa Teknikal Kajian Tanah Runtuh mendapati keadaan itu menyebabkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun meningkat dan menyumbang kepada kejadian tanah runtuh di situ.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, ketika membacakan ringkasan laporan kajian jawatankuasa itu berkata ia adalah antara lima faktor penyumbang kejadian selain ikatan tanah yang poros pada cerun tambakan ketika pembangunan.

KAH KAH KAH…

woit… INI BUKTI KERAJAAN PAKATAN TELUS… kah kah kah..

kah kah kah… SEMUA LAPORAN YANG DI CAP DI BAWAH AKTA RASHIA AKAN DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI… kah kah kah

kah kah kah… TAHNIAH… SYABAS… kah kah kah..

kah kah kah… TAPI INI BELUM CUKUP LAGI…DEDAH SAJA TAK CUKUP…kah kah kah…

kah kah kah … BAJU DAN SELUAR DALAM SUDAH DIBUKA… APA TINDAKAN?... kah kah kah..

woit… APA LANGKAH SETERUSNYA… kah kah kah..

kah kah kah KES APA YANG AKAN DIAMBIL KEATAS SYARIKAT AIR YANG BUAT PAIP MURAH… kah kah kah..

woit... INI ADA YANG MATI... INI KES BUNUH..kah kah kah



Isnin, 7 September 2009

AL-FATIHAH !




KALAH DI BAGAN PINANG HABISLAH RIWAYAT UMNO
– harakah daily

PAS yakin, jika calonnya berjaya mengalahkan calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini, Umno akan jatuh pra matang atau sebelum masa ia akan jatuh sebagaimana yang sepatutnya.
Sekurang-kurangnya inilah pandangan AJK PAS Pusat, Husam Musa. Ini kerana, jika Umno kalah di kawasan yang dimenanginya dengan majoriti lebih 2,000 undi ini bermakna Umno benar-benar ditolak rakyat.

KAH KAH KAH….

kah kah kah… GEROMBOLAN NGELABAH… NAK CARI LOYAR LAGI… kah kah kah..

kah kah kah…. YANG MUDA … YANG BERIJAZAH… YANG PROFESIONAL… kah kah kah..

kah kah kah… PANDAI BAWA KEPALA LEMBU…. PANDAI BERTEDARUS SEPANJANG TAHUN…kah kah kah…

kah kah kah… DAN YANG MADU TIGA… kah kah kah…

woit…. KALAU DAPAT YANG MACAM INI JAMIN MENANG…. kah kah kah…

nota:
calon gerombolan telah sedia ada.
hebat gempal pendek profesional berpengalaman.
ada derajat kedudukan dalam masyarakat
tempatan. calon ini cukup gempaq. pengalaman hebat dia boleh
chek siapa tak bayar hutang ada di padang mashar.

tidak lain dan tidak bukan tan seri mat isa kah kah kah.




Jumaat, 4 September 2009

BERITA GUMBIRA UNTUK SATU MALAYSIA - GULAI IKAN LAGI




HANYA BEBERARA ADUN SERTAI MAJLIS MUHYIDDIN
- malaysian insider

HULU TERENGGANU, 3 Sept - Hanya empat sahaja dari anggota Exco dan hanya satu sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang hari ini.

Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri hari ini. Begitu juga Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam sidang medianya terpaksa menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang.

Muhyidin juga mengakui Umno Terengganu sekarang dilanda krisis.

Menurut maklumat, hanya sebahagian kecil sahaja wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan tertutup para pemimpin Umno dengan Muhyidin itu.

Muhyidin sampai ke Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi dan terus ke Hulu Terengganu untuk mengadakan pertemuan itu. Turut serta bersama beliau adalah Hishamudin Hussein yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu serta Ahmad Said, timbalan beliau yang juga MB Terengganu.

Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud dan solat Isyak serta terawih di Masjid Telok Menara, Manir iaitu dalam Dun yang diwakili oleh Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Pembangkang Dun Terengganu.

Mahyudin ke Terengganu di tengah-tengah berita panas yang melibatkan Umno Terengganu. Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, sembilan Adun Terengganu dikatakan akan melompat ke PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat sebuah hotel di Kemaman.

KAH KAH KAH....KAH KAH KAH...

woit... MALIKUL DATANG ORANG LARI...kah kah kah...

kah kah kah... BUDAK KECIK LARI... MEMANG BETUL... TAKUT TENGOK MUKA..kah kah kah..

kah kah kah... AHLI GEROMBOLAN PUN LARI SAMA...INI SUDAH LECEH...kah kah kah..

woit... LIDAH KONTOT... TAK CAKAP APA APA ...kah kah kah....

kah kah kah... LIDAH KONTOT... BINI DIA NAK LARI..NAK CARI LIDAH PANJANG...kah kah kah


ISU LOMPAT PARTI ADUN UMNO GERTAK MB
- malaysiakini

Isu sembilan ADUN Umno Terengganu berunding untuk menyertai PKR ditimbulkan oleh golongan tertentu dengan tujuan menggugat kedudukan menteri besar sekarang, kata timbalan Angkatan Muda PKR.

"Ia dilakukan untuk gertak Ahmad sebab mereka tidak berpuas hati dengan pelantikan menteri besar itu sejak dulu lagi," kata Fariz Musa.

Beliau, yang juga ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, berkata desas-desus itu disebarkan demi kepentingan peribadi anggota-anggota dewan tersebut yang setia kepada menteri besar terdahulu Idris Jusoh.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… HEBAT MAKANG IKANG NI…. kah kah kah..

kah kah kah…BIJAK BISTARI… BERANI UGUT MB KAMBING… kah kah kah..

kah kah kah… KELAM KABUT MALIKUL… kah kah kah…

kah kah kah… KITA TUNGGU APA FATWA BARU AKAN KELUAR NANTI…kah kah kah..


MUHYIDDIN TAWAR DIRI JADI ORANG TENGAH KEMELUT POLITIK TERENGGANU
– berita hairan

Muhyiddin Yassin, hari ini menawarkan diri menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut politik di Terengganu yang sudah berlarutan sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

Beliau berkata, beliau sedia bersemuka dengan pemimpin-pemimpin Umno yang terbabit kerana berpendapat kemelut itu lebih kepada masalah peribadi.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… BAGI ORANG TERANGGANU INI BANYAK PROJEK ..kah kah kah…

kah kah kah…. BUAT BANYAK PROJEK JAMBAN TAN…kah kah kah…

kah kah kah…BUAT PROJEK JAMBAN TAN DARI PEKAN KT KE SEBERANG TAKIR… kah kah kah..

kah kah kah… BUAT JAMBAN TAN DARI PEKAN KT KE KULA IBAI…kah kah kah…

kah kah kah… KEMUDIAN KELUAR KAN FATWA… kah kah kah..

kah kah kah...SIAPA TAK PAKAI JAMBAN TAN INI TAK MASUK SYURGA…. kah kah kah…

Nota:
sebuah kerajaan yang lemah adalah baik
untuk orang ramai. sebuah kerajaan yang
banyak majoriti tidak baik untuk orang
ramai
.



Rabu, 19 Ogos 2009

INI PAS SUDAH MARAH DENGAN GEROMBOLAN




AMAL POLITIK DAJAL – UMNO –BN PERLU DISINGKIR
– harakah daily

Umno-BN sentiasa mengamalkan 'Politik Dajal' dalam usaha mengekalkan kekuasan memerintah negara.

"Lantaran itu kita wajib menyingkir mereka walaupun penyakit itu sudah lama melanda negara kita,"kata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Markas Permatang Luar di sini semalam.

Katanya, jika mereka terus diberi kuasa, politik seperti ini akan tetap diamalkan kerana pada mereka inilah cara terbaik lagi halal untuk mengaburi mata rakyat.

"Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan,"katanya.

Dalam kes Pulau Pinang, katanya, sejak berpuluh tahun BN memerintah yang sebelumnya Perikatan, apa wakil Umno buat untuk menyenangkan orang Melayu?


KAH KAH KAH…


Kah kah kah… POLITIK DAJAL INI MACAM MANA ?.... kah kah kah…

Kah kah kah… SUAMI SEBAT… ISTERI REMBAT…… kah kah kah..

Kah kah kah….DUIT PENOREH GETAH PUN SONGLAP…. kah kah kah…

Kah kah kah…HABIS HASIL KEKAYAAN … SEMUA LINGKUP….kah kah kah..

Kah kah kah…. KEMUDIAN TUDUH ORANG LAIN PENGKHAINAT…kah kah kah…

Kah kah kah … BETUL BETUL DAJJAL…kah kah kah…

P/s : Siti Aminah Abdullah mana menghilang ?



Sabtu, 15 Ogos 2009

WABAK INI TERUS MEREBAK

IBU DAKWA SISWA UM DIKASARI POLIS – malaysiakini

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) mengadu telah dikasari ketika ditangkap oleh beberapa anggota polis Rabu lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan kampus berkenaan.

Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API), mengadukan perkara itu kepada ibunya Normala Daud yang menemuinya selepas ditahan pada hari yang sama di balai polis Pantai.

“Dia ada cakap kepada saya dia kena tumbuk. Mungkin sebab polis itu marah sebab dia tak bawa kad pengenalan semasa ditahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

KAH KAH KAH…

Woit… SATU LAGI…. KALI INI KES TIMBUK PULAK…. kah kah kah…

Kah kah kah… YANG MATI … SUDAH BANYAK MATI… kah kah kah..

Kah kah kah…. YANG KENA TUMBUK …. SUDAH RAMAI YANG KENA TUMBUK… kah kah kah…

Kah kah kah….. YANG BODOH TAK TAHU SIAPA SALMAN RUSHDI… kah kah

Kah kah kah….. YANG SEMBAB … KELUARKAN FATWA…. kah kah kah..

Kah kah kah…. WARTAWAN TAK TAHU SIAPA KARPAL SINGH… kah kah kah..

Woit…. APA NAK JADI NEGARA KITA INI… kah kah kah…



Rabu, 24 Jun 2009

DENGAR ! DENGAR ! DENGAR !




PAKATAN RAKYAT JANGAN TERLALU YAKIN : TPM
– berita hairan

PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat diingatkan jangan terlalu yakin untuk menubuhkan kerajaan dan memandang rendah sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Muyiddin Yassin..

KAH KAH KAH…

kah kah kah… KALAU DI PINANG… PINANG TAK DAPAT…kah kah kah…

kah kah kah….NAK PUJUK… PUJUK PUJUK TAK DAPAT….kah kah kah…

kah kah kah… BUKAK SELUAR… TUNJUK SENJATA…kah kah kah…

KAH KAH KAH..




Selasa, 19 Mei 2009

JANGAN BUAT LAWAK BODOH !!!




GOLONGAN MUDA DICABAR HARUMKAN NAMA NEGARA
– berita hairan

Najib Razak , mengemukakan cabaran kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda untuk tampil melakukan sesuatu kejayaan yang tidak pernah mereka fikirkan.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, sudah ada rakyat Malaysia yang mampu melakukan sesuatu luar biasa dan mengharumkan nama negara seperti berjaya ke puncak Gunung Everest, menjelajah Kutub Utara dan Selatan dan berenang merentas lautan sejuk Selat Inggeris.

kah kah kah… LAKU KAN SATU YANG LUAR BIASA?... kah kah kah…

kah kah kah… BODOH BUAT APA PANJAT EVEREST….kah kah kah..

kah kah kah… CUBA TEST MEMBER ..TANYA SIAPA DIA RAKYAT MALAYSIA YANG DULU PANJAT EVEREST…..kah kah kah..

kah kah kah… MAMPOS TAK INGAT…. SHERPA TENSING DAN EDMUND HILLARY INGATLAA….kah kah kah…

woit… INGAT ANAK MUDA BODOH…. BUAT KERJA BANGANG SEJUK SEJUK KECUTKAN TELOR…kah kah kah..

woit… TIAP TIAP MUSIM PANAS BERPULUH ORANG MERENTAS SELAT INGGERIS DARI DOVER KE OSTEND…kah kah kah..

woit… TIAP TIAP MUSIM PANAS BERPULUH ORANG SHERPA DI NEPAL NAIK GUNUNG EVEREST…kah kah kah…

kah kah kah… NAK GI KHUTUB UTARA…KHUTUB SELATAN… HARAM JADAH BUAT APA… DAH BERIBU ORANG TINGGAL DI SANA…. HOTEL ADA …CHINA DOLL PUN ADA….kah kah kah..

woit… GOLONGAN MUDA NAK BUAT SATU YANG PALING LUAR BIASA… kah kah kah…

kah kah kah… GOLONGAN MUDA NAK TENDANG GEROMBOLAN KELUAR ONCE AND 4EVER…. kah kah kah…

kah kah kah… INI AKAN MENJADI SEJARAH SEPANJANG ZAMAN…kah kah kah…

kah kah kah…INI AKAN MENGHARUMKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA DEMOKRATIK …kah kah kah…..



AAIYO YO !


HINDRAF KIAN KEPALA BESAR
- melayau


TIDAK sampai 10 hari selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pemimpin Hindraf – pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan – sudah merancang untuk mengadakan perhimpunan pada pertengahan Jun ini.

Rancangan itu disampaikan oleh P. Uthayakumar ketika menghadiri satu majlis di Batu Caves, Selangor, kelmarin. Dalam kenyataannya, pemimpin yang kononnya berusaha menjadi wira masyarakat India itu menegaskan, perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur itu berteraskan prinsip demokrasi.

Persoalannya, kita ingin bertanya apa istimewanya Hindraf dan apa hebatnya Uthayakumar? Sehingga kini mereka masih lagi boleh bercakap mengenai gerakan sebuah pertubuhan yang diharamkan, yang ditubuhkan atas semangat perkauman dan pernah mencetuskan huru-hara di


kah kah kah… APA HEBATNYA HINDRAF?... kah kah kah..

kah kah kah.. APA HEBATNYA UTHAYAKUMAR… kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN TAK TAHU… HINDRAFLAH MENGERAK KAN ORANG INDIA… BUKAN MIC…. kah kah kah..

woit.. HINDRAF PERKAUMAN?... kah kah kah..

woit … TAK ADA BEZA DENGAN GEROMBOLAN… DENGAN SLOGAN HIDUP MELAYU…. kah kah kah…

kah kah kah … PERTUBUHAN HARAM?... kah kah kah..

kah kah kah… HARAM MACAM MANA?... KENA BERSUNAT KE?... kah kah kah...



Selasa, 5 Mei 2009

MAT MONGOL PUN JADI MAT NGANTOK


NAJIB LEBIH LEMAH – DIBAYANGI MADEY
-harakah

Kerajaan pimpinan Najib Razak kini dibayangi Madey, hingga banyak keputusan dipengaruhi bekas Perdana Menteri itu. n

Demikian telahan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Harakah dalam satu wawancara bersamanya baru-baru ini.

"Jika mahu dibandingkan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pun yang dikatakan lemah, sebenar pada hakikatnya Najib jauh lebih lemah berbanding Abdullah


kah kah kah… MAT MONGOL LEBIH LEMAH DARI MAT NGANTOK ?..kah kah kah..

kah kah kah…. NAK BUAT KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL BERHARI HARI……..TAK HABIS HABIS… kah kah kah

kah kah kah…. LEPAS TU SURUH BN BUAT KEPUTUSAN….kah kah kah..

woit… INI LEBIH FLIP DARI FLOP….kah kah kah



ENAM BELAS 16 SEPTEMBER !!!




SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, terutama acara perbarisan dan perarakan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos, akan dikecilkan kerana ia jatuh pada Ramadan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim, berkata sambutan bagi memperingati hari kemerdekaan negara akan terus diadakan tetapi pada skala lebih kecil kerana umat Islam sedang berpuasa ketika itu.


kah kah kah….31 OGOS LAGI… kah kah kah…

woit ….BERAPA KALI NAK CAKAP HARI MALAYSIA BUKAN 31 OGOS …kah kah kah..

woit… TANYA ORANG SABAH DAN ORANG SERAWAK… 16 SEPTEMBER LAH TRAIKH YANG TEPAt… kah kah kah..

woit… JANGAN BUAT BUAT TAK FAHAM…. kah kah kah..



Ahad, 18 Januari 2009

BN TIDAK LEMAH SEMANGAT - melayau


KUALA TERENGGANU 17 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan parti itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini dengan hati terbuka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya terhadap sistem demokrasi, kekalahan itu tidak melemahkan semangat BN sebaliknya ia akan dijadikan iltizam untuk meneruskan khidmat kepada rakyat.

Beliau menegaskan, BN akan terus melipatgandakan usaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan parti itu dengan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan imej.


kah kah kah…. isteri rosmah dengan hati terbuka?.... kah kah kah

woit… apa akan terjadi dengan berbilion billion ringgit tu?...kah kah kah

woit.... nak bagi atau tidak?.... kah kah kah

woit…. agaknya berapa banyak telah tabur masa kempen… kah kah kah....




Khamis, 13 November 2008

NAJIB - FLIP BINTI FLOOOOP

Najib: Bumiputera quota is still national policy

By Shannon Teoh – Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Nov 13 - Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak clarified today the 30 per cent Bumiputera equity remains a national policy despite yesterday's announcement to relax the requirement.

"This is just to make it as easy as possible to implement," he explained. Yesterday, Najib, who is also Finance Minister, announced that the government would allow non-Bumiputeras to take up unsubscribed shares of companies that were looking to be floated on the Bursa Malaysia.

He said the relaxation, which would take effect immediately, was to ensure that the Malaysian capital investment market stays progressive and competitive.

Today, after announcing the Childcare and Early Education National Policy
, he explained to reporters that companies seeking to be listed will still have to go through the same procedures.


kah kah kah… ingat tak 2 minggu dulu munkee ni cakap DASAR EKONOMI BARU tak boleh pakai lagi….. esoknya dia kata DEB MASIH DASAR NEGARA…. kah kah kah..

kelmarin dia kata…. TAK PERLU 30% BUMIPUTERA…. kah kah kah…. hari ini dia kata MASIH PERLU DAN GUNA DASAR LAMA…. kah kah kah…. kah kah kah…

woit munkeee…. dulu mat ngantuk jadi flip flop… ni mat mongol pun flip flooooop… kah kah kah….

apa terjadi ?.... kah kah kah…. mula munkee ni buat dasar menteri keduitan…. pulang ke rumah… ada menteri keduiatan yang lebih godang…. kah kah kah….bik mama sudah bamboooo…. kah kah kah …. kena tukar polisi….. FLIP BINTI FLOOOOP…kah kah kah