Ahad, 4 November 2012

KESAH SIBU DAN PASAR SIBU



TAMU  SENTRAL SIBU


PAGI KELMARIN DALAM PASAR


memang terbaik
memang memeranjatkan
memang susah nak jumpa
memang melawat pasar sibu satu pengalaman sepanjang hidup

ada 5 jenis cendawan hutan
aku bebelas  sayuran dari hutan
yang mustahil akan ditemui dipasar kl
ada umbut
ada ulam bijian yang  tak pernah terdapat dimana mana
inilah barangan hutan

IKAN IKAN IKAN
yang paling menarik ialah
warung yang menjual ikan sungai
ada dua tiga jenis ikan sungai yang belum pernah aku lihat
dan belum pernah di rasa

ikan tapah - 40 ringgit sekilo
enak manis

TAMU SENTRAL SIBU

PELBAGAI JENIS SIPUT SUNGAI
sibu ditepi sungau yang selalu banjir
maka dari paya bakau ditemui
pelbagai siput sedut dan siput kopek kulit

PALING RARE PALING TAK PERNAH DILIHAT 
biawak air yang telah kering disalai
agak murah harganya 12RM untuk satu kilo
lebih banyak daging dari biawak pasir dub


CATHRINE DENEUVE
NOTA:
tetiba dipasar buah melintas seorang wanita
pertengahan umur
dia bagitu elegant
tinggi langsing
penuh sopan
penuh keyakinan
melintas dihadapan mata aku

dia tidak menoleh
aku yang terhenti bernafas
wanita di pasar sibu ini
mengingatkan kepada cathrine deneuve
wanita peranchis yang elegant

siapakah agaknya wanita itu?

sampai kiamat pun sialan aku ini
tidak mungkin terjawab
maka ingat itu dipahat dihati



SEKARANG DI KUCHING
tadi aku naiki kapal sungai
yang jadi kapal laut
dan kemudian jadi kapal sungai

dari sungai rejang
masuk ke laut china selatan
kemudian masuk kembali ke sungai kuching

ini pelayaran yang aku cadangan wajib diambil
sekali dalam hidup

aku tidak ada abjad
aku tidak ada hurup dan ayat
untuk menuliskan betapa indahnya
pengalaam aku menaiki kapal ini
aku tidak ada nahu untuk menerangkan

keindahan awan
keindahan air
kampong dan hutan tidak mungkin dapat aku tulis

hanya aklu cadangankan ambillah sekali dalam hidup
naikilah kapaldari miri ke kuching
dan rasakan nikmatnya

...akan dsambung...




KERAJAAN BARU BUKAN HANYA DI NEGERI SEMBILAN




KOMENTAR TUJAR TIUB



betul akan dapat dijatuhkan 
hanya kalau pru13 bersih
hanya kalau pru 13 tak tipu
hanya kalau pru 13 tak pakai mat indon
hanya kalau pru 13 tak pakai mat bangla
hanya kalau pru 13 tak pakai undi hantu
hanya kalau pru 13 tak pakai undi pos
hanya kalau pru13 tunaikan 8 tuntutan


PEMUDA DIAJAK JATUHKAN BN NEGERI SEMBILAN - harakah daily

SEREMBAN: Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuka tirai Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat dengan mengajak generasi muda menjatuhkan Kerajaan Umno BN negeri itu.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Kharil Anuar Wafa berkata, hanya melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke-13 nanti.

"62 peratus undi orang muda menjadi penentuan dalam PRU.

"Kebangkitan golongan muda mencorakkan Malaysia baru. Perubahan di tangan golongan muda.

"Dengan hanya sebatang pensel kita mampu membuat perubahan baru," katanya ketika berucap di acara pembukaan perhimpunan.

Walaupun padang basah dan becak akibat hujan lebat, orang ramai tetap memenuhi tempat program.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nazri Yunus pula berkata, ekonomi rakyat negeri tersebut dapat ditingkatkan jika ditadbir pemimpin yang berintegriti.

"Walau ekonomi Negeri Sembilan tidak sekaya selangor dan Pulau Pinang, tapi kalau ada pemimpin yang berintegriti di Negeri Sembilan,  saya yakin ekonomi rakyat mampu dimartabat.

"Mesej pemuda Pakatan jelas untuk kita pastikan Negeri Sembilan ditadbir  kerajaan rakyat, jatuhkan Kerajaan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai.

Ketua Publisiti Pemuda DAP Negeri Sembilan,  Teo Kok Seong mengulangi gesaan sama, mahu generasi muda menolak Umno BN dalam PRU ke-13.

"Tidak kira kaum, orang muda mesti membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya khususnya di Negeri Sembilan. Marilah kita sama-sama membuat perubahan," katanya.

Sebelum itu, konvoi bermotor Pemuda Pakatan Rakyat tiba di tempat program kira-kira jam empat petang disambut paluan kompang, tarian singa dan gendang India.

Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad sebagai mewakili wanita yakin golongan itu juga mampu membuat perubahan.

"Signal anak muda jelas bahawa kita akan menjadi sebahagian daripada kepimpinan akan datang.

"Golongan wanita akan memastikan Negeri Sembilan  juga akan masuk dalam senarai negeri Pakatan Rakyat selepas pilihan raya ke-13," katanya.


Sabtu, 3 November 2012

SURAT CADANGAN DARI PEMBACA



NOTA:
cadangan dari pembaca tentang mee kampua
memang akan diikuti esok
tt telah mendata tahu
kedai mee ini yang terbaik 
ialah diatas pasar sentral sibu

INI PASAR SENTRAL SIBU


SEMUA PEMBACA CADANGAN MEE KAMPUA

tt, kalau je sibu jangan lupa try mee kampua... tgh tgh town ada restauran cina tapi dalam tu ada satu gerai melayu... on SURAH AL SIBU WAL SIBU pua kumbu at 8:55 PM

 tt, kalau je sibu jangan lupa try mee kampua... tgh tgh town da restauran cina tapi dalam tu ada satu gerai melayu... on SURAH AL SIBU WAL SIBU pua kumbu at 8:44 PM

 bro, lu nk cari kedai makan melayu pegi kampung bandung, situ mcm kg baru on SURAH AL SIBU WAL SIBU Anonymous at 8:43 PM

 tt, kalau je sibu jangan lupa try mee kampua... tgh tgh town da restauran cina tapi dalam tu ada satu gerai melayu... on SURAH AL SIBU WAL SIBU

LAGI KESAH DARI SIBU WAL SIBOOO



PAGI INI


Pagi ini gua bangun awal
gi pasar sentral tak jauh dari bilik menginap
wow wow wow an

kat tangga jumpa mat iban bekas ranjer
tanya dia mee kampua terbaik
lalu si valentine ini tunjukkan
tempat yang dia selalu makan

mee ni memang sedap - tapi aku bukan kaki minum pagi
usik sikit saja
dalam perjalan ini  lebih baik makan sikit sikit
boleh rasa banyak bayank 

aku minum kopi sibu - bagus - 
selalunya telah jadi amalan aku
pagi dimulai dengan 1/2 liter air suam
ini aku belajar dari pakistan
kemudian baru diikuti dg minum pagi

kerana aku ini setengah belgium/setengah/british/sategah jakun
maka minum pagi ini tidak satu yang tertoplaaa
juga kau tak kesawah atu ke laut
kah kah kah

PASAR PAGI INI
soriiiii... ini kesah pasar  panjang
jam kul 10:00 aku kena keluar hotel
nak pegi jeti naik kapal ke kuching
ikut jalan sungai -
kalau ada masa nak makan sikit
kerana 5 jam dlam kapal
kapal gerak 11:30 
kalau ada masa juga nak cukur janggut
ini juga tradisi
dimana aku berhenti aku mesti try saloon
tadi nampak banyak salon UNISEX kah kah kah

okkk.... akan dismabung...dari kuching....

NOTA:
masih tak jumpa lagi.... kah kah kah

SIRAH SIBU WAL SIBU




KELAB KELAB
aku tak tahu nak gi mana
pusing punya pusing terjumpa kelab melayu
inilah satu satu kelab dalam dunia ini yang wajib dilawati
sekali pun dlam hidup sudah mencukupi
kalau di new york ada CLUB 65
kalau di london ada HEAVEN
kalau di praque ada BUNKER
kalau di brusels ada GARAGE
di sibu ada kelab ini tak ada nama

tak dapat nak tuliskan kelab ini
lalu karaoke 
lagu tekno 
lagu dang dut
lagu house
dan wajib ada sibu style

dalam hidup ini kita cari kegumbiraan
ada kala kita bertemu
ada kala tak bertemu
tapi perjalaan wajib diteruskan

ESOK ESOK
akan cari minuman pagi
yang tebaik 
tak ada pilihan kena bangun pagi

diluar hujan masih turun
sibu basah
tak lebat tapi menyakitkan hati

ESOK AKU NAIK INI KE KUCHING

NOTA
petang tadi aku nampak
ianya berlabuh di tepi jeti

AYAH MEMBUREET ANAK MEMBUREET




RAFIZI GESA NAZRI IKUT JEJAK SHAHRIZAT AMBIL CUTI - mkini

 Nazri Abdul Aziz harus mengikut jejak bekas menteri wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang "bercuti" daripada kabinet ketika beliau sedang disiasat berkaitan dakwaan rasuah, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, ini kerana di kalangan pemimpin Umno dan BN yang banyak mengkritik Shahrizat, yang paling lantang adalah Nazri sendiri.

Menurut Rafizi, sekiranya Nazri yang sebelumnya begitu bimbang 
(skandal) National Feedlot Corporation (NFC) akan mengheret dan melemahkan kedudukan Umno dalam pilihan raya akan datang, maka "saya fikir sekarang adalah giliran beliau pula".


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI ADALAH HINA YANG PALING HINA.....kah kah kah...

kah kah kah.... RAFIZI SURUH IKUT SHARIZAT.... kh kah kah...

kah kah kah.... HINA BETUL... ADA 600 BUAH TEKSI PUN TAK GUNA.... kah kah kah...

kah kah kah... IKUT SHARIZAT ITU YANG HINA.... kah kah kah...

kah kah kah...LEPAS ITU.... RAFIZI PULAK YANG CADANGKAN.... kah kah kah...

kah ah kah...DUA KALI HINA....kah kah kah..

kah kah kah...JUNIOR  AJAR SENIOR.... kah kah kah..

NOTA:
kalau di jepun yang kena macam ini
pasti sudah minum air kencinh sendiri