Isnin, 1 Disember 2014

PERJUANGAN MAHA HEBAT







KOMENTAR
















lihat dan baca
baca dan sedar
bahawa perjuangan hebat
parti komunis malaya

chin peng setiausaha agong pkm
telah meninggal dunia
abunya ingin disemadikan di malaya
tapi digagalkan

bayangkan betapa hebatnya
pengaruh pkm
abu pemimpin pkm pun
diulangi sekali lagi
hanya abu pun 
amat amat ditakuti


Malaysia tetap tak benar abu Chin Peng pulang, kata Zahid


Menjelang sambutan 25 tahun Perjanjian Hatyai antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember ini,  Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Putrajaya tetap tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng masuk dalam negara.
Menteri dalam negeri itu berkata, kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang desakan untuk membawa pulang abu mayat bekas setiausaha agung PKM itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-tetap-tak-benar-abu-chin-peng-pulang-kata-zahid#sthash.v137LuQs.dpuf



KAH KAH KAH

woit
terer gila perjuangan 
parti komunis malaya
abu chin peng pun
amat amat di takuti

APA PUNYA TUUUR




KAH KAH KAH



-------------

SABAH DAN SARAWAK LAGI







KOMENTAR
warga sabah 
warga sarawak
merasa diri mereka
diinjak injak
kitab suci mereka dirampas
allah  nama tuhan mereka 
dilarang digunakan
minyak mereka dipunggah

paling mustahak
ialah munculnya kesedaran
anak anak muda
yang mahu berkerajaan sendiri



 2 0 0 2

Soal keluar Malaysia tidak boleh diterima – Najib

 | November 30, 2014
Kerajaan sedia berunding mengenai hak-hak tertentu termasuk isu royalti dan kuasa.
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO,  Najib Razak Najib menegaskan sebarang usul atau usaha membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia tidak akan dilayan sama sekali.
Bagaimanpun, Najib memberitahu, kerajaan sedia berunding mengenai hak-hak tertentu termasuk isu royalti dan kuasa.
”Ia bukan untuk dirunding,” tegas beliau semasa menjawab soalan pemberita mengenai tindakan pihak tertentu yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.
”Soal keluar Malaysia tidak boleh diterima. Jangan bawa tuntutan (Sabah dan Sarawak) keluar daripada Malaysia” katanya.

KAH KAH KAH

woit
ini bukan sama ada
di terima atau tidak terima
atau boleh terima
tak tak boleh terima
ini hak menentukan
nasib sendiri
ini piagam pi bi bi
bangsa bangsa bersatu

APA PUNYA TUUUUR


-----------

ZAM DAN KADIR JADI BANGANG





KOMENTAR
ada yang berkata 
bahawa ada ramai blooger
dibayar oleh parti ketuanan melayu


ada berkata mereka jadi barua
united malays national organisation
buat kerja bukan kerana perjuangan
tapi carma - cari makan

rupa rupanya sah
ini fakta saheh
fakta ini bukan fitnah
fakta ini bukan tohmah

presiden parti gerombolan 
ketuanan melayu mengakui
ramai blooger dibayar

tapi
ada pulak yang bangang
tibai parti sendiri
maka marahlah presiden parti

NOTA
dari segi strateji
zam dan kadir ini
wajib disokong



Najib terlepas cakap blogger bangang, 

dakwa blogger Umno 


Tindakan Presiden Umno Najib Razak menyifatkan blogger yang menyerang parti itu sebagai bangang adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan hanya terlepas cakap saja, dakwa  A Kadir Jasin.
Wartawan veteran itu berkata senario hampir sama pernah berlaku semasa Najib berhasrat mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada 2012.
"Ini ‎adalah sifat Najib yang sentiasa terlepas cakap misalnya beliau terlepas cakap dengan menjanjikan pemansuhan Akta Hasutan tanpa berunding dengan partinya sendiri," katanya 'menyindir' ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Katanya, ucapan berkenaan hanya dikhususkan kepada blogger yang dibayar Umno atau pihak yang berkaitan dengan parti itu.
"Najib merujuk khusus kepada blogger ‎yang cari makan dengan buat blog. Saya yakin yang dimaksudkan Najib ialah blogger yang dibayar Umno atau pihak yang berkaitan dengan Umno.
"Asal-usul saya Umno tapi saya bukan blogger Umno. Zam juga asal usul Umno tapi saya tidak yakin beliau dibayar Umno," katanya merujuk kepada bekas Menteri Penerangan i Zainuddin Maidin.
"Tetapi saya dan Zam kedua-duanya kritikal terhadap Najib selaku presiden Umno dan perdana menteri,” katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-terlepas-cakap-blogger-bangang-dakwa-blogger-umno#sthash.Qbgh6xM8.dpuf

KAH KAH KAH

woit
najib kata zam bangang
najib kata kadir bangang

ini tak adil
napa tak cakap
madey juga bangang
kan madey ni blogger 
blogger bernama cek dead

KAH KAH KAH







-----------

NASI PANGGUNG





 NASI PANGGUNG 
PETANG KELMARIN

Separuh jalan buka, Dapur kena pindah
hujan mula turun renyai-renyai
anak-anak muda, sang penghuni kota
masing-masing bantu mengangkat,
memindah memberi tenaga
tanda setiakawan, tanda cinta yang dibina

Menu & kontributor kongsi makanan minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bubur Pulut Hitam
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim IACT / Meals4All - Nasi Ayam Berlauk / Kueh
Tim UKM - Roti / Pek Hygiene / Pakaian

MAKAN MALAM 
YANG ENAK
Anak semua bangsa yang bersolidariti, kerja bakti & buat ramai:-
Husin, Fauzi, Aisyah, Fazzy & kawan, Acino mat brikfield
Sabariah & tim UKM, Quincy, Suhana & kawan-kawan dari IACT/Meals4All
Dr Maszlee & keluarga, Awatif, Fitriah & Tim Recycle
Adli & kawan2, Izzudin & awek, Muzammil dari SUUR,
& semua yang hadir, saling tak mengenal, bersetiakawan di Jalan Panggung!

BUBUR PULUT ITAM
Makan belacan sama tenggiri
tambah dengan buah keranji
terima kasih berjumpa lagi
Jalan Panggung sentiasa menanti

DATANG BERATUR
++ Beg Pasar Dapur Jalanan sudah keluar, RM15.00. Boleh dapatkan juga Apron Dapur pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat.

DATANG MEMBANTU 
 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

PELAJAR  DARI UKM
 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: 
ezzuandi: 019-267-12-85 
Hadi Khalid: 012-664-88-73

Solidariti untuk miskin kota

PELAJAR DARI  
KOLEJ ICT
PETALING JAYA
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
1 December 2014

-----------

ANAK MUDA SABAH DAN SARAWAK








KOMENTAR
apa makna berita ini?

makna berita ini ialah:
ada kumpulan anak anak muda
kumpulan jenerasi muda 
di sabah dan di sarawak
mahu negara mereka
sabah dan sarawak
keluar dari malaysia

sentimen mahu merdeka ini
bukan satu yang baru
dari zaman berzaman
dari segi pensejarahan
sabah sarawak berunai memiliki
kerajaan kedaultan  sendiri
kemudian saperti tanah melayu
tanah air mereka dijajah oleh british

projek malaysia ini ialah projek british
projek ini semakin dilihat menuju kegagalan
akhir-akhir ini semakian jelas diliahat'
riak dan rintik kegagalan ini

kesedaran anak anak muda ini
adalah bukti bahawa perasaan mahu merdeka
perasaan mahu berkerajaan sendiri
semakin merebak membawa
anak anak muda di sabah
anak anak muda di sarawak
merasakan diri mereka di jajah
oleh tanah semenanjung

mereka menolak politik
yang dibawa oleh parti ketuanan melayu

pada hemat anak anak muda ini
cara terbaik menentang 
dasar ketuanan melayu ini
ialah menjadikan tanah air mereka merdeka

sayugia dingati
akta hasutan 48
yang akan ditambah pinda
untuk melarang sentimen merdeka ini
adalah bukti bahawa sentimen merdeka
sedang membakar sabah dan sarawak

sayugia dingati bahawa
pertubuhan bangsa bangsa bersatu
mengiktiraf hak menentukan nasib sendiri
saperti bangsa moro selatan pilipina
saperti warga patani selatan siam

sayugia di sedari bahawa
sabanyak mana tekanan sampai
maka sebanyak itu juga perlawanan datang
ini hukum alam

hukum alam ini
sama saperti matahari naik dari timur
sama saperti air ialah H2O
tidak akan berubah ubah















Harus sedar bahaya gerakan pemisah

KOTA MARUDU - Golongan muda tidak harus mudah dikelirukanoleh kumpulan tertentu yang mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kerana kesan akibat percubaan seumpama itu akan membawa bencana.
    
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Dr Maximus Ongkili berkata, golongan muda di Sabah dan Sarawak perlu diberi kefahaman mengenai kesannya jika kedua-dua negeri itu berpisah dari Persekutuan Malaysia.
    
Beliau berkata, generasi muda juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai sejarah pembentukan negara supaya mereka tidak mudah diperdayakan oleh tindakan kumpulan yang cuba untuk menghancurkan negara.
    
"Akibatnya boleh menjadi serius bukan sahaja dari segi keupayaan untuk untuk kita kekal sebagai sebuah negara tetapi juga ancaman yang kita akan hadapi daripada luar yang mungkin membuat tuntutan ke atas kita.



NOTA
akhirnya dunia ini
adalah milik anak muda


---------------

AKTA BAGINDA QUEEN 1948




Hishamudin Rais hantar notis kepada Najib minta henti kaitkan dirinya dengan Akta Hasutan


KUALA LUMPUR: Aktivis Hishamuddin Rais melalui peguamnya telah menghantar surat kepada Presiden UMNO, Najib Razak meminta supaya tidak lagi menyiarkan klip video yang mengaitkan dirinya di Perhimpunan Agung UMNO.

"Saya menghubungi peguam saya. Hasil daripada perbincangan dengan peguam, kami bersependapat untuk menghantar surat tuntutan kepada Najib.

"Surat peguam saya ini bertujuan memberi amaran kepada Najib agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang ditayangkan di Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




-----------